Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Produk

Tapak Semaian dengan Penutup

Melayu/ English Penulis sebelum ini pernah menulis tentang variasi tapak semaian dimana anda boleh membacanya  disini . Penulis telahpun mencuba kesemuanya namun ada satu jenis tapak semaian yang menarik perhatian penulis; Tapak Semaian dengan Penutup. Pertama kali penulis ternampak tapak semaian ini, harganya sedikit mahal. Penulis menunggu beberapa bulan sehinggalah harganya turun, baru penulis membelinya dari  sweetshop.my ; ia merupakan sebuah pembelian yang baik. Penulis menggunakannya untuk tiga pusingan anak benih sebelum penulis membuat keputusan menambah bilangan tapak semaian dari kedai yang lain dimana cara pembungkusannya sangat mengecewakan maka penulis membuat keputusan untuk tidak menamakan kedai tersebut. Berbalik kepada tapak semaian dengan penutup ini...

Inovasi dalam Dunia Perkebunan II

Pengenalan Sebelum ini , penulis ada berkongsi tentang konsep Penanaman dalam Pasu Penanaman dalam Bekas Kebun Beranda Perkebunan Bertingkat Untuk penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang Penanaman Batas dan Hidroponik.

Inovasi dalam Dunia Perkebunan I

Pengenalan Aktiviti perkebunan pada asasnya dilakukan di atas tanah; menurut Dewan Bahasa dan Pustaka , istilah kebun bermaksud " tanah yang tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran, ladang kecil " Pada hari ini, aktiviti perkebunan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai tanah sahaja. Teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja berkebun dan dimana sahaja asalkan mempunyai minat. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pembaca konsep-konsep dan inovasi-inovasi terkini yang terdapat di pasaran. Diharap maklumat yang dikongsikan memudahkan para pembaca untuk bercucuk-tanam.

Anak-Anak Pokok Menarik dari Jabatan Pertanian Ayer Hitam

"Seronoknye kalau ada pokok durian sendiri, tak payah beli buah durian, dah la mahal 💸" (Di Kelana Jaya, durian dijual RM20 untuk 6-7 ulas 😭).  Saya percaya, ramai yang berfikiran begitu. Bukan sahaja pokok durian, tetapi buah-buahan lain seperti nangka, cempedak, ciku, manggis...😋 Namun, kebanyakan tanaman ini mengambil masa yang lama untuk berbuah terutama bila ditumbuhkan dari biji benih. Maka, salah satu penyelesaiannya adalah dengan membeli anak pokok kerana ia sememangnya menjimatkan masa. Tetapi, dimanakah boleh mendapatkan anak-anak pokok tersebut? Kebetulan saya berkenalan dengan Puan Hasimah dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian Malaysia dan beliau memberikan beberapa jenis tanaman yang terdapat di sana;

5 Manfaat Biochar untuk Tanaman Anda

" Penggunaan biochar memngkayakan tanah dengan nutrien disamping membantu melawan proses pemanasan global " Biochar  merujuk kepada pembuatan arang (char-  charcoal  - arang) dari berat kering tumbuhan (bio-) yang dibakar secara pirolisis (tanpa oksigen). Proses ini menjadikan  biochar  kaya dengan  carbon  yang menjadi sumber makanan kepada mikro-organisma tanah, lalu membantu dalam pembiakan mikro-organisma dalam tanah dimana secara tidak langsung, mikro-organisma tanah ini mengkayakan tanah dengan sumber nutrien apabila mereka mati dan diuraikan. Gambar atas : maklumat am biochar. Gambar bawah, kiri : gambaran bungkusan biochar yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : di antara kelebihan biochar.

12 Manfaat Pumice untuk Tanaman Anda

"... ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan " Pumice  merujuk kepada batuan yang terbentuk semasa letusan gunung berapi dan ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan. Walaupun secara amnya wujud dalam warna yang cerah, ia juga wujud dalam warna lain, contohnya warna coklat seperti gambar dibawah; Atas : Maklumat am  pumice  yang terdapat pada bungkusan. Bawah, kiri : Bungkusan  pumice  yang terdapat di pasaran. Bawah, tengah : Rupa bentuk  pumice . Bawah, kanan : Kelebihan  pumice .

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .

10 Manfaat Vermiculite untuk Tanaman Anda

Vermiculite  terbentuk daripada proses luluhawa ( weathering ) atau perubahan hidroterma ( hydrothermal alteration ) batuan  Mica . Rupanya agak menarik kerana warnanya yang coklat-keperangan berkilau. Gambar atas : maklumat am tentang  vermiculite. Gambar bawah, kiri : Bungkusan  vermiculite  yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : rupa bentuk  vermiculite .

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan . 

15 Manfaat Zeolite untuk Perkebunan Mampan

" Zeolite mempunyai struktur yang unik, seperti sangkar dimana ianya boleh memerangkap air atau nutrien " Gambar bungkusan zeolite serta bagaimana rupa bentuk zeolite.

Sabut Kelapa (Coco Peat)

" Penggunaan coco peat merupakan kaedah yang  organik sekaligus membantu mencapai kemampanan dalam perkebunan " Bungkusan coco peat yang terdapat di pasaran. Coco peat  merupakan medium alternatif kepada tanah yang diperbuat daripada sabut kelapa. Ianya juga dikenali sebagai coir atau coir dust .  Penggunaan coco peat adakalanya disamakan dengan penggunaan Sphagnum moss  kerana kedua-dua bahan ini bersifat organik, menawarkan sebagai medium alternatif kepada tanah serta mempunyai pH yang bersifat sedikit asid. 

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah. Penggunaan sungkupan pada batas tanaman Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam. Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

Smart Water

" Apa yang menarik tentangnya ialah, kebolehannya menyerap air " Dalam menulis beberapa produk yang terdapat di dalam pasaran, produk " Smart Water " merupakan produk yang agak sukar untuk mendapatkan maklumat tentangnya di dalam talian. Setakat pencarian saya, ada dua blog sahaja ( Karyaku Paridah Ishak dan Tanam Sendiri ) yang menulis berkenaan produk ini. Cabaran dalam mencari maklumat tentang produk ini bertambah dengan kewujudan produk minuman Syarikat Coca-Cola yang juga dinamakan " Smartwater " 

Pembungkusan Menarik daripada Baja Cecair Miracle Gro

Penggunaan baja memudahkan para pekebun memenuhi keperluan nutrien tanaman mereka. Sekiranyan anda menggunakan leca ball , perlite , pumice , vermiculite dan zeolite , penggunaan baja cecair amatlah disyorkan kerana nutrien ini boleh diserap kedalam medium ini bersama-sama dengan air. Selain daripada itu, pengunaan baja cecair juga memudahkan tumbuhan untuk menyerap nutrien; ini sangatlah bermanfaat terutama apabila tanaman anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien. Secara umum, saya lebih menyukai menggunakan tanah kompos kerana ia lebih organik dan bersifat  mampan  disamping membantu menangani masalah pemanasan dunia . Namun, diantara kelemahan kompos adalah ianya mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya. Disebabkan itu, saya sentiasa memastikan saya mempunyai sebungkus baja (sebungkus sahaja ye) untuk keperluan kecemasan, contohnya, tumbuhan saya menunjukkan daun berwarna kekuningan yang menandakan kekurangan nitrogen. Artikel berkaitan ; ...

Tanaman dalam Tin: Selasih (Basil) dan Ketumbar (Cilantro)

  "... produk tanaman dalam tin ini amatlah mudah digunakan, menjimatkan masa serta tidak memerlukan ruang yang banyak " Daun selasih (kanan) dan daun ketumbar (kiri) yang siap ditanam Menarik, sangat menarik. Bukan makanan sahaja yang wujud dalam bentuk segera, rupa-rupanya tanaman juga. Saya terjumpa produk ini di Ace Hardware dan ianya menarik perhatian kerana pertama kali melihat produk sedemikian rupa: garden in a can  (terjemahan harfiahnya adalah "kebun dalam tin" tetapi saya rasa tanaman dalam tin lebih sesuai) Gambaran hadapan dan belakang produk tanaman dalam tin. Cara menggunakan produk ini tertera dibahagian belakang tin. Setakat ini, saya hanya menjumpai dua jenis tanaman herba yang tersedia dalam bentuk tin; Basil  - daun selasih Cilantro  - Daun ketumbar, ada kalanya juga dikenali sebagai coriander  namun coriander lebih merujuk kepada biji ketumbar.  Gambar atas : Tin ini mempunyai dua lubang dibahagia...

Sphagnum Moss dalam Perkebunan

" Manfaat utama penggunaan Sphagnum moss ialah kebolehannya menyimpan air " Hehehehe...jalan-jalan (cuci mata) di Ace Hardware ternampak beberapa jenis produk menjual Sphagnum moss ini. Memandangkan kajian saya berkait rapat dengan jerami padi, saya agak berminat dengan mana-mana produk yang berasaskan tumbuhan. Kiri: gambaran bungkusan Sphagnum moss Kanan: gambaran Sphagnum moss yang kering

Kepelbagaian Tapak Semaian dalam Perkebunan

Tapak semaian merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk mencambah biji benih. Pada masa kini, tapak semaian wujud dalam pelbagai bentuk dan sebahagian daripada mereka bersifat bio-degradasi serta mampan. Kelebihan penggunaan tapak semaian adalah; Jimat . Proses percambahan biji benih tidak memerlukan medium yang banyak. Kualiti anak cambah . Penggunaan tapak semaian membolehkan biji benih bercambah secara individu, tanpa persaingan dari anak cambah lain. Akar anak cambah . Pemindahan anak cambah dari tapak semaian ke dalam pasu/tanah lazimnya berlaku tanpa kerosakan terhadap akar anak cambah.