"...produk tanaman dalam tin ini amatlah mudah digunakan, menjimatkan masa serta tidak memerlukan ruang yang banyak"
Daun selasih (kanan) dan daun ketumbar (kiri) yang siap ditanam |
Menarik, sangat menarik. Bukan makanan sahaja yang wujud dalam bentuk segera, rupa-rupanya tanaman juga.
Saya terjumpa produk ini di Ace Hardware dan ianya menarik perhatian kerana pertama kali melihat produk sedemikian rupa: garden in a can (terjemahan harfiahnya adalah "kebun dalam tin" tetapi saya rasa tanaman dalam tin lebih sesuai)
Gambaran hadapan dan belakang produk tanaman dalam tin. Cara menggunakan produk ini tertera dibahagian belakang tin. |
Setakat ini, saya hanya menjumpai dua jenis tanaman herba yang tersedia dalam bentuk tin;
- Basil - daun selasih
- Cilantro - Daun ketumbar, ada kalanya juga dikenali sebagai coriander namun coriander lebih merujuk kepada biji ketumbar.
Gambar atas: Tin ini mempunyai dua lubang dibahagian atas Gambar bawah: maklumat berkaitan produk |
Satu kelebihan produk ini adalah, ianya tersedia untuk dibuka, tanpa memerlukan sebarang peralatan.
Gambaran isi kandungan dalam tin. |
Seeloknya tin ini dibuka di kawasan luar rumah kerana seperti yang boleh dilihat di gambar atas, ianya sedikit berselerak. Apabila dibuka, tin ini mengandungi biji benih dalam paket kecil dan diisi hampir penuh dengan tanah campuran.
Gambar kiri: Isi kandungan tin daun selasih (atas) dan daun ketumbar (bawah). Gambar kanan: Biji daun selasih (atas) dan daun ketumbar). |
Tanah yang disediakan merupakan tanah campuran. Pada pengamatan saya, ianya bercampur dengan bahan berbentuk serabut (fibre) dan perlite (perlit) yang mempunyai kelebihan untuk menyimpan air.
Untuk tin daun ketumbar, cebisan arang (biochar) boleh dilihat bercampur dengan tanah. Saya tidak pasti samada tanaman berbeza mempunyai campuran berbeza atau kesemua tanaman dalam tin ini mempunyai campuran yang sama.
Dari gambaran biji benih, boleh dilihat jumlah yang dibekalkan kira-kira mencukupi (tidak terlalu sedikit, tidak terlalu banyak) untuk keluasan permukaan tin tersebut.
Gambaran bungkusan biji benih. |
Kelebihan kedua produk ini, bukan sahaja tin mudah dibuka, bungkusan biji benih ini mempunyai belah (slit) untuk memudahkan bungkusan ini dibuka.
Kelebihan ketiga, produk ini sangatlah mudah digunakan.
Kaedah pertama. |
Arahan pertama, tambahkan air kedalam tanah. Jumlah yang disyorkan ialah separuh cawan (kira-kira 118 ml).
Kaedah kedua. |
Arahan kedua, letak tin dikawasan bercahaya sebelum menabur biji benih. Namun saya menabur biji benih dahulu.
Gambaran biji benih daun selasih (atas) dan daun ketumbar (bawah) yang sudah siap ditabur. |
Kaedah ketiga. |
Arahan paling best, suruh menikmati hasil tanaman.
Namun pada masa kini, bagi peminat kebun yang ingin menanam sesuatu, produk tanaman dalam tin ini amatlah mudah digunakan, menjimatkan masa serta tidak memerlukan ruang yang banyak.
Dalam senarai arahan, tiada menyebut apa-apa tentang pembajaan, boleh jadi disebabkan adanya biochar dalam campuran tanah. Maka, pada masa kini, saya tidak akan membuat apa-apa melainkan menyiram pokok. Sekiranya wujud tanda-tanda tanaman ini memerlukan nutrien tambahan, saya akan mengemaskini blog ini.
Hampir kesemua pokok selasih dipindahkan kedalam pasu atau ditanam bersama tanaman tomato ceri dan cili kembung (bell pepper) sebagai penanaman regu.
Tujuan pemindahan adalah untuk memberikan ruang pertumbuhan optimum kepada daun selasih ini. Daun selasih yang ditumbuhkan dalam pasu secara persendirian mempunyai daun yang lebih besar serta warna hijaunya lebih gelap.
