Daun merupakan organ utama tumbuhan dalam memastikan tumbesaran tanaman melalui proses fotosintesis, dimana carbon dioxide (CO2) diserap dan oksigen (O2) dibebaskan.
Selain daripada itu, keadaan dan juga warna daun merupakan salah satu cara tumbuhan "berkomunikasi" dengan kita untuk memaklumkan samada ianya memperoleh nutrien dan air yang mencukupi atau tidak.
Selain daripada itu, keadaan dan juga warna daun merupakan salah satu cara tumbuhan "berkomunikasi" dengan kita untuk memaklumkan samada ianya memperoleh nutrien dan air yang mencukupi atau tidak.
1)Nutrien
"memerhatikan ton warna hijau daun boleh memberikan maklumat samada tumbuhan mempunyai sumber nitrogen yang cukup atau tidak"
Secara amnya, warna hijau pada daun adalah disebabkan oleh klorofil dimana salah satu komponen utamanya adalah nitrogen (N). Nitrogen merupakan sumber penting nutrien kepada tumbuhan selain daripada fosforus (P) dan potassium (kalium, K). Disebabkan hal ini, banyak baja yang dijual di pasaran adalan baja NPK, yang berbeza hanyalah nisbah setiap satu nutrien.
Artikel berkaitan:
Memandangkan nitrogen merupakan salah satu komponen utama klorofil, warna hijau pada daun boleh memaklumkan kita samada ianya mempunyai sumber nitrogen yang cukup (hijau) atau tidak (hijau-kekuningan).
Dua warna daun betik yang berbeza. Daun di bawah lebih gelap menandakan ianya mempunyai kandungan nitrogen yang lebih daripada daun di atas. |
Dua warna daun kekacang yang berbeza walaupun dicambahkan pada hari yang sama. |
Daun secara amnya berwarna hijau cair (pale green) apabila baru mula tumbuh dan menjadi bertambah pekat (dark green) dengan pertambahan masa. Maka, jangan panik apabila daun yang baru tumbuh mempunyai warna hijau cair, beri tumbuhan tersebut masa (beberapa hari) untuk menstabilkan dirinya sebelum membuat keputusan samada untuk membekalkan baja atau tidak.
2) Air
"kadar air yang perlu dibekalkan kepada tumbuhan bergantung pada kadar pertumbuhan tanaman, cuaca, saiz bekas dan keadaan tanah"
Air merupakan sumber utama kehidupan. Tumbuhan amnya memerlukan air namun jumlah yang diperlukan bergantung kepada jenis tumbuhan, ada tumbuhan perlu banyak air (kangkung), ada yang perlukan sedikit (kaktus), ada yang boleh hidup dalam keadaan air yang banyak (daun kesum) dan ada yang perlu hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai sistem saliran (drainage) yang baik (kebanyakan tumbuhan berbunga).
Selain daripada itu, kadar air yang perlu dibekalkan kepada tumbuhan tidak mempunyai jumlah yang tetap kerana ianya bergantung pada kadar pertumbuhan tanaman, cuaca, saiz bekas dan keadaan tanah tersebut.
- Kadar pertumbuhan tanaman. Tumbuhan yang mempunyai banyak daun secara amnya memerlukan air yang lebih berbanding tumbuhan yang sedikit daunnya. Ini kerana, air keluar dari bahagian daun tumbuhan melalui liang-liang stoma dan dinamakan sebagai proses transpirasi.
- Cuaca. Cuaca panas mempercepatkan proses penyejatan dimana air dari dalam tanah hilang ke atmosfera.
- Saiz bekas. Bekas kecil secara amnya mempunyai kapasiti penyimpanan air yang lebih sedikit berbanding dengan bekas yang besar.
- Keadaan tanah. Struktur dan komposisi tanah mempengaruhi kandungan air yang boleh disimpan didalam tanah. Sebagai contok; jumlah air yang terdapat dalam tanah pasir lebih sedikit berbanding dengan tanah liat. Penambahan bahan seperti coco peat membantu kadar penyimpanan air dalam tanah.
Maka, kadang-kadang dengan memerhati keadaan daun (segar, lembik atau layu; ada daun yang bergulung apabila mengalami ketidakcukupan air), kita boleh mengelakkan tanaman dari mengalami kekeringan. Kekeringan yang teramat sangat boleh membawa kepada kematian tumbuhan.
Adalah penting untuk menyiram daun sebaik sahaja tanda-tanda ketidakcukupan air diperhatikan pada daun.
3) Penyakit
Banyak penyakit pada tumbuhan ditunjukkan melalui perubahan warna pada daun (lazimnya coklat-kuning kecoklatan). Dengan memerhatikan warna apa dan dibahagian mana (urat daun, tepi, tengah atau hujung daun) perubahan pada daun berlaku, ia dapat membezakan samada daun tersebut berpenyakit, kekurangan/keterlebihan nutrien ataupun sekadar sudah tua.
Artikel berkaitan;
Dengan dapat mengenalpasti punca dan jenis penyakit, barulah kita dapat memberikan respon yang tepat untuk mengawal, merawat atau mencegah penyakit tersebut.
Artikel berkaitan;
Ulasan
Catat Ulasan