Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maklumat Am

Bijak Kewangan Melalui Aktiviti Perkebunan

Penulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis kaedah bijak kewangan melalui aktiviti perkebunan samada melalui penjimatan bahan dapur, ataupun menjana pendapatan sambilan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis yang tidak seberapa. Harapannya ialah ia dapat membantu rakyat Malaysia dalam mengharungi waktu yang sukar ini.  Contoh iklan perniagaan berasaskan tanaman. Kita menghadapi masa yang sukar akibat virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak COVID-19 di seluruh duna. Banyak perniagaan terjejas dan ramai pekerja diberhentikan. Kadar pengangguran dijangka meningkat. Pada waktu ni, apa yang perlu adalah bersederhana dalam berbelanja; berbelanja adalah perlu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan namun elakkan berbelanja boros bagi mengelakkan masalah kewangan. Disamping itu, bercucuk-tanam berkebolehan mengurangkan beban perbelanjaan dapur disamping memberikan sumber yang bernutrisi. 

Tut Pelenturan

Tut pelenturan merujuk kepada teknik pembiakan tumbuhan dimana bahagian batang tumbuhan yang terdapat di atas tanah membentuk akar baru tanpa berpisah dari tumbuhan induk. Proses ini boleh berlaku secara alami atau dengan bantuan hormon penggalak akar. Akar baru mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun untuk terbentuk dengan baiknya, bergantung pada spesies tumbuhan. Bahagian batang yang telah berakar kemudian boleh dipisahkan dari tumbuhan induk menjadi tumbuhan yang baru.

Pokok Layu Akibat Cuaca Panas

Pemerhatian : Daun anak pokok tin dan ulam raja menunjukkan tanda mulai layu. Hipotesis : Lazimnya, kelayuan pada daun pokok menandakan ketidakcukupan air pada tumbuhan.  Pemeriksaan : Penulis menyentuh pada permukaan tanah: lembap. Kesimpulan Awal : Sumber air dalam tanah adalah mencukupi untuk pokok.

Pembentukan Akar pada Keratan Batang

Melayu/ English Penulis telah mencuba menumbuhkan  keratan ara/tin  tiga kali: percubaan kali pertama memberikan hasil seratus peratus (2/2 keratan) manakala percubaan kali kedua dan ketiga memberikan hasil kurang daripada lima puluh peratus. Kini, penulis sedang dalam percubaan kali keempat. Semasa percubaan kedua dan ketiga, penulis telah mencuba merendam keratan dalam pelbagai paras air; penulis perhatikan akar yang tumbuh menghampiri permukaan air. Garisan biru menandakan paras air. Perhatikan akar tumbuh menghampiri permukaan air. Sebuah kajian oleh Zimmerman (1930) menunjukkan pemerhatian yang sama, mengaitkan kepentingan oksigen dalam pembentukan akar pada keratan, dimana sesetengah spesies memerlukan lebih banyak oksigen berbanding dengan spesies yang lain. Oksigen penting untuk respirasi tumbuhan, proses yang menukar simpanan makanan dalam keratan kepada sumber tenaga yang diperlukan untuk pembentukan akar manakala kekurangan oksigen membawa kepada...

Cara Terbaik untuk Menumbuhkan Keratan Pokok

Melayu/ English Penanaman melalui keratan merupakan salah satu cara tumbuhan membiak; pembiakan melalui cara in membolehkan tanaman berbuah/mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan tumbuhan yang ditanam melalui biji benih. Menumbuhkan tanaman baru melalui keratan merupakan suatu kemahiran yang diasah melalui pengalaman; sesetengah keratan mudah ditumbuhkan manakala sesetengah keratan yang lain memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Kaedah yang penulis kongsikan ini berdasarkan panduan yang penulis belajar, baca dan amalkan. Penulis berharap para pembaca sekalian memperoleh manfaat dari penulisan ini.

Penjagaan Peralatan Perkebunan

Melayu/ English Alat perkebunan yang berkualiti  merupakan aset kepada pekebun; sekiranya alat itu dijaga dengan baik, ia memudahkan aktiviti perkebunan (haha 😆...penulis baru membersihkan gunting kebun penulis, memang rasa perbezaan menggunting dengan gunting kebun karat vs. gunting kebun kurang karat).

Jimat Ruang dengan Penanaman Campuran

" Penanaman campuran ini sebenarnya amat bersesuaian untuk penduduk di Asia kerana kebanyakan resepi masakan menggunakan dedaun herba dan ini tidak termasuk dengan penggunaan ulam-ulaman ... " Tidak dinafikan, aktiviti perkebunan semakin mendapat tempat dihati penduduk-penduduk bandar terutamanya dengan kewujudan kumpulan-kumpulan yang bertemakan perkebunan di lelaman Facebook . Penulis akui, adakalanya berasa geram (dari sudut positif) apabila melihat tanaman orang lain berjaya, dan ingin mencubanya. Namun bagi sesetengah individu, mereka mengalami masalah kekangan ruang.

Menyesuaikan Campuran Tanah mengikut Tanaman Anda

"... campuran tanah yang bagus mempunyai sistem saliran ( drainage ), pengudaraan ( aeration ) serta kitaran nutrien yang baik. " Kebanyakan tanah yang dijual di kedai-kedai menjual dua jenis tanah; tanah hitam dan tanah bakar. Di samping itu, terdapat juga tanah campuran yang dijual untuk memudahkan kita semua menanam tanaman kegemaran kita. 2 jenis tanah yang lazimnya terdapat di pasaran. Kiri: tanah hitam. Kanan: tanah bakar. Contoh tanah campuran yang terdapat di pasaran. Menggunakan tanah campuran sememangnya menyenangkan tugas kita. Namun, kadang-kadang, membuat campuran tanah sendiri agak menyeronokkan.

Ketahui Status Tanaman Anda melalui Tanda pada Daun

Daun merupakan organ utama tumbuhan dalam memastikan tumbesaran tanaman melalui proses fotosintesis, dimana carbon dioxide (CO 2 ) diserap dan oksigen (O 2 ) dibebaskan. Selain daripada itu, keadaan dan juga warna daun merupakan salah satu cara tumbuhan "berkomunikasi" dengan kita untuk memaklumkan samada ianya memperoleh nutrien dan air yang mencukupi atau tidak.

Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah?

Melayu/ English Anda mempunyai tumbuhan yang ingin sangat ditanam. Biji benihnya di tangan anda. Anda rendam, semai, dan siram biji benih setiap hari. Namun anda tidak nampak sebarang perubahan pada biji benih anda. Pernahkah para pengunjung mengalami keadaan seperti ini? Sekiranya ya, jangan risau, anda bukan keseorangan. Malahan penulis sendiri pun pernah mengalaminya beberapa banyak kali. Memang tidak dinafikan, ada individu yang cukup bertuah, campak apa sahaja, jadi. Manakala untuk penulis, ada benih yang mudah, ada yang sukar, dan ada yang masih gagal hingga ke hari ini. Namun, bak kata-kata yang masyhur; Disini, penulis ingin kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah penulis pelajari tentang percambahan biji benih. Semoga catatan penulis memanfaatkan para pengunjung semua.