Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kebun OKU

Panduan Membina Kebun Mesra Pengguna Kerusi Roda

Melayu/ English Pengenalan Pada  penulisan sebelum ini , penulis telah berkongsi bahawa kelainan keupayaan bukanlah penghalang untuk berkebun, apa yang diperlukan adalah kaedah yang bersesuaian. Pada penulisan ini, penulis ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina kebun/taman yang mesra terhadap pengguna kerusi roda.

Bolehkah OKU Bertani?

Bolehkah OKU Bertani? "Apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian" Penulis pernah bertanya soalan ini kepada seorang rakan penulis yang buta. Jawapannya adalah, "Ya!" Penulis turut dimaklumkan bahawa orang buta di Malaysia dulu dilatih untuk bercucuk tanam. Sejujurnya, maklumat ini mengejutkan kerana penulis tidak dapat membayangkan bagaimana orang buta bercucuk-tanam...sebenarnya ada caranya, cuma perlu disesuaikan dengan orang buta. Contohnya adalah kisah  En. Sanapi Hasyim . Kejayaan En. Sanapi membuktikan bahawa warga OKU boleh bercucuk-tanam;  apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian . Sebagai contoh, penulis pernah ber-ura-ura bahawa konsep ' Elevated Raised Bed ' sesuai untuk mereka yang berkerusi-roda. Namun begitu, istilah OKU sebenarnya agak luas kerana ia merangkumi; Amputasi ( Amputation ) Artritis ( Arthritis ) Kecederaan kepala ( Head injury ) Kecederaan otak ( Brain inju...