Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Cara Terbaik untuk Menumbuhkan Keratan Pokok

Melayu/ English Penanaman melalui keratan merupakan salah satu cara tumbuhan membiak; pembiakan melalui cara in membolehkan tanaman berbuah/mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan tumbuhan yang ditanam melalui biji benih. Menumbuhkan tanaman baru melalui keratan merupakan suatu kemahiran yang diasah melalui pengalaman; sesetengah keratan mudah ditumbuhkan manakala sesetengah keratan yang lain memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Kaedah yang penulis kongsikan ini berdasarkan panduan yang penulis belajar, baca dan amalkan. Penulis berharap para pembaca sekalian memperoleh manfaat dari penulisan ini.

What is the Best Way to Grow Stem Cuttings?

English/ Malay Regrowing new plant from cutting is one way of plant propagation; one advantage is that this method allows faster fruit development when compare to plant propagation from seed. Regrowing new plant from cutting is an acquire skill; some cuttings are easy to regrow while some require tender loving care. The techniques I'm writing are based from the tips I've learnt, read and practiced. I hope you'll find this writing to be useful as these techniques have been my guidance.

Maintaining Gardening Tools

English/ Malay A good quality gardening tools are an asset to a gardener, especially when the tools is cared very well. I just cleaned my tools and I feel the difference between using a rusty secateur in comparison with a not-so-rusty secateur.

Penjagaan Peralatan Perkebunan

Melayu/ English Alat perkebunan yang berkualiti  merupakan aset kepada pekebun; sekiranya alat itu dijaga dengan baik, ia memudahkan aktiviti perkebunan (haha 😆...penulis baru membersihkan gunting kebun penulis, memang rasa perbezaan menggunting dengan gunting kebun karat vs. gunting kebun kurang karat).

Seedling Tray with Lid

English/ Malay I have written about seedling trays before and I have tried them all (I'm curious); but there's a relatively new one that attracted my attention: Seedling Tray with Lid. When I first saw it, the price was a bit higher for my budget, so I waited. Months later, the price went down significantly so I grabbed the chance to buy five from sweetshop.my ; I can say that it was one of my best purchases yet. I've used it for three cycles of seedlings and decided to buy 10 more from different shop, the packaging delivery was very poor so I decided not to name the shop. Anyway, back to the seedling tray...

Tapak Semaian dengan Penutup

Melayu/ English Penulis sebelum ini pernah menulis tentang variasi tapak semaian dimana anda boleh membacanya  disini . Penulis telahpun mencuba kesemuanya namun ada satu jenis tapak semaian yang menarik perhatian penulis; Tapak Semaian dengan Penutup. Pertama kali penulis ternampak tapak semaian ini, harganya sedikit mahal. Penulis menunggu beberapa bulan sehinggalah harganya turun, baru penulis membelinya dari  sweetshop.my ; ia merupakan sebuah pembelian yang baik. Penulis menggunakannya untuk tiga pusingan anak benih sebelum penulis membuat keputusan menambah bilangan tapak semaian dari kedai yang lain dimana cara pembungkusannya sangat mengecewakan maka penulis membuat keputusan untuk tidak menamakan kedai tersebut. Berbalik kepada tapak semaian dengan penutup ini...

9 Recipes for Insecticides and Fungicide

Malay /English " Garlic spray, chili spray and neem oil spray are suitable to be used as preventive measure whereas tomato leaf spray, baking soda spray, oil spray, soap spray neem oil spray  are suitable to address infestation " Homemade insecticides and fungicide are getting more and more popular. I first heard about homemade  insecticides and fungicide in 2016 and have been using them since then.  My homemade insecticides. Before that, just a few reminders; Reminder #1 : Before using any of the sprays, test it by spraying a little bit on a leaf and observe for 1-2 days; if there is no change on the leaf, that means the spray is safe to be used. However, if there's damage on the leaf, most probably the spray was too concentrated thus  it is better to dilute it so as not to harm the plant. Reminder #2 : Avoid spraying on a sunny day as the interaction with oil causing leaves to display signs of leaf burn. Now that you've read t

Lady's Finger/Okra (Abelmoschus esculentus/Hibiscus esculentus)

English/ Malay Fun fact : Many people don't like to eat lady's finger due to the slime but the slime of lady's finger (a.k.a mucilage) binds cholesterol and bile acid carrying toxins from the liver, and carries them out of the body ( Gamede et al., 2014 ). One of my favourite food is steamed/boiled okra with sambal belacan (a mixture of chili and shrimp paste) 😋 . So when I saw an advertisement for green and red okras' seeds from Mango Garden , I jumped at the opportunity to grow okra myself. When the seeds arrived, I was impressed with the packaging; it's beautiful yet environmental-friendly.  I was also given two plant labels which was very thoughtful of the seller, so thumbs up 👍 Mango Garden. An instruction was printed at the back on how to plant the seeds. 1. Lady's finger's seeds packaging with plant labels. 2. Front cover with the picture of red and green okras. 3. Instruction at the back of the seed's packaging   Before we go

Bendi (Abelmoschus esculentus/Hibiscus esculentus)

Melayu/ English Fakta Menarik : Ramai yang tidak suka makan bendi kerana berlendir; namun lendir (juga dikenali sebagai mucilage ) mengikat kolesterol dan jus hempedu yang membawa toksin daripada hati, lalu membawa mereka keluar daripada badan ( Gamede et al., 2014 ). Ada tiga kedai kegemaran saya; Jaring (Subang Jaya), Kak Nik Ikan Patin (Pantai Dalam) dan Restoran D'Limau Nipis (Bangi). Ketiga-tiga mereka menyediakan juadah ulam-ulaman termasuk bendi rebus yang sangat sedap terutamanya dimakan bersama sambal belacan 😋 .  Semasa melayari mukabuku, penulis ternampak iklan benih bendi hijau dan merah dari  Mango Garden ; maka penulis pun membelinya...hehehe. Bungkusan benih bendi yang sampai sangat menarik; cantik  dan mesra-alam . Penulis juga diberi dua penanda tanaman ( plant label )...sangat bermanfaat, syabas 👍 Mango Garden. Arahan untuk mencambah biji benih tertera pada belakang bungkusan. 1. Bungkusan benih bendi dan penanda tanaman. 2. Muka hadapan bungkusan,

Why are Seeds Not Germinating?

Malay /English Imagine, there's this plant you want to grow. You've got the seeds; you soak them, plant them and tend to them daily. You watch them every single day yet you see no changes. Sounds familiar? I'm pretty sure you are not alone in that situation, unless you are one of the lucky few who can grow anything. I've also had my shares of failure to germinate seeds but to quote Edison; From these failures, I've learnt how to germinate seed better (and had better success rate).

Panduan Membina Kebun Mesra Pengguna Kerusi Roda

Melayu/ English Pengenalan Pada  penulisan sebelum ini , penulis telah berkongsi bahawa kelainan keupayaan bukanlah penghalang untuk berkebun, apa yang diperlukan adalah kaedah yang bersesuaian. Pada penulisan ini, penulis ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina kebun/taman yang mesra terhadap pengguna kerusi roda.

Royal Floria Putrajaya 2018

English/ Malay This is my first year attending Royal Floria Putrajaya; I got to know about this program from Facebook's Event and kind of excited to see what and how flowers are being displayed here. I bought the ticket online and arrived before 9 am. After passing the main entrance, I was greeted by Chrysanthemums, Celosia , Roses and many-many more. Some of the plants began to wilt while some showed signs of rain-related injuries (or from strong water current).

