Kacang buncis merupakan satu contoh sayur-sayuran yang amat mudah dimasak; potong bawang, tumis, letak kacang, letak telur, dah siap 😋. Bukan itu sahaja, kacang buncis juga berkhasiat!
Menurut Medical News Today; kacang buncis kaya dengan serat, asid folik, thiamin, riboflavin, zat besi, magnesium, potassium, vitamin A, C, dan K. Kandungan asid folik dan zat besi ini menjadikan kacang buncis bagus untuk wanita mengandung (berlainan pula dengan peria katak). Namun begitu, kacang buncis tidak dianjurkan;
Khasiat pemakanan kacang buncis. Sumber gambar: Organic Facts. |
Menurut Medical News Today; kacang buncis kaya dengan serat, asid folik, thiamin, riboflavin, zat besi, magnesium, potassium, vitamin A, C, dan K. Kandungan asid folik dan zat besi ini menjadikan kacang buncis bagus untuk wanita mengandung (berlainan pula dengan peria katak). Namun begitu, kacang buncis tidak dianjurkan;
- Dimakan semasa mengambil ubat blood thinner seperti Coumadin atau warfarin kerana kandungan vitamin K didalam kacang buncis boleh menyebabkan darah bergumpal.
- Dimakan mentah. Kacang buncis mengandungi lectin; ia mengikat karbohidrat yang boleh mengakibatkan masalah penghadaman. Kandungan lectin dalam kacang buncis boleh dikurangkan dengan memasak kacang buncis.
- Masalah kekurangan mineral (mineral deficiency). Kacang buncis mengandungi phytic acid yang boleh mengikat sesetengah mineral lalu menghalang mineral tersebut dari diserap kedalam badan. Sekiranya terdapat para pengunjung yang mempunyai masalah ini, disyorkan untuk memeriksa dengan doktor anda dan tanya samada boleh atau tidak untuk anda memakan kacang buncis ini.
Percambahan Kacang Buncis
Penulis menggunakan benih MARDI (Malaysia Agricultural Research and Development Institute) seperti gambar dibawah.Gambar: Bungkusan kacang buncis dan isi kandungannya. |
Penulis rendam benih ini semalaman sebelum mencambahnya didalam bekas yang diisi dengan cocopeat.
Benih kacang buncis ini agak cepat bercambah (1-2 hari); mengikut anggaran penulis, lebih 80% daripada benih yang disemai bercambah (catatan penulis: rasanya lebih daripada itu tetapi disebabkan tidak mengira, penulis meletakkan 80%).
Artikel berkaitan:
Penanaman Kacang Buncis
Lokasi. Tanaman kacang buncis sebaiknya tumbuh dikawasan yang terkena cahaya matahari (sunny spot) namun terlindung daripada tiupan angin yang kuat. Elakkan dari menanam kacang buncis di kawasan yang sama berturut-turut.Tanah. Tanah untuk tanaman kacang buncis sebaiknya mempunyai sistem saliran yang elok. Dianjurkan untuk menambah kompos matang/baja tahi 2 minggu sebelum menanam kacang buncis. Tanah yang tidak bersuaian adalah tanah yang lembap dan berasid. Julat pH yang sesuai adalah 6.5-7.0.
Penyediaan Pasu. Tanaman buncis boleh ditanam didalam pasu; saiz yang bersesuaian adalah pasu berlubang yang mempunyai kedalaman 20-22 cm. Penulis menanam buncis didalam pasu sebagai tanaman regu kepada tanaman jagung. Penyediaan tanah adalah seperti ini.
Penanaman. Sekiranya tanam terus (direct-seeding), tanam pada kedalaman 5 cm dan pada jarak 10 cm antara 2 tanaman buncis dalam satu barisan manakala jarak antara dua barisan tanaman buncis yang dianjurkan adalah 45 cm.
Penjagaan Tanaman Kacang Buncis
Pengairan. Tanaman buncis memerlukan air yang cukup. Menurut lelaman ini, air yang mencukupi membolehkan kacang buncis berbuah pada jangka masa yang lama (sedang dalam pemerhatian penulis). Elakkan tanaman buncis menjadi kering kerana ia tidak dapat dipulihkan.
Pembajaan. Tanaman buncis merupakan tanaman legum i.e. mempunyai hubungan mampu mengikat nitrogen dari atmosfera kedalam tanah namun keupayaan untuk mengikat berbeza bagi tumbuhan yang berlainan. Kacang tanah dan kacang soya adalah contoh tumbuhan pengikat nitrogen yang baik manakala tanaman buncis...ummm...kurang, maka baja diperlukan. Baja yang disyorkan adalah baja cecair, namun penulis menggunakan baja humus yang diletakkkan setiap dua minggu.
Sungkupan. Penggunaan sungkupan dianjurkan untuk membanyakkan kandungan air dalam tanah selain daripada mengatasi masalah rumpai.
Serangan Serangga. Serangga, siput dan ulat suka makan daun tanaman buncis. Sebagai langkah pencegahan (serangga terutamanya), penulis menyembur Semburan Bawang Putih dan Semburan Cili + Bawang Putih buatan sendiri hampir setiap petang (sebab hujan) atau awal pagi kalau sempat. Serangga masih datang tapi berkurangan.
Struktur Sokongan. Tanaman kacang buncis memerlukan struktur sokongan untuk memanjat supaya mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya untuk berfotosintesis. Namun begitu, terdapat juga kacang buncis jenis renek yang boleh tumbuh tanpa bantuan struktur sokongan (kerana ia hanya tumbuh pada ketinggian 45 cm). Struktur ini secara tradisionalnya dibina dengan menggunakan kayu setinggi 1.8 meter atau 6 kaki. Contoh struktur sokongan boleh dilihat disini.
Penanaman Regu. Tanaman kekacang sudah lama digunakan untuk penanaman regu kaedah "Three sisters". Tanaman bermanfaat: Marigold (mencegah/mengurangkan serangga dan kumbang perosak; African marigold dan French marigold merembeskan bahan yang merencat cacing nematode; Marigold banyak disyorkan sebagai tanaman regu kepada tanaman herba, sayur-sayuran dan buah-buahan)
Mengutip Hasil. Kacang buncis sudah boleh dikutip apabila mencapai kepanjangan 10 cm. Kekerapan mengutip menggalakkan pembentukan kacang buncis yang baru. Dianjurkan untuk menggunakan gunting kebun (secateurs) semasa mengutip kacang buncis kerana dikhuatiri akan mengganggu akar sekiranya memetik kacang buncis terus daripada tanaman buncis.

Artikel berkaitan;

Gambar 1-6: Pembentukan kacang buncis daripada bunga → hasil. Gambar diambil pada hari-49 selepas biji benih direndam. |
Simpanan Benih. Biarkan kacang buncis yang ingin dijadikan benih matang pada pokok sehingga kering, dan berbunyi (rattle) apabila digoncang. Simpan biji buncis didalam kacang buncis didalam bekas yang kering dan letakkan ditempat yang gelap. Bekas yang lembap akan menggalakkan pembentukan kulat pada biji buncis.
Rujukan
1. The Idiots Guide: How to Grow French Beans From Seed in The Kitchen at Home or in the Greenhouse.
2. Grow your own French beans.
3. Growing French Beans (Green/Snap) For Guaranteed Bountiful Harvests.
4. Potting Mix And Container Size For Growing Beans – Tips On How To Grow Beans In Pots.
5. Can Fresh Green Bean Seeds Be Used to Replant?.
6. Good Companion Plants for Beans.

Ulasan
Catat Ulasan