Langkau ke kandungan utama

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

"...penggunaan leca ball menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu"
Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan leca ball yang terdapat di pasaran.
Gambar atas, kanan: diantara manfaat leca ball.
Gambar bawah: maklumat am leca ball.

Leca merupakan akronim kepada "Lightweight Expanded Clay Aggregate" dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball iaitu;
  1. Diperbuat daripada tanah liat yang dikembangkan dan,
  2. Ianya adalah ringan

Bagaimana Leca Ball digunakan dalam Perkebunan?

Ada 4 cara bagaimana leca ball digunakan;


Gambar dari Amazon yang menunjukkan pelbagai cara menggunakan leca ball.
  1. Sebagai medium alternatif kepada tanah untuk tanaman hidroponik.
  2. Dicampurkan dalam tanah untuk membantu sistem saliran dan pengudaraan dalam tanah.
  3. Diletakkan di bahagian atas permukaan tanah sebagai hiasan.
  4. Diletakkan di bahagian dasar pasu untuk menaik-taraf sistem saliran dalam pasu.

Leca ball banyak digunakan dalam tanaman hidroponik/tanaman yang tidak menggunakan tanah (soil-less mix). Ketiadaan tanah menyebabkan tanaman memerlukan siraman cecair nutrien.

Adalah dianjurkan untuk Leca ball dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan dan seeloknya dibasuh di luar rumah kerana air basuhan leca ball berwarna coklat.

Untuk kemudahan, penulis membasuh leca ball seperti dibawah; 

Cara mudah membasuh leca ball.

Hehehehe...=D

Apakah Manfaat Penggunaan Leca Ball?

  1. Ringan. Kira-kira 1/3 pasu penulis diisi dengan leca ball kerana ia mengisi ruang dalam pasu tanpa memberatkannya, sekaligus memudahkan penulis untuk memindahkan pasu.
  2. Mampu menyimpan air walaupun tidaklah sebanyak perlite.
  3. Mempunyai kadar porositi yang agak tinggi. 
  4. Memperbaiki sistem pengairan (drainage) dalam tanah.
  5. Memperbaiki sistem perngudaraan dalam tanah (aeration).
  6. Membantu pertumbuhan akar.
  7. Menggalakkan pertumbuhan pokok.
  8. Boleh diguna-pakai beberapa kali. Sebagai langkah berjaga-jaga, perlu disterilkan (10% larutan klorok; contoh - 10 ml klorok + 90 ml air), dikeringkan sebelum digunakan semula.
  9. Tahan lama.

Kesimpulan Penulis

Leca ball merupakan salah satu medium kegemaran penulis kerana i) manfaatnya, ii) bersifat mampan kerana bahan asasnya adalah dari tanah liat, dan ianya boleh diguna-pakai beberapa kali, iii) menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan penulis untuk menjalankan aktiviti berkebun dalam pasu.

Ulasan