Floria Diraja Putrajaya 2018

Melayu/ English Tahun ini merupakan tahun pertama penulis menghadiri Floria Diraja Putrajaya; penulis mengetahui tentang pameran ini melalui laman Mukabuku dan agak teruja untuk melihat bagaimana tanaman berbunga ini dipamerkan. Penulis membeli tiket melalui talian laman Floria Diraja Putrajaya 2018 dan sampai di Putrajaya sebelum jam 9 pagi. Sebaik sahaja sampai, penulis terus masuk dan disambut dengan pokok-pokok Chrysanthemum , Balung Ayam ( Celosia ), Ros dan pelbagai lagi. Terdapat pokok menunjukkan tanda-tanda mulai layu manakala sebahagian lagi menunjukkan tanda-tanda kecederaan akibat hujan.

How to Make a Wheelchair Friendly Garden

English/ Malay Introduction Taman Aman is one of my favourite place to go for a walk; one thing that attracts me to this place is the fact that it is OKU-friendly. For those who are not from Malaysia, OKU is short for Orang Kelainan Upaya a.k.a people with dis- or different ability. I would have to say, Taman Aman is the first public place that I've noted to be OKU-friendly (pretty sure there's more) so kudos to MBPJ for taking a step forward towards "Accessible Park".

Seeds: Heirloom, Open-Pollinated, Hybrid, Non-Hybrid and GMO. What's the Difference?

Have you ever seen these labels on a seed package and wonder what do they mean? GMO seeds? F1 hybrid? What is Hybrid seed? However, before that,...

Biji Benih: Beza antara Benih "Heirloom", Pendebungaan Terbuka, Hibrid, Bukan-Hibrid dan "GMO".

Pernahkah para pembaca melihat label ini pada bungkusan biji benih dan tertanya...Apa itu benih GMO? F1 Hibrid? Benih Hibrid? Sebelum itu...

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.

Mulberry Tree (Morus spp.)

English/ Malay " ...mulberry tree is not fussy " Mulberry tree is quite popular in Malaysia. I got to know about this plant through a gardening group. Out of curiosity, I bought mulberry cuttings and tried to grow them. How to Grow Mulberry Cuttings? Mulberry cutting can be grown into mulberry tree by; Plant it straight into the soil, or Put it into a glass of water. Change the water everyday until new leaf emerged. Then, plant it in the soil.

Pokok Ara/Tin (Ficus carica) (Dikemaskini 7/3/19)

Sudah lama penulis inginkan Pokok Ara (Buah Tin, Fig ) namun harga yang terdapat di pasaran sedikit tinggi untuk bajet penulis 😣. Kemudian, penulis terjumpa seorang penjual menjual keratan pokok ara yang dijual pada harga yang mampu milik. Penjual tersebut menawarkan beberapa kultivar dimana penulis memilih Masui Dauphine dan Violette de Solliès hanya kerana penulis menyukai nama mereka 😁.

Bolehkah OKU Bertani?

Bolehkah OKU Bertani? "Apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian" Penulis pernah bertanya soalan ini kepada seorang rakan penulis yang buta. Jawapannya adalah, "Ya!" Penulis turut dimaklumkan bahawa orang buta di Malaysia dulu dilatih untuk bercucuk tanam. Sejujurnya, maklumat ini mengejutkan kerana penulis tidak dapat membayangkan bagaimana orang buta bercucuk-tanam...sebenarnya ada caranya, cuma perlu disesuaikan dengan orang buta. Contohnya adalah kisah  En. Sanapi Hasyim . Kejayaan En. Sanapi membuktikan bahawa warga OKU boleh bercucuk-tanam;  apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian . Sebagai contoh, penulis pernah ber-ura-ura bahawa konsep ' Elevated Raised Bed ' sesuai untuk mereka yang berkerusi-roda. Namun begitu, istilah OKU sebenarnya agak luas kerana ia merangkumi; Amputasi ( Amputation ) Artritis ( Arthritis ) Kecederaan kepala ( Head injury ) Kecederaan otak ( Brain inju

Inovasi dalam Dunia Perkebunan II

Pengenalan Sebelum ini , penulis ada berkongsi tentang konsep Penanaman dalam Pasu Penanaman dalam Bekas Kebun Beranda Perkebunan Bertingkat Untuk penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang Penanaman Batas dan Hidroponik.

Inovasi dalam Dunia Perkebunan I

Pengenalan Aktiviti perkebunan pada asasnya dilakukan di atas tanah; menurut Dewan Bahasa dan Pustaka , istilah kebun bermaksud " tanah yang tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran, ladang kecil " Pada hari ini, aktiviti perkebunan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai tanah sahaja. Teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja berkebun dan dimana sahaja asalkan mempunyai minat. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pembaca konsep-konsep dan inovasi-inovasi terkini yang terdapat di pasaran. Diharap maklumat yang dikongsikan memudahkan para pembaca untuk bercucuk-tanam.

Asparagus (Asparagus officinalis)

(Dari kiri) Asparagus putih, hijau dan ungu. Sumber gambar : Eating Well . Asparagus merupakan tanaman perennial dimana tanaman ini mampu hidup untuk beberapa tahun lamanya. Tanaman  asparagus   dilaporkan mampu memberikan hasil sehingga 25-30 tahun! 😲. Namun begitu, jangka hayat asparagus di negara-negara tropika seperti Malaysia jauh lebih pendek; ketiadaan musim sejuk (dimana tanaman  asparagus  lazimnya menjadi dorman) mengurangkan jangka hayat tanaman asparagus  di negara-negara tropika.

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.

Tanaman yang Mudah Ditanam

Diantara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya; Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana tanaman yang mudah untuk ditanam berbeza bagi individu, musim dan kawasan yang berbeza. Sebagai contoh: tanaman cili boleh dianggap sedikit 'leceh' terutama dari sudut kawalan serangga, namun bagi mereka yang meminati cili. itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Selain daripada itu, kawasan yang kerap mengalami hujan akan berhadapan dengan masalah yang berlainan berbanding dengan kawasan yang sentiasa kering. Maka, mereka yang duduk di kawasan lembap sangat senang menanam kangkung dan kesum berbanding mereka yang duduk di kawasan kering dan panas. Apa yang penulis senaraikan disini hanyalah tanaman yang secara umumnya mudah ditanam. Semoga ianya memanfaatkan para pembaca terutamanya para pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia perkebunan.

Anak-Anak Pokok Menarik dari Jabatan Pertanian Ayer Hitam

"Seronoknye kalau ada pokok durian sendiri, tak payah beli buah durian, dah la mahal 💸" (Di Kelana Jaya, durian dijual RM20 untuk 6-7 ulas 😭).  Saya percaya, ramai yang berfikiran begitu. Bukan sahaja pokok durian, tetapi buah-buahan lain seperti nangka, cempedak, ciku, manggis...😋 Namun, kebanyakan tanaman ini mengambil masa yang lama untuk berbuah terutama bila ditumbuhkan dari biji benih. Maka, salah satu penyelesaiannya adalah dengan membeli anak pokok kerana ia sememangnya menjimatkan masa. Tetapi, dimanakah boleh mendapatkan anak-anak pokok tersebut? Kebetulan saya berkenalan dengan Puan Hasimah dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian Malaysia dan beliau memberikan beberapa jenis tanaman yang terdapat di sana;

3 Manfaat Memangkas untuk Tanaman

Aktiviti memangkas boleh dikatakan kurang mendapat perhatian berbanding dengan aktiviti-aktiviti perkebunan lain seperti membaja dan meracun, mungkin kerana aktiviti membaja dan meracun memberi kesan secara langsung terhadap produktiviti tanaman. Sebenarnya, memangkas daun pada tanaman dan waktu yang sesuai boleh menambah produktiviti tanaman, bahkan berpotensi untuk mengurangkan keperluan meracun.

Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris)

Kacang buncis merupakan satu contoh sayur-sayuran yang amat mudah dimasak; potong bawang, tumis, letak kacang, letak telur, dah siap 😋. Bukan itu sahaja, kacang buncis juga berkhasiat! Khasiat pemakanan kacang buncis. Sumber gambar :  Organic Facts .

