Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tanaman Mudah

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.

Pokok Ara/Tin (Ficus carica) (Dikemaskini 7/3/19)

Sudah lama penulis inginkan Pokok Ara (Buah Tin, Fig ) namun harga yang terdapat di pasaran sedikit tinggi untuk bajet penulis 😣. Kemudian, penulis terjumpa seorang penjual menjual keratan pokok ara yang dijual pada harga yang mampu milik. Penjual tersebut menawarkan beberapa kultivar dimana penulis memilih Masui Dauphine dan Violette de Solliès hanya kerana penulis menyukai nama mereka 😁.

Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris)

Kacang buncis merupakan satu contoh sayur-sayuran yang amat mudah dimasak; potong bawang, tumis, letak kacang, letak telur, dah siap 😋. Bukan itu sahaja, kacang buncis juga berkhasiat! Khasiat pemakanan kacang buncis. Sumber gambar :  Organic Facts .

Bangun-Bangun (Plectranthus amboinicus)

Semasa berhari raya, saya menziarahi jiran lama dan dihadiahi dengan pokok bangun-bangun. Pesannya "cucuk je dalam tanah, nanti tumbuhlah". Memang benar, tanaman ini bertahan sepanjang perjalanan pulang dari kampung dan tumbuh mencanak-canak pada musim hujan. Daun pokok bangun-bangun. Pokok bangun-bangun juga dikenali dengan nama Spanish thyme , Indian borage , Mexican mint dan Cuban oregano . Disebabkan ini adakalanya pokok bangun-bangun disalah anggap sebagai pokok oregano . Kesilapan ini kemungkinan berpunca kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai bau yang sama, walaupun bau pada pokok bangun-bangun adalah lebih kuat (dan sedap baunya 👃) Gambar kiri, atas : Daun oregano . Gambar kanan, bawah : Daun bangun-bangun. Perhatikan perbezaan dari segi bahagian sisi, ketebalan dan corak urat daun.

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari ist...

Bawang Putih (Allium Sativum)

Bawang putih merupakan bahan asas masakan untuk kebanyakan resepi bukan sahaja di Malaysia, bahkan boleh dikatakan di kebanyakan negara. Bawang putih dilaporkan telah digunakan sejak Tamadun Purba Mesir sebagai ubat-ubatan dan penambah perasa. Selain sebagai penyedap masakan (kegemaran penulis, ayam + halia + bawang putih + sedikit garam, kemudian dikukus sehingga masak), bawang putih juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, diantaranya; Khasiat bawang putih. Sumber gambar: Organic Facts . Lelaman WebMD ada menerangkan dengan lebih jelas manfaat bawang putih yang telah dan belum dibuktikan secara saintifik. Sekiranya terdapat para pengunjung yang ingin beramal dengan bawang putih sebagai perubatan alternatif, dianjurkan untuk merujuk lelaman tersebut dan berbincang dengan doktor anda.

Peria Katak (Momordica charantia)

Peria katak...sebut je peria katak, terbayang rasa pahit (pernah termakan sekali)...lepas tu terus tak makan peria katak...hehehe...😆. Tetapi bila terbaca tentang khasiat peria katak (terutama khasiat no. 6)...ish, rasa macam nak cuba balik la...

Daun Selasih (Ocimum basilicum)

Daun selasih merupakan tumbuhan yang sangat mudah untuk ditumbuhkan, dan amat dianjurkan bagi individu yang baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan. Ianya tumbuh pada ketinggian 12-24 inci (30-61 cm) disamping memerlukan penjagaan yang amat minima. Penanaman daun selasih mempunyai banyak manfaatnya. Selain daripada untuk kegunaan masakan, ianya banyak dianjurkan untuk ditanam bersama tanaman lain (tomato ceri dan cili kembung) dalam penanaman regu.

Tomato Ceri

Pohon tomato ceri merupakan diantara tanaman terawal yang ditanam oleh penulis; sekiranya para pengunjung baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan, tomato ceri adalah diantara tanaman yang dicadangkan untuk pekebun baru kerana ianya senang tumbuh berbanding tomato biasa dan cepat berbuah. Pokok tomato ceri dikategorikan sebagai " indetermines ": ini bermaksud, ianya akan berbunga dan berbuah berterusan. Sekiranya di negara bermusim, pokok tomato ceri akan terus berbuah dan berbunga sehingga musim sejuk, namun saya tidak pasti keadaanya di Malaysia.