Langkau ke kandungan utama

Menangani Pemanasan Global melalui Perkebunan

Saya pernah dengar seorang penceramah berkata “sia-sia je tanam bunga, baik tanam sayur, boleh makan”. 

Tersentap saya. ‘Betapa dangkalnya pendapat itu’, terlintas di fikiran saya.

Tahukah anda, dengan menanam tumbuhan, secara tidak langsung kita membantu menangani masalah pemanasan dunia?


Tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri yang unik - ia mempunyai kebolehan untuk mengambil karbon dioksida dari atmosfera yang berbentuk tidak organik dan menukarkannya kepada organik karbon yang menjadi sumber karbohidrat kepada kita semua.

Gambar: Peranan tumbuhan dalam pemencilan karbon dari atmosfera.
Sumber gambar: Rodale Institute.

Selain daripada itu, sedikit karbon dioksida yang diambil dari atmosfera akan dilepaskan melalui akar kedalam tanah; ini dipanggil ‘cecair karbon’ (liquid carbon).

Cecair karbon dilepaskan kedalam tanah melalui akar penting untuk kulat yang berada di akar tumbuhan yang dinamakan mychorrizae. Kulat ini bukannya kulat yang mendatangkan penyakit sebaliknya ia membantu memberikan nutrien kepada tumbuhan sebagai pertukaran kepada cecair karbon.

Kulat mychorrizae kemudiannya membebaskan glomalin. Glomalin merupakan struktur protein yang melekit; ia berperanan sebagai gam yang melekatkan butir-butir tanah sekaligus;
  1. Memperbaiki struktur tanah daripada padat,.
  2. Mebantu sistem saliran dan pengudaraan dalam tanah.
  3. Menggalakkan pertumbuhan akar
  4. Membantu pertumbuhan tanaman.
Selain daripada itu, peranan glomalin yang melekatkan butir-butir tanah dipanggil sebagai ‘pengagregatan tanah’ (soil aggregation); proses ini penting melindungi komponen karbon dalam tanah daripada terurai.

Penting ke?

Proses pengikatan karbon dioksida daripada atmosfera kedalam tanah dipanggil pemencilan/pengasingan karbon (carbon sequestration).

Pengasingan karbon keluar daripada atmosfera dan ‘mengikatnya’ kedalam tanah merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menangani masalah pemanasan global (global warming) kerana karbon dioksida merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan pemanasan dunia serta perubahan iklim (climate change). 

Kesimpulan Penulis

Mungkin ramai yang fikir, ‘eh, aku tanam pokok sayur/bunga/herba sahaja, boleh ke membantu?” 

Jawapan penulis adalah “YA!”. Aktiviti berkebun membantu secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung terutamanya yang mengamalkan perkebunan organik serta mengkayakan tanah dengan kandungan humus, manakala secara tidak langsung dengan mengurangkan ‘jejak karbon’ (carbon footprint) melalui pengurangan pengangkutan sumber makanan.

Sekiranya anda masih ragu, fikir-fikirkan lah. Setiap individu daripada kita umpama setitik air, namun apabila terkumpul, kita boleh menjadi umpama lautan yang memadamkan api yang marak.

Rujukan

3. Glomalin.

Ulasan

Panduan Popular

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.