5 Manfaat Biochar untuk Tanaman Anda

" Penggunaan biochar memngkayakan tanah dengan nutrien disamping membantu melawan proses pemanasan global " Biochar  merujuk kepada pembuatan arang (char-  charcoal  - arang) dari berat kering tumbuhan (bio-) yang dibakar secara pirolisis (tanpa oksigen). Proses ini menjadikan  biochar  kaya dengan  carbon  yang menjadi sumber makanan kepada mikro-organisma tanah, lalu membantu dalam pembiakan mikro-organisma dalam tanah dimana secara tidak langsung, mikro-organisma tanah ini mengkayakan tanah dengan sumber nutrien apabila mereka mati dan diuraikan. Gambar atas : maklumat am biochar. Gambar bawah, kiri : gambaran bungkusan biochar yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : di antara kelebihan biochar.

12 Manfaat Pumice untuk Tanaman Anda

"... ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan " Pumice  merujuk kepada batuan yang terbentuk semasa letusan gunung berapi dan ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan. Walaupun secara amnya wujud dalam warna yang cerah, ia juga wujud dalam warna lain, contohnya warna coklat seperti gambar dibawah; Atas : Maklumat am  pumice  yang terdapat pada bungkusan. Bawah, kiri : Bungkusan  pumice  yang terdapat di pasaran. Bawah, tengah : Rupa bentuk  pumice . Bawah, kanan : Kelebihan  pumice .

Bangun-Bangun (Plectranthus amboinicus)

Semasa berhari raya, saya menziarahi jiran lama dan dihadiahi dengan pokok bangun-bangun. Pesannya "cucuk je dalam tanah, nanti tumbuhlah". Memang benar, tanaman ini bertahan sepanjang perjalanan pulang dari kampung dan tumbuh mencanak-canak pada musim hujan. Daun pokok bangun-bangun. Pokok bangun-bangun juga dikenali dengan nama Spanish thyme , Indian borage , Mexican mint dan Cuban oregano . Disebabkan ini adakalanya pokok bangun-bangun disalah anggap sebagai pokok oregano . Kesilapan ini kemungkinan berpunca kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai bau yang sama, walaupun bau pada pokok bangun-bangun adalah lebih kuat (dan sedap baunya 👃) Gambar kiri, atas : Daun oregano . Gambar kanan, bawah : Daun bangun-bangun. Perhatikan perbezaan dari segi bahagian sisi, ketebalan dan corak urat daun.

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.

Nanas (Ananas comosus)

Hampir setiap minggu, penulis akan pergi ke pasar tani di Kelana Jaya untuk beli nanas yang telah siap dipotong dan dibungkus kemas di salah sebuah gerai di sana. Nanasnya sedap, manis, dan yang paling penting, sudah tersedia untuk dimakan, 😋 Bagaimana Cara untuk Menumbuhkan Nanas? Buah nanas boleh ditumbuhkan dengan 2 cara; Melalui biji benih . Melalui mahkota/jambul nanas i.e bahagian atas buah nanas. Catatan penulis : Penulis sedang berusaha untuk mencambahkan biji nanas, namun tidak berjaya pada peringkat ini. Sekiranya berjaya, penulis akan mengemaskini artikel ini ataupun menulis artikel yang baru. Penyediaan Tanah Pokok Nanas Penting : sistem pengairan yang berkesan adalah  kritikal  kerana nanas tidak sukakan air yang banyak, malahan akan  reput  dalam keadaan lembap. Campuran tanah yang sesuai adalah yang mempunyai sistem pengairan yang pantas , contohnya;  Campuran tanah Bromeliad/Kaktus + Perlite pada nisbah 2:1. Pada bahagian dasar boleh diisi d

Bawang Putih (Allium Sativum)

Bawang putih merupakan bahan asas masakan untuk kebanyakan resepi bukan sahaja di Malaysia, bahkan boleh dikatakan di kebanyakan negara. Bawang putih dilaporkan telah digunakan sejak Tamadun Purba Mesir sebagai ubat-ubatan dan penambah perasa. Selain sebagai penyedap masakan (kegemaran penulis, ayam + halia + bawang putih + sedikit garam, kemudian dikukus sehingga masak), bawang putih juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, diantaranya; Khasiat bawang putih. Sumber gambar: Organic Facts . Lelaman WebMD ada menerangkan dengan lebih jelas manfaat bawang putih yang telah dan belum dibuktikan secara saintifik. Sekiranya terdapat para pengunjung yang ingin beramal dengan bawang putih sebagai perubatan alternatif, dianjurkan untuk merujuk lelaman tersebut dan berbincang dengan doktor anda.

Laman Lily

Pengenalan " Inovasi dalam dunia perkebunan memberi contoh yang baik untuk menjadikan halangan dan cabaran kepada sesuatu yang positif serta memanfaatkan " Laman ini wujud dengan tujuan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, suka dan duka saya dalam mempelajari serta mempelopori dunia perkebunan. Ini merupakan usaha saya yang kedua dalam bidang perkebunan serta penulisan alam maya ( blog ). Minat dalam bidang penanaman bukanlah sesuatu yang baru; namun ia disuntik dengan semangat yang baru sepanjang pengajian kedoktoran saya. Walaupun dunia perkebunan wujud berabad lamanya, pengalaman mengajar bahawa masih ada sesuatu yang baru yang boleh dipelajari, asalkan, mahu belajar. Perkebunan Millenia Ini Aktiviti perkebunan secara tradisinya dilakukan diatas tanah. Namun disebabkan kekangan kawasan serta kewangan, manusia semakin kreatif serta berinovasi dalam bidang perkebunan sebagai contoh menanam secara menegak ( vertical garden ) serta tanaman dalam bekas yang sesu

Peria Katak (Momordica charantia)

Peria katak...sebut je peria katak, terbayang rasa pahit (pernah termakan sekali)...lepas tu terus tak makan peria katak...hehehe...😆. Tetapi bila terbaca tentang khasiat peria katak (terutama khasiat no. 6)...ish, rasa macam nak cuba balik la...

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .

Kucing Kencing pada Tanah?

Tanggal 8 Januari 2018, saya dengan gembiranya memindahkan anak cambah peria katak kedalam pasu yang lebih besar. 3 hari kemudiannya, saya perhatikan anak pokok saya rebah... Artikel berkaitan : Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah . Sangkaan pertama, ketidakcukupan air. Bila periksa tanah...tanah lembap, maka air bukanlah puncanya. Sangkaan kedua, kulat dalam tanah seperti pengalaman lepas . Maka saya korek (dengan tangan, malangnya) dan saya perhatikan, tiada warna hitam pada pangkal pokok yang lazimnya menandakan kesan serangan kulat, maka anak pokok saya tidak mati akibat serangan kulat. Gambar atas : Peria katak yang baru dipindahkan Gambar bawah : Peria katak rebah Kemudian saya terbau sesuatu yang tidak diingini...kencing kucing. Saya menghidu tangan saya...alamak! 🙀 Sah! Memang tanah dalam pasu tersebut telah dicemari dengan sisa buangan kucing! Sebaik sahaja mencuci tangan, saya bergegas menyiram air dengan banyaknya kedalam pasu tersebut untuk

10 Manfaat Vermiculite untuk Tanaman Anda

Vermiculite  terbentuk daripada proses luluhawa ( weathering ) atau perubahan hidroterma ( hydrothermal alteration ) batuan  Mica . Rupanya agak menarik kerana warnanya yang coklat-keperangan berkilau. Gambar atas : maklumat am tentang  vermiculite. Gambar bawah, kiri : Bungkusan  vermiculite  yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : rupa bentuk  vermiculite .