Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tanaman Kesihatan

Bendi (Abelmoschus esculentus/Hibiscus esculentus)

Melayu/ English Fakta Menarik : Ramai yang tidak suka makan bendi kerana berlendir; namun lendir (juga dikenali sebagai mucilage ) mengikat kolesterol dan jus hempedu yang membawa toksin daripada hati, lalu membawa mereka keluar daripada badan ( Gamede et al., 2014 ). Ada tiga kedai kegemaran saya; Jaring (Subang Jaya), Kak Nik Ikan Patin (Pantai Dalam) dan Restoran D'Limau Nipis (Bangi). Ketiga-tiga mereka menyediakan juadah ulam-ulaman termasuk bendi rebus yang sangat sedap terutamanya dimakan bersama sambal belacan 😋 .  Semasa melayari mukabuku, penulis ternampak iklan benih bendi hijau dan merah dari  Mango Garden ; maka penulis pun membelinya...hehehe. Bungkusan benih bendi yang sampai sangat menarik; cantik  dan mesra-alam . Penulis juga diberi dua penanda tanaman ( plant label )...sangat bermanfaat, syabas 👍 Mango Garden. Arahan untuk mencambah biji benih tertera pada belakang bungkusan. 1. Bungkusan benih bendi dan penanda tanaman. 2. Muka had...

Pokok Ara/Tin (Ficus carica) (Dikemaskini 7/3/19)

Sudah lama penulis inginkan Pokok Ara (Buah Tin, Fig ) namun harga yang terdapat di pasaran sedikit tinggi untuk bajet penulis 😣. Kemudian, penulis terjumpa seorang penjual menjual keratan pokok ara yang dijual pada harga yang mampu milik. Penjual tersebut menawarkan beberapa kultivar dimana penulis memilih Masui Dauphine dan Violette de Solliès hanya kerana penulis menyukai nama mereka 😁.

Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris)

Kacang buncis merupakan satu contoh sayur-sayuran yang amat mudah dimasak; potong bawang, tumis, letak kacang, letak telur, dah siap 😋. Bukan itu sahaja, kacang buncis juga berkhasiat! Khasiat pemakanan kacang buncis. Sumber gambar :  Organic Facts .

Bawang Putih (Allium Sativum)

Bawang putih merupakan bahan asas masakan untuk kebanyakan resepi bukan sahaja di Malaysia, bahkan boleh dikatakan di kebanyakan negara. Bawang putih dilaporkan telah digunakan sejak Tamadun Purba Mesir sebagai ubat-ubatan dan penambah perasa. Selain sebagai penyedap masakan (kegemaran penulis, ayam + halia + bawang putih + sedikit garam, kemudian dikukus sehingga masak), bawang putih juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, diantaranya; Khasiat bawang putih. Sumber gambar: Organic Facts . Lelaman WebMD ada menerangkan dengan lebih jelas manfaat bawang putih yang telah dan belum dibuktikan secara saintifik. Sekiranya terdapat para pengunjung yang ingin beramal dengan bawang putih sebagai perubatan alternatif, dianjurkan untuk merujuk lelaman tersebut dan berbincang dengan doktor anda.

Peria Katak (Momordica charantia)

Peria katak...sebut je peria katak, terbayang rasa pahit (pernah termakan sekali)...lepas tu terus tak makan peria katak...hehehe...😆. Tetapi bila terbaca tentang khasiat peria katak (terutama khasiat no. 6)...ish, rasa macam nak cuba balik la...

Lada Benggala (Capsicum annuum L.)

Lada benggala merupakan suatu tanaman yang unik, ia wujud dalam tiga warna yang berbeza: hijau, kuning dan merah. Kepelbagaian warna bukanlah menunjukkan varieti yang berbeza, sebaliknya menandakan berapa lama buah lada benggala berada pada tanaman induk. Buah lada benggala bermula dari warna hijau , kemudian berubah kepada warna kuning sebelum menjadi warna merah . Kandungan vitamin C didalam lada benggala juga berubah dengan perubahan warna;  kandungan vitamin C didalam lada benggala merah adalah 3 kali ganda daripada vitamin C yang terdapat didalam buah orange manakala  kandungan vitamin C didalam lada benggala hijau adalah  2 kali ganda  daripada vitamin C yang terdapat didalam buah  orange .   Selain daripada itu, lada benggala juga mengandungi vitamin A, zat besi dan kalsium. Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan selain daripada menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Memandangkan lada benggala kaya d...

Tomato Ceri

Pohon tomato ceri merupakan diantara tanaman terawal yang ditanam oleh penulis; sekiranya para pengunjung baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan, tomato ceri adalah diantara tanaman yang dicadangkan untuk pekebun baru kerana ianya senang tumbuh berbanding tomato biasa dan cepat berbuah. Pokok tomato ceri dikategorikan sebagai " indetermines ": ini bermaksud, ianya akan berbunga dan berbuah berterusan. Sekiranya di negara bermusim, pokok tomato ceri akan terus berbuah dan berbunga sehingga musim sejuk, namun saya tidak pasti keadaanya di Malaysia.