Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penjagaan Tanaman

Bendi (Abelmoschus esculentus/Hibiscus esculentus)

Melayu/ English Fakta Menarik : Ramai yang tidak suka makan bendi kerana berlendir; namun lendir (juga dikenali sebagai mucilage ) mengikat kolesterol dan jus hempedu yang membawa toksin daripada hati, lalu membawa mereka keluar daripada badan ( Gamede et al., 2014 ). Ada tiga kedai kegemaran saya; Jaring (Subang Jaya), Kak Nik Ikan Patin (Pantai Dalam) dan Restoran D'Limau Nipis (Bangi). Ketiga-tiga mereka menyediakan juadah ulam-ulaman termasuk bendi rebus yang sangat sedap terutamanya dimakan bersama sambal belacan 😋 .  Semasa melayari mukabuku, penulis ternampak iklan benih bendi hijau dan merah dari  Mango Garden ; maka penulis pun membelinya...hehehe. Bungkusan benih bendi yang sampai sangat menarik; cantik  dan mesra-alam . Penulis juga diberi dua penanda tanaman ( plant label )...sangat bermanfaat, syabas 👍 Mango Garden. Arahan untuk mencambah biji benih tertera pada belakang bungkusan. 1. Bungkusan benih bendi dan penanda tanaman. 2. Muka had...

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.

Kucing Kencing pada Tanah?

Tanggal 8 Januari 2018, saya dengan gembiranya memindahkan anak cambah peria katak kedalam pasu yang lebih besar. 3 hari kemudiannya, saya perhatikan anak pokok saya rebah... Artikel berkaitan : Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah . Sangkaan pertama, ketidakcukupan air. Bila periksa tanah...tanah lembap, maka air bukanlah puncanya. Sangkaan kedua, kulat dalam tanah seperti pengalaman lepas . Maka saya korek (dengan tangan, malangnya) dan saya perhatikan, tiada warna hitam pada pangkal pokok yang lazimnya menandakan kesan serangan kulat, maka anak pokok saya tidak mati akibat serangan kulat. Gambar atas : Peria katak yang baru dipindahkan Gambar bawah : Peria katak rebah Kemudian saya terbau sesuatu yang tidak diingini...kencing kucing. Saya menghidu tangan saya...alamak! 🙀 Sah! Memang tanah dalam pasu tersebut telah dicemari dengan sisa buangan kucing! Sebaik sahaja mencuci tangan, saya bergegas menyiram air dengan banyaknya kedalam pasu tersebut untuk...

13 Cara Mengatasi Masalah Siput pada Tanaman

Tanggal 31 Oktober, saya meletakkan anak-anak cambah pokok bunga matahari di tepi koridor yang terkena cahaya matahari supaya mereka boleh membesar, namun pada 4 November, saya dapati terdapat beberapa yang hilang hinggalah pada 7 November dimana kesemua anak pokok bunga matahari saya habis dimakan oleh siput babi 😭. Gambar atas : anak-anak cambah pokok bunga matahari. Gambar bawah : anak-anak cambah habis dimakan oleh siput babi Walaupun binatang ini bergerak lambat, tapi kesan kerosakan dia boleh tahan juga.  Dah lah pokok kena makan, siap tinggalkan 'hadiah' pula tu 😠 Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang menangis (dalam hati) apabila melihat tanaman kesayangan kita lenyap dimakan oleh siput babi. Maka dengan azam baru, saya ingin melengkapi diri dengan ilmu cara-cara mengatasi masalah siput babi dan ulat supaya pokok bunga matahari saya boleh bercambah dan tumbuh dengan jayanya.

Elakkan Semut dengan Serbuk Kayu Manis

Kewujudan semut di kebun boleh menjadi manfaat, dan boleh mendatangkan masalah kepada tanaman. Semut memanfaatkan tanaman dengan membina ruang pengudaraan dalam tanah yang sangat memanfaatkan tumbuhan kerana ianya membantu sistem saliran dalam tanah sekaligus mengelakkan air bertakung yang boleh membawa kepada pereputan akar. Semut juga membawa sisa-sisa organik kedalam tanah yang memanfaatkan tumbuhan secara tidak langsung. Sisa-sisa organik ini akan didegradasi lalu terurai dan membekalkan nutrien kepada tanah untuk dimanfaatkan oleh tumbuhan. Selain daripada itu, semut juga boleh menjadi tanda bahawa tanaman kita diserang serangga. Serangga seperti aphids dan mealybugs (koya) akan membebaskan cecair tumbuhan ( honeydew sap ) yang merupakan kegemaran semut. Disebabkan hal ini jugalah, adakalanya semut membantu serangga seperti aphids yang boleh mendatangkan mudharat kepada tumbuhan. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membunuh atau mencegah kehad...

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah. Penggunaan sungkupan pada batas tanaman Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam. Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

Memahami Masalah Tanaman Anda

Sebelum ini, saya ada menulis kepentingan memerhati warna dan bentuk daun untuk mengetahui keadaan tanaman anda secara umum. Baru-baru ini, saya ada memerhati daun betik saya, daun di bahagian bawah menunjukkan warna kuning dan kemudiannya, layu, namun daun kekal pada tumbuhan (seperti gambar dibawah). Pokok betik yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Pemerhatian ini menimbulkan perlbagai persoalan di minda. Lalu, saya melakar carta aliran masalah tanaman untuk memudahkan pencarian. Penafian : Carta ini bersifat umum . Terdapat tumbuhan yang mungkin memberikan tanda-tanda yang berlainan daripada apa yang tertera didalam carta ini.

Kepentingan Nutrien dalam Tumbuhan

80-90 % berat tumbuhan merupakan hasil fotosintesis manakala selainnya bergantung pada pengambilan nutrien oleh tumbuhan. Terdapat kira-kira 12 nutrien penting pada tumbuhan: 6 daripadanya diperlukan pada kuantiti yang banyak (makro-nutrien) manakala 6 diperlukan dalam kuantiti yang sedikit (mikro-nutrien). Nutrien penting untuk tumbuhan

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...