Langkau ke kandungan utama

Elakkan Semut dengan Serbuk Kayu Manis

Kewujudan semut di kebun boleh menjadi manfaat, dan boleh mendatangkan masalah kepada tanaman.

Semut memanfaatkan tanaman dengan membina ruang pengudaraan dalam tanah yang sangat memanfaatkan tumbuhan kerana ianya membantu sistem saliran dalam tanah sekaligus mengelakkan air bertakung yang boleh membawa kepada pereputan akar.

Semut juga membawa sisa-sisa organik kedalam tanah yang memanfaatkan tumbuhan secara tidak langsung. Sisa-sisa organik ini akan didegradasi lalu terurai dan membekalkan nutrien kepada tanah untuk dimanfaatkan oleh tumbuhan.

Selain daripada itu, semut juga boleh menjadi tanda bahawa tanaman kita diserang serangga. Serangga seperti aphids dan mealybugs (koya) akan membebaskan cecair tumbuhan (honeydew sap) yang merupakan kegemaran semut.

Disebabkan hal ini jugalah, adakalanya semut membantu serangga seperti aphids yang boleh mendatangkan mudharat kepada tumbuhan.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membunuh atau mencegah kehadiran semut pada tumbuhan, di antaranya;

Cara untuk Menghapuskan Semut

  1. Tanah diatom. Tuang tanah diatom kedalam sarang semut dan jangan lupa pakai 😷.
  2. Semburan sabun.
  3. Semburan minyak.
  4. Semburan cili.
Apa itu tanah diatom? Bagaimana cara membuat semburan sabun/minyak/cili? Kesemuanya telahpun dijelaskan dalam 9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat.

Cara untuk Mencegah Serangan Semut

  1. Jauhkan kompos, sampah dan sisa organik dari tanaman anda.
  2. Jaga tanaman dan tanah di laman rumah anda. Semut suka bersarang pada tanaman yang sakit dan tanah yang tidak sihat. Tanaman yang sakit dan tanah yang tidak sihat lazimnya terdapat kulat yang merupakan salah satu sumber makanan semut.
  3. Tabur serbuk cili/bawang putih/cengkih, atau daun pudina kering atau minyak ekstrak daun pudina di sekeliling sarang/laluan semut. Ini menyebabkan semut berpindah atau mengubah laluan mereka.
  4. Tabur kulit orange atau kulit timun kerana mengandungi bahan yang toksik kepada kulat yang menjadi sumber makanan semut. Ini akan memaksa semut mencari makanan di kawasan lain.
  5. Tanam geranium, bawang putih, aster, calendula, chrysanthemum dan daun pudina yang tidak disukai semut dan beberapa serangga perosak yang lain.
  6. Pada masa kini, saya menyukai pendekatan menggunakan serbuk kayu manis sebagai langkah pencegahan. Semasa mula-mula membaca potensi serbuk kayu manis untuk mengelakkan serangan semut, penulis sedikit tidak percaya. Maka, sedikit ujikaji dilakukan untuk mengesahkan betul atau tidak serbuk kayu manis boleh mengelakkan serangan semut.

hhh
Penulis letak di atas pinggan makan 2 longgokan yang terdiri daripada gula sahaja, 2 longgokan gula + serbuk kayu manis dan 1 longgokan serbuk kayu manis sahaja. Pinggan dibiarkan terdedah diatas kabinet dapur.

1-2 jam kemudian, penulis perhati, tiada semut datang. Ada juga la seekor semut datang buat survey, tapi tiada kunjungan semut-semut lain.

Jangkaan awal penulis, 
  • Sekiranya serbuk kayu putih berkesan, semut akan menghurung longgokan gula.
  • Sekiranya tidak berkesan, semut akan menghurung longgokan gula beserta longgokan gula + serbuk kayu manis
Memandangkan semut langsung tiada, penulis terdetik, ‘boleh jadi serbuk kayu manis berkesan hingga keseluruhan pinggan’. 

Tapi ujikaji ini belum lengkap sebab boleh jadi semut tidak lapar ataupun mempunyai sumber makanan yang lain. Maka, penulis meletakkan gula sahaja dalam piring lain dan diletakkan kira-kira 50 cm daripada pinggan yang mempunyai campuran gula, gula + serbuk kayu manis dan serbuk kayu manis sahaja.


Pada jam 11 pagi keesokannya, penulis perhati semut berkunjung ke piring yang mempunyai gula sahaja, namun pinggan yang mengandungi serbuk kayu manis tidak terusik.

Nota penulis: lubang di tengah-tengah longgokan gula adalah dari jari penulis, nak mengsahkan ia betul-betul gula.



Pada jam 3 petang, kira-kira hampir 24 jam ujikaji ini dijalankan, semut masih tidak mengunjungi pinggan yang mengandungi serbuk kayu manis sebaliknya pergi ke piring yang mengandungi gula sahaja.

Ujikaji ini tidak berapa saintifik, namun penulis berpuas hati dengan pemerhatian ini. Yes, lepas ini kalau ada masalah dengan semut, boleh bubuh serbuk kayu manis ✌🏻.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.