Langkau ke kandungan utama

Jimat Ruang dengan Penanaman Campuran

"Penanaman campuran ini sebenarnya amat bersesuaian untuk penduduk di Asia kerana kebanyakan resepi masakan menggunakan dedaun herba dan ini tidak termasuk dengan penggunaan ulam-ulaman..."
Tidak dinafikan, aktiviti perkebunan semakin mendapat tempat dihati penduduk-penduduk bandar terutamanya dengan kewujudan kumpulan-kumpulan yang bertemakan perkebunan di lelaman Facebook.

Penulis akui, adakalanya berasa geram (dari sudut positif) apabila melihat tanaman orang lain berjaya, dan ingin mencubanya. Namun bagi sesetengah individu, mereka mengalami masalah kekangan ruang.

Tahukah anda, terdapat banyak tanaman yang boleh ditumbuhkan bersama? 

Ini dinamakan sebagai tanaman campuran (mix planting), dan ia berlainan dengan penanaman regu (companion planting).

Gambar: Percubaan penulis dalam penanaman campuran

Kriteria penting untuk penanaman campuran adalah memiliki keperluan tumbuhan yang sama. Sebagai contoh: penulis melakukan percubaan dengan menanam Ulam Raja dan Pegaga Kampung dalam satu bekas yang sama kerana dua faktor;
  1. Ulam. Kedua-dua ulam raja dan pegaga kampung lazimnya dimakan sebagai ulam. Mengumpulkan mereka dalam satu bekas yang sama memudahkan penulis untuk memetik daun-daunnya untuk dijadikan ulam.
  2. Air. Berdasarkan pembacaan penulis, kedua-dua tanaman tumbuh mencanak-canak selepas musim hujan. Ini membuatkan penulis merasakan keperluan air untuk kedua-dua tanaman ini adalah sama.

Penanaman campuran ini bukanlah suatu konsep yang baru. Di negara-negara temperat (yang mempunyai 4 musim), tanaman-tanaman herba secara amnya dibahagikan kepada 4 kumpulan yang boleh ditanam bersama dimana mereka dikumpulkan bersama kerana keperluan pertumbuhan mereka
  1. Mediterranean - perlu kurang air dan cahaya matahari yang banyak.
  2. Water loving - perlukan air yang banyak dan sistem saliran (drainage) yang bagus
  3. Mint - perlu bekas sendiri kerana menjalar.
  4. Lemon verbena - perlu bekas sendiri kerana saiznya yang besar.


    Jenis-jenis tanaman herba yang boleh ditanam bersama (sebaiknya dalam kumpulan yang sama)


    Bekas yang dianjurkan mempunyai diameter bersaiz 12 inci (dalam 30 cm) manakala untuk kumpulan mint, dianjurkan bekas segiempat tepat (rectangle) untuk memberi ruang bagi tumbuhan menjalar.

    Kesimpulan Penulis

    Penanaman campuran ini sebenarnya amat bersesuaian untuk penduduk di Asia kerana kebanyakan resepi masakan menggunakan dedaun herba seperti daun kari, daun kesum, daun kunyit, daun pandan, tidak termasuk pula dengan ulam-ulaman. Namun ilmu tentang penanaman campuran ini kurang dipelopori terutamnya tentang tanaman yang tidak serasi seperti bawang putih dan bawang besar yang tidak boleh ditanam didalam bekas yang sama.

    Pada masa ini, penulis mencuba;
    1. Pegaga kampung + ulam raja - ulam raja merupakan tumbuhan menjalar. Penulis harus memastikan bahawa tanaman pegaga tidak merencat pertumbuhan ulam raja dan sebaliknya.
    2. Daun pandan - pasu sendiri sebab ianya lebih besar berbanding dengan tanaman lain.

    Rujukan

    1. What Is the Best Mix of Herbs to Grow Together in a Pot?.

    Ulasan

    Panduan Popular

    6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

    Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .