Langkau ke kandungan utama

13 Cara Mengatasi Masalah Siput pada Tanaman

Tanggal 31 Oktober, saya meletakkan anak-anak cambah pokok bunga matahari di tepi koridor yang terkena cahaya matahari supaya mereka boleh membesar, namun pada 4 November, saya dapati terdapat beberapa yang hilang hinggalah pada 7 November dimana kesemua anak pokok bunga matahari saya habis dimakan oleh siput babi 😭.

Gambar atas: anak-anak cambah pokok bunga matahari.
Gambar bawah: anak-anak cambah habis dimakan oleh siput babi

Walaupun binatang ini bergerak lambat, tapi kesan kerosakan dia boleh tahan juga.

 Dah lah pokok kena makan, siap tinggalkan 'hadiah' pula tu 😠

Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang menangis (dalam hati) apabila melihat tanaman kesayangan kita lenyap dimakan oleh siput babi. Maka dengan azam baru, saya ingin melengkapi diri dengan ilmu cara-cara mengatasi masalah siput babi dan ulat supaya pokok bunga matahari saya boleh bercambah dan tumbuh dengan jayanya.

1. Perangkap

Isi baldi kecil dengan jus anggur atau air + 1/2 sudu kecil yis + 1 sudu besar gula. Biarkan baldi tersebut semalaman di laman/kebun anda. Bau yis dari baldi akan menarik perhatian siput yang akan memanjat baldi tersebut dan kemudiannya tenggelam didalam baldi. Anda juga boleh membeli perangkap siput disini.

Coretan Penulis: Siput dan ulat juga gemarkan kulit buah citrus.

2. Copper/Tembaga

Interaksi antara logam dan lendir yang dihasilkan oleh siput menyebabkan siput seolah-olah terkena renjatan elektrik. Tembaga sebagai langkah pencegahan siput boleh digunakan dengan dua cara;
  • Pelekat tembaga dimana anda menampalnya disekeliling tanaman/kebun anda. (Para pengunjung boleh membeli pelekat tembaga disini)
  • Duit syiling 20 sen dan 50 sen (yang warna kuning tu...)

3. Kulit Telur

Keringkan kulit telur samada dibawah cahaya matahari atau didalam oven. Kemudian hancurkan kulit telur dan tabur disekeliling tanaman/pasu anda. Kulit telur yang dipecahkan mempunyai sisi yang tajam yang tidak disukai oleh siput.

Nota Penulis: Kulit telur juga boleh ditabur disekeliling menjadi sumber organik kalsium kepada tumbuhan terutamanya pada musim hujan

4. Kopi

Secara teorinya, siput tidak menggemari kafein didalam kopi
  • Bancuh kopi, biarkan sejuk dan sembur disekeliling tanaman anda.
  • Tabur serbuk kopi disekeliling tanaman anda.
Nota Penulis: Serbuk kopi merupakan sumber organik nitrogen kepada tanah. Namun begitu, elakkan dari menggunakan serbuk kopi 3-dalam-1 dan serbuk kopi yang belum dibancuh. Serbuk kopi yang belum dibancuh menambah keasidan tanah dan boleh merencat pengambilan nutrien lain.

5. Haiwan Pemangsa

Serangan siput boleh dikurangkan dengan memelihara atau menggalakkan kehadiran haiwan pemangsa kepada siput seperti 
  • Katak
  • Kodok
  • Kura-kura
  • Salamander
  • Itik
  • Ayam
  • Burung

Kehadiran katak dan kodok boleh digalakkan dengan menggunakan rumah kodok yang diperbuat dari tanah liat (ceramic toad house), namun ia agak mahal! (Para pengunjung boleh mendapatkan rumah kodok yang diperbuat daripada seramik disini)

Membela ayan dan itik nampaknya memanfaatkan namun mereka mungkin merosakkan tanaman juga. Maka, berjaga-jaga ya.

6. Tanah Diatom

Maklumat tentang Tanah Diatom dan penggunaannya untuk menangani serangan siput telahpun ditulis dalam artikel ini.

Selain tanah diatom, boleh juga menggunakan;
  • Serbuk halia
  • Bedak (talcum)
  • Abu kayu
  • Epsom salt. (Para pengunjung boleh mendapatkan Epsom Salt disini)

Catatan Penulis: Penggunaan epsom salt juga memanfaatkan tumbuhan dengan memberikan sumber magnesiul kepada tanaman.

Artikel berkaitan;

7. Kutip Sendiri

Kalau tak sampai hati untuk membunuhnya, anda boleh mengurangkan bilangan siput dari kebun anda dengan mengutipnya dan melepaskannya di kawasan yang jauh dari kebun anda (dan juga kebun orang lain).

Waktu yang terbaik untuk mengutipnya adalah pada awal pagi dan lewat petang. Cara mudah untuk menangkapnya adalah dengan menterbalikkan pasu sedikit senget, dan biarkan semalaman kerana siput-siput akan berkumpul dibawah pasu ini.

8. Siram Awal

Siput suka tanah/lantai yang basah kerana memudahkannya untuk bergerak. Siraman awal mampu mengeringkan permukaan tanah/lantai sekaligus menyukarkan pergerakan siput.

Nota Penulis: Haiwan secara amnya akan mencari makanan di kawasan yang paling kurang penggunaan sumber tenaga. Maka, haiwan akan mencari makanan di kawasan yang dekat atau mudah.

9. Gembur Tanah Selalu

Kekerapan menggembur tanah boleh mematikan telur-telur siput sekaligus mengurangkan bilangan siput dari kebun anda.

10. Kemas Kawasan Kebun

Siput suka menyorok dicelah-celah daun atau bawah pasu. Maka, kurangkan kawasan persembunyian siput sebagai langkah pencegahan.

11. Hiasan Kebun

Sesetengah alat perhiasan laman/kebun boleh digunakan sebagai langkah pencegahan disebabkan strukturnya yang menyukarkan pergerakan siput. Contoh alat perhiasan tanaman;
  • Serpihan kayu. (Para pengunjung boleh mendapatkan serpihan kayu disini).
  • Batu kerikil
  • Pasir
Serpihan kayu yang ditabur sebagai langkah pencegahan siput.

12. Tanaman Regu

Tanam tanaman yang tidak digemari oleh siput i.e. berdaun tebal dan berbau wangi seperti;
  • Daylily
  • Ferns
  • Hydrangea
  • Lavender. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih lavender disini).
  • Bunga raya.
  • Daun pudina. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih daun pudina disini).
  • Rosemary. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih rosemary disini).
  • Fennel. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih fennel disini).
  • Parsley. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih daun parsley disini).
  • Daun selasih. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih daun selasih disini).
  • Sage (Salvia officinalis). (Para pengunjung boleh mendapatkan benih daun sage disini).
  • Chives. (Para pengunjung boleh mendapatkan benih daun chives disini).
  • Bawang putih

13. Racun Siput

Terdapat beberapa jenis racun untuk siput namun yang bersifat mampan adalah;
  • Molluscicide dari Syarikat Baba. (Para pengunjung boleh mendapatkan molluscicide disini).
  • Semburan bawang putih. Cara membuatnya telahpun ditulis dalam artikel sebelum ini.

Catatan Penulis

Banyak juga ya cara untuk mengawal serangan siput babi ini...mwahahahahaha 😈. Penggunaan tanaman regu nampaknya sangat-sangat menarik...😍.

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .