Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tanah

Menyesuaikan Campuran Tanah mengikut Tanaman Anda

"... campuran tanah yang bagus mempunyai sistem saliran ( drainage ), pengudaraan ( aeration ) serta kitaran nutrien yang baik. " Kebanyakan tanah yang dijual di kedai-kedai menjual dua jenis tanah; tanah hitam dan tanah bakar. Di samping itu, terdapat juga tanah campuran yang dijual untuk memudahkan kita semua menanam tanaman kegemaran kita. 2 jenis tanah yang lazimnya terdapat di pasaran. Kiri: tanah hitam. Kanan: tanah bakar. Contoh tanah campuran yang terdapat di pasaran. Menggunakan tanah campuran sememangnya menyenangkan tugas kita. Namun, kadang-kadang, membuat campuran tanah sendiri agak menyeronokkan.

Cara Mudah untuk Mengkompos

Apa itu Kompos? Kompos merujuk kepada bahan-bahan yang telah terurai lalu menjadi sumber bekalan nutrien kepada tanaman selain daripada baja. Apakah Kebaikan Mengkompos? Baja alternatif . Hasil kompos merupakan sumber alternatif kepada penggunaan baja kerana ia kaya dengan nutrien. Mesra alam . Proses pengkomposan bersandarkan kepada proses semulajadi dimana bahan-bahan organik diuraikan kepada bentuk yang ringkas. Selain daripada itu, dengan mengkompos, kita membantu mengurangkan sisa buangan dari dapur sekaligus membantu mengatasi masalah sisa buangan didunia ini. Gambar : Dunia yang dipenuhi dengan sampah-sarap. Inikah dunia yang bakal kita tinggalkan untuk generasi akan datang? Organik . Produk kompos sememangnya bersifat organik kerana bahan asasnya adalah dari sumber organik manakala proses peleraian sisa-sisa organik ini dilakukan oleh makro- dan mikro-organisma dalam tanah. Mampan . Aktiviti pengkomposan membantu mencapai kemampanan dengan i) mengurangkan pe...

5 Ciri Asas Tanah untuk Perkebunan (Dikemaskini 6/11/18)

" ... tanah menjadi gelap hasil dari proses pereputan bahan-bahan organik " Tanah merupakan medium konvensional dalam dunia perkebunan dan ianya wujud dalam pelbagai tekstur serta warna. Kepelbagaian warna dan tekstur tanah Walaupun wujud variasi, ciri-ciri asas tanah yang baik untuk aktiviti perkebunan adalah; 1. Kaya dengan nutrien . 2. Mempunyai struktur yang sederhana; tidak terlalu padat atau terlalu peroi. 3. Mampu menyimpan air secukupnya. 4. Mengandungi sisa- sisa organik . 5. Mempunyai nilai pH yang bersesuaian. 5 ciri asas tanah untuk perkebunan Secara amnya, tanah yang berwarna gelap (coklat/hitam) dipercayai bagus untuk perkebunan kerana kebanyakan tanah yang berwarna gelap sememangnya kaya dengan nutrien; tanah menjadi gelap hasil dari proses pereputan bahan-bahan organik. Namun, ini tidak bermakna semua tanah yang berwarna gelap kaya dengan nutrien.