"...campuran tanah yang bagus mempunyai sistem saliran (drainage), pengudaraan (aeration) serta kitaran nutrien yang baik."
Kebanyakan tanah yang dijual di kedai-kedai menjual dua jenis tanah; tanah hitam dan tanah bakar. Di samping itu, terdapat juga tanah campuran yang dijual untuk memudahkan kita semua menanam tanaman kegemaran kita.
2 jenis tanah yang lazimnya terdapat di pasaran. Kiri: tanah hitam. Kanan: tanah bakar. |
Contoh tanah campuran yang terdapat di pasaran. |
Menggunakan tanah campuran sememangnya menyenangkan tugas kita. Namun, kadang-kadang, membuat campuran tanah sendiri agak menyeronokkan.
Contoh Tanah Campuran Sendiri
"...lama-kelamaan struktur tanah menjadi lebih padat dan akhirnya, merencat pertumbuhan tanaman"
Buat kali pertama membuat campuran sendiri, saya banyak bermain-main dengan nisbah tanah serta medium lain. Tujuan utama adalah untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada pengalaman lepas. Saya menggunakan tanah campuran kedai sepenuhnya, lama-kelamaan, saya perhatikan struktur tanah menjadi lebih padat dan akhirnya, merencat pertumbuhan tanaman.
Maka, untuk penanaman kali ini, saya mengambil langkah untuk mengelakkan keadaan yang sama berulang lagi. Saya bermain-main dengan nisbah campuran dan memerhatikan kesannya pada tumbuhan.
Percubaan membuat campuran tanah sendiri. Atas (kiri): Tanah hitam + tanah bakar. Atas (kanan): tanah hitam + zeolite. Bawah (kiri): tanah hitam + perlite. Bawah (kanan): tanah hitam + pumice. |
Maaf sekiranya gambar diatas kurang jelas, saya mengitar-semula cawan Chatime. Daripada campuran di atas, saya dapati kada aliran air paling laju adalah melalui campuran tanah hitam + tanah bakar, diikuti dengan campuran tanah hitam + perlite dan ianya sama dengan campuran tanah hitam + pumice. Kadar aliran air yang paling lambat adalah melalui campuran tanah hitam + zeolite.
Artikel Berkaitan;
Campuran tanah hitam + zeolite mempunyai kadar aliran paling perlahan boleh jadi disebabkan oleh struktur zeolite yang lebih halus daripada struktur tanah hitam, maka campuran ini menjadikan struktur tanah lebih padat berbanding dengan campuran lain lalu menyukarkan air untuk melalui menerusinya.
Daripada percubaan ini, saya akhirnya mendapat campuran tanah kegemaran saya...yeay !!! =D
Daripada percubaan ini, saya akhirnya mendapat campuran tanah kegemaran saya...yeay !!! =D
Campuran Kegemaran Saya I
Mula-mula, untuk penyediaan bekas, saya mengitar-semula bekas minuman air.
Gambar atas: bekas minuman yang dipotong dua. Gambar bawah: bahagian bawah (kiri) dan tepi (kanan) botol dipotong dengan pisau untuk air berlebihan mengalir keluar. |
Bahagian dasar bekas saya lapiskan dengan Sphagnum moss diikuti dengan leca ball sehingga kira-kira 1/3 kedalaman bekas. Leca ball kali ini saya gunakan produk Serbajadi kerana diameter bebolanya lebih besar.
Bekas tanaman yang siap diisi dengan Sphagnum moss dan Leca ball. |
Artikel Berkaitan;
Kemudian saya isi dengan tanah campuran kedai diselitkan dengan penambahan kompos serta medium selain tanah. Tujuan campuran ini adalah untuk;
- Memastikan struktur tanah tidak akan menjadi padat pada masa akan datang (dengan penggunaan leca ball, perlite, pumice dan vermiculite).
- Memastikan kitaran nutrien tanah berterusan (dengan penggunaan kompos dan biochar; tanah campuran kedai ini sememangnya terdapat biochar maka tidak perlu untuk saya menambah biochar ke dalam campuran ini).
- Memastikan tanah dapat menyimpan dan membekalkan sumber air (Perlite, pumice dan zeolite) dan nutrien (zeolite) kepada tumbuhan terutamanya pada waktu panas.
Artikel Berkaitan;
10 Manfaat Vermiculite untuk Tanaman Anda.
10 Manfaat Vermiculite untuk Tanaman Anda.
Contoh campuran medium alternatif. |
Pada lapisan teratas, saya hanya menggunakan tanah hitam. Tiada sebab tertentu, saya hanya sukakan variasi dalam penggunaan tanah.
Tanah yang siap dicampur untuk kegunaan tanaman. |
Campuran Kegemaran Saya II
Campuran ini menggunakan coco peat. Saya sukakan coco peat disebabkan ciri anti-kulat yang sangat bermanfaat apabila memindahkan anak pokok disebabkan pengalaman lepas. Namun saya mendapati coco peat menjadi padat apabila terlalu banyak sangat air, terutama pada musim hujan. Maka saya untuk campuran ini, saya mencampurkan;
- Coco peat + tanah bakar + tanah campuran.
- Coco peat + tanah bakar dan tanah hitam + biochar + compost.
Kesimpulan
Secara amnya, campuran tanah yang bagus mempunyai sistem saliran (drainage), pengudaraan (aeration) serta kitaran nutrien yang baik. Campuran ini dapat memastikan;- Akar dapat tumbuh dengan baik, lalu menyebabkan
- Penyerapan air dan nutrien yang optimum, bagus untuk,
- Memastikan tumbuhan membesar dalam keadaan yang baik.
Penggunaan produk alternatif seperti perlite dan lain-lain hanyalah untuk membantu tanah, terutamanya bagi yang mempunyai banyak tugasan lain ataupun bagi tanaman dalam bekas yang mempunyai kadar simpanan air yang terhad.
Maka, gunalah campuran mana yang senang dan mudah untuk anda, asalkan ianya mempunyai sistem saliran (drainage), pengudaraan (aeration) serta kitaran nutrien yang baik.
artikel yg sangat membantu.. terima kasih atas perkongsian 🤩🤩
BalasPadamGembira dapat membantu 😊
PadamBaik. Thanks!
BalasPadam