Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kemampanan

5 Manfaat Biochar untuk Tanaman Anda

" Penggunaan biochar memngkayakan tanah dengan nutrien disamping membantu melawan proses pemanasan global " Biochar  merujuk kepada pembuatan arang (char-  charcoal  - arang) dari berat kering tumbuhan (bio-) yang dibakar secara pirolisis (tanpa oksigen). Proses ini menjadikan  biochar  kaya dengan  carbon  yang menjadi sumber makanan kepada mikro-organisma tanah, lalu membantu dalam pembiakan mikro-organisma dalam tanah dimana secara tidak langsung, mikro-organisma tanah ini mengkayakan tanah dengan sumber nutrien apabila mereka mati dan diuraikan. Gambar atas : maklumat am biochar. Gambar bawah, kiri : gambaran bungkusan biochar yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : di antara kelebihan biochar.

12 Manfaat Pumice untuk Tanaman Anda

"... ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan " Pumice  merujuk kepada batuan yang terbentuk semasa letusan gunung berapi dan ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan. Walaupun secara amnya wujud dalam warna yang cerah, ia juga wujud dalam warna lain, contohnya warna coklat seperti gambar dibawah; Atas : Maklumat am  pumice  yang terdapat pada bungkusan. Bawah, kiri : Bungkusan  pumice  yang terdapat di pasaran. Bawah, tengah : Rupa bentuk  pumice . Bawah, kanan : Kelebihan  pumice .

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan . 

Menangani Pemanasan Global melalui Perkebunan

Saya pernah dengar seorang penceramah berkata “sia-sia je tanam bunga, baik tanam sayur, boleh makan”.  Tersentap saya. ‘Betapa dangkalnya pendapat itu’, terlintas di fikiran saya. Tahukah anda, dengan menanam tumbuhan, secara tidak langsung kita membantu menangani masalah pemanasan dunia? Tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri yang unik - ia mempunyai kebolehan untuk mengambil karbon dioksida dari atmosfera yang berbentuk tidak organik dan menukarkannya kepada organik karbon yang menjadi sumber karbohidrat kepada kita semua. Gambar : Peranan tumbuhan dalam pemencilan karbon dari atmosfera. Sumber gambar : Rodale Institute . Selain daripada itu, sedikit karbon dioksida yang diambil dari atmosfera akan dilepaskan melalui akar kedalam tanah; ini dipanggil ‘cecair karbon’ ( liquid carbon ). Cecair karbon dilepaskan kedalam tanah melalui akar penting untuk kulat yang berada di akar tumbuhan yang dinamakan mychorrizae . Kulat ini bukannya kulat yang mendatangkan penyak...

15 Manfaat Zeolite untuk Perkebunan Mampan

" Zeolite mempunyai struktur yang unik, seperti sangkar dimana ianya boleh memerangkap air atau nutrien " Gambar bungkusan zeolite serta bagaimana rupa bentuk zeolite.

Perkebunan dan Kemampanan

“... pembangunan secara mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang” Kemampanan ( sustainability ) merupakan isu yang penting pada masa kini kerana ianya mencorak keadaan dunia yang kita wariskan kepada generasi akan datang. Didalam membincangkan isu-isu kemampanan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyenaraikan 17 matlamat yang perlu dicapai untuk mencapai kemampanan. Gambar:  17 matlamat untuk mencapai pembangunan secara mampan. 6 daripada 17 matlamat ini berkait-rapat dengan perkebunan;

Sabut Kelapa (Coco Peat)

" Penggunaan coco peat merupakan kaedah yang  organik sekaligus membantu mencapai kemampanan dalam perkebunan " Bungkusan coco peat yang terdapat di pasaran. Coco peat  merupakan medium alternatif kepada tanah yang diperbuat daripada sabut kelapa. Ianya juga dikenali sebagai coir atau coir dust .  Penggunaan coco peat adakalanya disamakan dengan penggunaan Sphagnum moss  kerana kedua-dua bahan ini bersifat organik, menawarkan sebagai medium alternatif kepada tanah serta mempunyai pH yang bersifat sedikit asid. 

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah. Penggunaan sungkupan pada batas tanaman Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam. Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

Kepentingan Nutrien dalam Tumbuhan

80-90 % berat tumbuhan merupakan hasil fotosintesis manakala selainnya bergantung pada pengambilan nutrien oleh tumbuhan. Terdapat kira-kira 12 nutrien penting pada tumbuhan: 6 daripadanya diperlukan pada kuantiti yang banyak (makro-nutrien) manakala 6 diperlukan dalam kuantiti yang sedikit (mikro-nutrien). Nutrien penting untuk tumbuhan

Tanaman regu (Companion Planting)

Penanaman regu merujuk kepada penanaman 2-3 jenis tanaman dimana salah satu atau setiap tanaman memberi manfaat kepada tanaman yang lain; manfaat ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, sokongan, nutrien, mencegah serangga perosak, menarik serangga bermanfaat, serta pelbagai lagi.

Cara Mudah untuk Mengkompos

Apa itu Kompos? Kompos merujuk kepada bahan-bahan yang telah terurai lalu menjadi sumber bekalan nutrien kepada tanaman selain daripada baja. Apakah Kebaikan Mengkompos? Baja alternatif . Hasil kompos merupakan sumber alternatif kepada penggunaan baja kerana ia kaya dengan nutrien. Mesra alam . Proses pengkomposan bersandarkan kepada proses semulajadi dimana bahan-bahan organik diuraikan kepada bentuk yang ringkas. Selain daripada itu, dengan mengkompos, kita membantu mengurangkan sisa buangan dari dapur sekaligus membantu mengatasi masalah sisa buangan didunia ini. Gambar : Dunia yang dipenuhi dengan sampah-sarap. Inikah dunia yang bakal kita tinggalkan untuk generasi akan datang? Organik . Produk kompos sememangnya bersifat organik kerana bahan asasnya adalah dari sumber organik manakala proses peleraian sisa-sisa organik ini dilakukan oleh makro- dan mikro-organisma dalam tanah. Mampan . Aktiviti pengkomposan membantu mencapai kemampanan dengan i) mengurangkan pe...

Kepelbagaian Tapak Semaian dalam Perkebunan

Tapak semaian merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk mencambah biji benih. Pada masa kini, tapak semaian wujud dalam pelbagai bentuk dan sebahagian daripada mereka bersifat bio-degradasi serta mampan. Kelebihan penggunaan tapak semaian adalah; Jimat . Proses percambahan biji benih tidak memerlukan medium yang banyak. Kualiti anak cambah . Penggunaan tapak semaian membolehkan biji benih bercambah secara individu, tanpa persaingan dari anak cambah lain. Akar anak cambah . Pemindahan anak cambah dari tapak semaian ke dalam pasu/tanah lazimnya berlaku tanpa kerosakan terhadap akar anak cambah.