Langkau ke kandungan utama

Perkebunan dan Kemampanan

“...pembangunan secara mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang”
Kemampanan (sustainability) merupakan isu yang penting pada masa kini kerana ianya mencorak keadaan dunia yang kita wariskan kepada generasi akan datang.

Didalam membincangkan isu-isu kemampanan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyenaraikan 17 matlamat yang perlu dicapai untuk mencapai kemampanan.

Gambar: 17 matlamat untuk mencapai pembangunan secara mampan.

6 daripada 17 matlamat ini berkait-rapat dengan perkebunan;
  1. Tiada kemiskinan (no poverty). Aktiviti perkebunan boleh menjana pendapatan terutama perkebunan secara organik.
  2. Sifar kelaparan (zero hunger). Aktivit perkebunan memberikan hasil sebagai sumber makanan, samada secara terus (contoh, buah-buahan, sayur-sayuran) ataupun secara tidak langsung melalui penjanaan sumber pendapatan.
  3. Sihat dan sejahtera (good health and well-being). Aktiviti perkebunan didapati memanfaatkan kesihatan secara fizikal dan mental.
  4. Pengeluaran dan penggunaan secara bertanggungjawab (responsible consumption and production). Aktiviti perkebunan menawarkan cara untuk mengitar-semula sisa-sisa dapur serta bahan-bahan sepertik kertas, tisu dan seumpamanya.
  5. Tindakan iklim (climate action). Aktiviti perkebunan mengurangkan keperluan untuk mengimport makanan sekaligus mengurangkan pelepasan gas pengangkutan ke atmosfera. Pengurangan penggunaan baja kimia berasaskan nitrogen mampu mengurangkan pelepasan gas nitrous oxide yang merupakan salah satu daripada tiga gas rumah hijau (greenhouse gases) yang utama.
  6. Kehidupan atas daratan (life on land). Dengan menanam pelbagai tanaman, dari sayur-sayuran ke buah-buahan ke pelbagai pohon bunga boleh membantu pembiakan serangga (walaupun para pekebun mungkin tidak suka, terutama ulat beluncas).

Perkebunan Mampan (Sustainable Gardening)

Aktiviti perkebunan dianggap mampan sekiranya ianya mengandungi tiga elemen ini;
  1. Masyarakat (social)
  2. Ekonomi (economic)
  3. Alam Sekitar (environment)
Secara amnya, pembangunan secara mampan didefinasikan sebagai ‘pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang’

Dari sudut perkebunan, adalah penting untuk kita memastikan aktiviti perkebunan kita memelihara alam sekitar daripada kerosakan. Maka, amatlah digalakkan untuk melakukan perkebunan secara organik dan mesra alam.

Perkebunan Secara Organik

Organik merujuk kepada benda hidup, maka perkebunan secara organik merupakan aktiviti perkebunan yang berasaskan benda-benda hidup dan bebas dari penggunaan bahan sintetik seperti baja, racun dan hormon tumbuhan.

Namun begitu, baja berasaskan benda hidup yang bukan bersumberkan manusia dan kebanyakan haiwan, seperti kompos, vermi-kompos, bio-char dan sebagainya adalah dibolehkan. Begitu juga dengan penggunaan racun yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Perkebunan secara organik mendapat perhatian yang luas kerana ianya merupakan perkebunan yang mampan. Selain daripada itu, hasil organik juga dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding hasil bukan organik.

Kesimpulan Penulis

Adalah menjadi tanggungjawab kita, selaku penduduk dunia ini untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kesejahteraan Bumi ini kerana bukan kita seorang sahaja yang memerlukan Bumi ini dalam keadaan baik, tetapi juga generasi yang akan datang. 

Sumber Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .