Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengetahuan Am

Biji Benih: Beza antara Benih "Heirloom", Pendebungaan Terbuka, Hibrid, Bukan-Hibrid dan "GMO".

Pernahkah para pembaca melihat label ini pada bungkusan biji benih dan tertanya...Apa itu benih GMO? F1 Hibrid? Benih Hibrid? Sebelum itu...

Inovasi dalam Dunia Perkebunan II

Pengenalan Sebelum ini , penulis ada berkongsi tentang konsep Penanaman dalam Pasu Penanaman dalam Bekas Kebun Beranda Perkebunan Bertingkat Untuk penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang Penanaman Batas dan Hidroponik.

Inovasi dalam Dunia Perkebunan I

Pengenalan Aktiviti perkebunan pada asasnya dilakukan di atas tanah; menurut Dewan Bahasa dan Pustaka , istilah kebun bermaksud " tanah yang tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran, ladang kecil " Pada hari ini, aktiviti perkebunan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai tanah sahaja. Teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja berkebun dan dimana sahaja asalkan mempunyai minat. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pembaca konsep-konsep dan inovasi-inovasi terkini yang terdapat di pasaran. Diharap maklumat yang dikongsikan memudahkan para pembaca untuk bercucuk-tanam.

Tanaman yang Mudah Ditanam

Diantara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya; Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana tanaman yang mudah untuk ditanam berbeza bagi individu, musim dan kawasan yang berbeza. Sebagai contoh: tanaman cili boleh dianggap sedikit 'leceh' terutama dari sudut kawalan serangga, namun bagi mereka yang meminati cili. itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Selain daripada itu, kawasan yang kerap mengalami hujan akan berhadapan dengan masalah yang berlainan berbanding dengan kawasan yang sentiasa kering. Maka, mereka yang duduk di kawasan lembap sangat senang menanam kangkung dan kesum berbanding mereka yang duduk di kawasan kering dan panas. Apa yang penulis senaraikan disini hanyalah tanaman yang secara umumnya mudah ditanam. Semoga ianya memanfaatkan para pembaca terutamanya para pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia perkebunan.

3 Manfaat Memangkas untuk Tanaman

Aktiviti memangkas boleh dikatakan kurang mendapat perhatian berbanding dengan aktiviti-aktiviti perkebunan lain seperti membaja dan meracun, mungkin kerana aktiviti membaja dan meracun memberi kesan secara langsung terhadap produktiviti tanaman. Sebenarnya, memangkas daun pada tanaman dan waktu yang sesuai boleh menambah produktiviti tanaman, bahkan berpotensi untuk mengurangkan keperluan meracun.

Memahami Masalah Tanaman Anda

Sebelum ini, saya ada menulis kepentingan memerhati warna dan bentuk daun untuk mengetahui keadaan tanaman anda secara umum. Baru-baru ini, saya ada memerhati daun betik saya, daun di bahagian bawah menunjukkan warna kuning dan kemudiannya, layu, namun daun kekal pada tumbuhan (seperti gambar dibawah). Pokok betik yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Pemerhatian ini menimbulkan perlbagai persoalan di minda. Lalu, saya melakar carta aliran masalah tanaman untuk memudahkan pencarian. Penafian : Carta ini bersifat umum . Terdapat tumbuhan yang mungkin memberikan tanda-tanda yang berlainan daripada apa yang tertera didalam carta ini.

Kepentingan Nutrien dalam Tumbuhan

80-90 % berat tumbuhan merupakan hasil fotosintesis manakala selainnya bergantung pada pengambilan nutrien oleh tumbuhan. Terdapat kira-kira 12 nutrien penting pada tumbuhan: 6 daripadanya diperlukan pada kuantiti yang banyak (makro-nutrien) manakala 6 diperlukan dalam kuantiti yang sedikit (mikro-nutrien). Nutrien penting untuk tumbuhan

Tanaman regu (Companion Planting)

Penanaman regu merujuk kepada penanaman 2-3 jenis tanaman dimana salah satu atau setiap tanaman memberi manfaat kepada tanaman yang lain; manfaat ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, sokongan, nutrien, mencegah serangga perosak, menarik serangga bermanfaat, serta pelbagai lagi.