Penjagaan Tanaman
Setakat ini, tiada petua tertentu yang saya amalkan kecuali;
- Siram dengan sudu pada waktu pagi dan petang. Tin ini tiada lubang dibawah, walaupun sebelum ini air sudah disiram, tarikan graviti menyebabkan air yang disiram terkumpul di bahagian bawah manakala pendedahan kepada udara dan cahaya matahari menyebabkan lapisan atas menjadi kering. Akar biji benih pada waktu ini pada hematan saya belum tumbuh secukupnya untuk sampai ke bahagian bawah tin. Maka untuk memastikan anak benih tidak kehausan, saya menyiramnya dengan sudu. Sudu dipilih sebagai medium kerana ia memastikan saya dapat menyiramnya dengan "lembut" tanpa menjejaskan anak benih.
Perkembangan Tanaman dalam Tin
18/9/16
Akar biji benih daun selasih kelihatan pada hari ketiga. |
19/9/2016
Daun biji benih daun selasih mula kelihatan pada hari keempat. |
20/9/2016
Daun selasih mula meninggi pada hari kelima. |
Biji daun ketumbar mula menunjukkan akar pada hari kelima. |
Daripada pemerhatian ini, dapat dilihat bahawa biji benih daun ketumbar mengeluarkan akar kira-kira 2 hari lebih lambat daripada biji benih daun selasih. Daripada pembacaan testimoni pengguna, perkara ini merupakan sesuatu yang normal, bahawa perkembangan biji benih daun ketumbar memang lambat.
21/9/2016
Setakat ini, daun selasih dan daun ketumbar saya masih tumbuh dalam keadaan baik. Namun begitu, rasanya ada baiknya semasa mencambah, saya keluarkan sedikit tanah untuk melitupi anak benih, (lapisan nipis sahaja) untuk menguatkan akar kerana pada masa kini, daun selasih saya tidak stabil dimana saya perlu menambah tanah dibahagian atas untuk mengelakkannya daripada tumbang.
Daun ketumbar tidak stabil kerana mencari cahaya matahari. |
Dicadangkan supaya sedikit tanah dikeluarkan sebelum biji benih ditabur untuk menutupi bahagian atas biji benih (lapisan nipis sahaja) supaya anak cambah mempunyai struktur akar yang kuat. |
6/10/2016
Kiri: daun ke-3 mula tumbuh pada daun ketumbar Kanan: daun ke-4 banyak tumbuh pada daun selasih Catatan hari ke-21 selepas benih bercambah. |
1/11/2016
Kiri: Pokok selasih yang telah seminggu dipindahkan kedalam pasu. Kanan: Pokok selasih dibiarkan dalam tin. |
Hampir kesemua pokok selasih dipindahkan kedalam pasu atau ditanam bersama tanaman tomato ceri dan cili kembung (bell pepper) sebagai penanaman regu.
Tujuan pemindahan adalah untuk memberikan ruang pertumbuhan optimum kepada daun selasih ini. Daun selasih yang ditumbuhkan dalam pasu secara persendirian mempunyai daun yang lebih besar serta warna hijaunya lebih gelap.
Kesimpulan
Tanaman dalam tin ini berharga RM 40 ++ bagi setiap tin. Saya tidak pasti samada ianya berbaloi bila melihat dari sudut harga, namun dari perspektif yang lain, anda tidak perlu membeli tanah, pasu, perlit, serabut, arang, biji benih dalam kuantiti yang banyak hanya untuk tanaman yang sedikit, selain daripada ianya memang ramah pengguna (user friendly) dan tanah yang dibekalkan pada pendapat saya, sememangnya bagus untuk pertumbuhan akar.
Selain daripada itu;
- Benih berkualiti. Hampir kesemua benih yang dicambahkan tumbuh, dan baunya amatlah harum =D. Walaupun pertumbuhan daun ketumbar menghadapi masalah, namun pokoknya masih tumbuh (dalam proses memperbaiki keadaan pertumbuhan) manakala daun selasih tumbuh sihat.
- Medium yang bagus. Saya sukakan medium percambahan yang dibekalkan dalam tin. Rasa teksturnya sangat best pada sentuhan tangan.
- Pembelian kedua?. Ya dengan sedikit perubahan cara percambahan. Apa yang menarik saya kepada pembelian kedua adalah biji benihnya yang sangat bagus terutama daun ketumbar yang sukar untuk saya tumbuhkan. Kemungkinan pada kali kedua, saya akan menanam terus kedalam seedling tray dengan menggunakan medium yang dibekalkan.
Ulasan
Catat Ulasan