Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tanaman Jangka Panjang

Nanas (Ananas comosus)

Hampir setiap minggu, penulis akan pergi ke pasar tani di Kelana Jaya untuk beli nanas yang telah siap dipotong dan dibungkus kemas di salah sebuah gerai di sana. Nanasnya sedap, manis, dan yang paling penting, sudah tersedia untuk dimakan, 😋 Bagaimana Cara untuk Menumbuhkan Nanas? Buah nanas boleh ditumbuhkan dengan 2 cara; Melalui biji benih . Melalui mahkota/jambul nanas i.e bahagian atas buah nanas. Catatan penulis : Penulis sedang berusaha untuk mencambahkan biji nanas, namun tidak berjaya pada peringkat ini. Sekiranya berjaya, penulis akan mengemaskini artikel ini ataupun menulis artikel yang baru. Penyediaan Tanah Pokok Nanas Penting : sistem pengairan yang berkesan adalah  kritikal  kerana nanas tidak sukakan air yang banyak, malahan akan  reput  dalam keadaan lembap. Campuran tanah yang sesuai adalah yang mempunyai sistem pengairan yang pantas , contohnya;  Campuran tanah Bromeliad/Kaktus + Perlite pada nisbah 2:1. Pada...