Langkau ke kandungan utama

15 Manfaat Zeolite untuk Perkebunan Mampan

"Zeolite mempunyai struktur yang unik, seperti sangkar dimana ianya boleh memerangkap air atau nutrien"
Gambar bungkusan zeolite serta bagaimana rupa bentuk zeolite.


Apa itu Zeolite?

Zeolite merupakan mineral yang terbentuk hasil tindakbalas kimia antara abu gunung berapi (volcanic ash) dengan garam di laut. Zeolite dianggap sebagai mineral yang stabil dan ianya mempunyai struktur yang unik, seperti sangkar dimana ianya boleh memerangkap air atau nutrien bercaj positif (ammonia-nitrogen). Disebabkan strukturnya yang unik dan stabil, zeolite disyorkan untuk kegunaan pertanian.

Apakah Manfaat Penggunaan Zeolite?

  1. Menyerap air.
  2. Membebaskan air mengikut keperluan tumbuhan.
  3. Mengelakkan akar tumbuhan mereput (akar yang terendam dalam air pada waktu yang lama boleh mereput.
  4. Menggalakkan pembentukan akar.
  5. Menjimatkan penggunaan air, terutama pada musim kemarau.
  6. Menggalakkan percambahan biji benih.
  7. Menyerap nutrien terutamanya ammonia.
  8. Bertindak sebagai baja lepas lambat (slow release fertilizer).
  9. Meningkatkan keberkesanan penggunaan baja.
  10. Mengelakkan pencemaran akibat pembajaan yang tidak berkesan.
  11. Meningkatkan pertumbuhan dan hasil pokok.
  12. Menjadikan pH tanah yang berasid kepada neutral atau sedikit beralkali (boleh digunakan untuk meneutralkan kesan penggunaan baja kimia atau Sphagnum moss).
  13. Menyerap bau.
  14. Tahan lama kerana strukturnya yang stabil.
  15. Organik

Bagaimana Cara Menggunakan Zeolite?

Zeolite datang dalam bentuk serbuk, maka dianjurkan menggunakan sarung tangan dan pelindung mata semasa menggunakan zeolite, terutama waktu berangin.

Untuk menggunakan zeolite;
  1. Taburkan 0.45 kg (1 lb) zeolite bagi kawasan seluas 0.8 meter² (1 square yard).
  2. Campurkan 5% zeolite kedalam campuran tanah didalam pasu anda.

Catatan Penulis

Pengalaman saya menggunakan zeolite pada masa ini kurang memuaskan, disebabkan saya mencampurkan zeolite melebihi daripada yang dianjurkan. Adakah para pengunjung mempunyai pengalaman penggunaan zeolite yang boleh dikongsi bersama?

    Ulasan

    Panduan Popular

    Pokok Mulberry (Morus spp.)

    Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.