Melayu/English
"Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan"
Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun.
Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun.
Gambar: Racun serangga penulis.
Cara membuatnya, rujuk no. 9)
Sebelum itu, sila baca peringatan berikut;
Peringatan #1: Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk uji-semburan (test-spray) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 hari, ianya selamat untuk digunakan. Sekiranya terdapat kerosakan, boleh jadi semburan anda terlalu pekat dan dianjurkan untuk mencairkan sedikit hingga ianya tidak memudharatkan pokok.
Peringatan #2: Elakkan dari menyembur campuran ini pada cuaca panas (sunny day) kerana minyak boleh membuatkan daun tanaman menunjukkan kesan lecur/terbakar.
Selesai membaca peringatan? Nah, berikut adalah cara-cara membuat racun serangga beserta racun kulat. Sila pilih yang mana bersesuaian.
Melayu/English
"Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan"Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun.
Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun.
Gambar: Racun serangga penulis. Cara membuatnya, rujuk no. 9) |
Sebelum itu, sila baca peringatan berikut;
Peringatan #1: Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk uji-semburan (test-spray) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 hari, ianya selamat untuk digunakan. Sekiranya terdapat kerosakan, boleh jadi semburan anda terlalu pekat dan dianjurkan untuk mencairkan sedikit hingga ianya tidak memudharatkan pokok.
Peringatan #2: Elakkan dari menyembur campuran ini pada cuaca panas (sunny day) kerana minyak boleh membuatkan daun tanaman menunjukkan kesan lecur/terbakar.
Selesai membaca peringatan? Nah, berikut adalah cara-cara membuat racun serangga beserta racun kulat. Sila pilih yang mana bersesuaian.
1) Semburan Daun Tomato (Tomato Leaf Spray)
Daun tomato yang koyak/dipotong akan membebaskan alkaloid yang dinamakan tomatine yang membawa maut kepada serangga, namun selamat untuk tumbuhan dan manusia.
Berkesan untuk;
- aphids (afid)
- mites (tungau)
Cara membuatnya;
- Rendam 1-2 cawan daun tomato yang telah dipotong/dicarik ke dalam 2 cawan air selama semalaman.
- Tapis keluar daun tomato.
- Tambah 1-2 cawan air ke dalam air daun tomato.
- Simpan air daun tomato didalam botol.
- Sembur bahagian tumbuhan yang perlu terutama dibahagian bawah daun kerana ia merupakan kawasan kegemaran aphids.
Kelebihan: Semburan daun tomato dilaporkan tidak memudharatkan serangga yang bermanfaat kepada tumbuhan.

2) Semburan Minyak Bawang Putih (Garlic Oil Spray)
Bawang putih telah lama digunakan oleh para petani untuk melawan serangga perosak dan kulat penyakit: bawang putih bukan sahaja mengandungi sulfur yang merupakan toksik kepada serangga, bawang putih juga bersifat anti-bakteria dan anti-kulat.
Berkesan untuk;
- whiteflies
- aphids
- kebanyakan kumbang.
Campuran sabun dan minyak adalah perlu untuk membantu komponen dari bawang putih melekat pada permukaan daun. Sabun juga mempunyai manfaat lain kepada tumbuhan (rujuk no. 4).
Cara membuatnya:
- Campurkan 3-4 ulas bawang putih yang dipotong halus/ditumbuk dengan 2 sudu teh (teaspoon) minyak mineral (mineral oil)/minyak sayuran (vegetable oil).
- Biarkan semalaman.
- Keluarkan bawang putih dari minyak tersebut.
- Campur minyak tersebut kedalam kira-kira 500 ml air diikuti 1 sudu teh sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur).
- Simpan campuran minyak bawang putih didalam botol dan semburkan apabila perlu.
Kelemahan: Semburan ini boleh memudharatkan serangga yang bermanfaat untuk tumbuhan. Seeloknya, pastikan tiada serangga bermanfaat semasa menyembur dan sembur kepada serangga perosak sahaja.

3) Semburan Cili (Hot Pepper Spray)
Cili mengandungi capsaicin yang menyebabkan kepedasan yang boleh mencederakan serangga seperti semut.
Berkesan untuk;
- mites
- whiteflies
Cara membuatnya:
- Campur 2 sudu besar (tablespoon) sos cili (lagi pedas lagi bagus)/4 sudu besar sos Tabasco beserta 1 sudu teh (teaspoon) sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) kedalam 1 liter air.
- Biarkan semalaman.
- Sembur apabila perlu.
Nota penulis: Penulis telah menggunakan jalapeno, cayenne pepper dan sos "Ghost chili" 😈.

4) Semburan Sabun (Soap Spray)
Sabun melarutkan bahagian luar kulit serangga dimana ia boleh membunuh serangga.
Berkesan untuk;
- aphids
- scale
- mites (tungau)
- thrips
- whiteflies
- beetles
- serangga berkulit lembut
Cara membuatnya;
- Campurkan 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) kedalam 3.8 liter air.
- Sembur campuran ini ke atas serangga perosak.
Peringatan: Elakkan dari menyembur semburan sabun pada waktu tengahari/cuaca panas. Seeloknya sembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.

5) Semburan Soda Penaik (Baking Soda Spray)
Soda penaik (natrium bikarbonat) telah terbukti mengurangkan serangan kulat powdery mildew pada tumbuhan dengan merencat spora kulat, lalu menghalangnya dari bercambah (4).
Berkesan untuk;
- Kulat powdery mildew
Cara membuatnya;
- Campur 1 sudu besar (tablespoon) soda penaik + 1 sudu besar minyak sayuran + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) + 3.8 liter air.
- Sembur setiap minggu apabila tumbuhan menundukkan tanda-tanda penyakit ini.
Campuran sabun dan minyak membantu melekatkan soda penaik terhadap permukaan daun.
Awas: semburan soda penaik yang pekat boleh menyebabkan kelecuran pada daun i.e kelihatan tompok hitam pada daun seperti kesan terbakar. Tambah air sekiranya semburan soda penaik anda menjadi pekat.

6) Semburan Minyak (Oil Spray)
Berkesan untuk;
- aphids
- mites
- thrips
Cara membuatnya;
- Campur 1 cawan minyak sayuran + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur). Goncang dengan teliti.
- Untuk menggunakannya, ambil 2 sudu kecil campuran minyak dan sabun dan tambah ke dalam 3.8 liter air. Sembur kawasan daun yang diserang serangga
Minyak akan meliputi rongga yang terdapat pada kulit serangga sekaligus menghalang mereka dari bernafas.
Berkesan untuk;
- aphids
- mites
- thrips
- Campur 1 cawan minyak sayuran + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur). Goncang dengan teliti.
- Untuk menggunakannya, ambil 2 sudu kecil campuran minyak dan sabun dan tambah ke dalam 3.8 liter air. Sembur kawasan daun yang diserang serangga
7) Semburan Minyak Neem (Neem Oil Spray).
Ekstrak minyak dari biji pokok Neem merupakan racun serangga dan racun kulat yang berkesan; ia mengganggu kitaran hidup serangga pada semua peringkat, dewasa, larva dan telur.
Semburan minyak Neem sesuai untuk petani organik; ianya bio-degradasi dan tidak toksik kepada binatang peliharaan, burung, ikan dan hidupan liar.
Racun serangga berasaskan minyak Neem telah terdapat di pasaran Malaysia.
Gambar semburan Neem yang terdapat di pasaran
Untuk membuat sendiri;
- Campur 2 sudu kecil minyak Neem + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) + 3.8 liter air.
- Sembur setiap minggu apabila tumbuhan menundukkan tanda-tanda penyakit ini. Ianya juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan dengan menyembur sebelum pokok diserang.
Nota penulis: Minyak Neem juga dilaporkan memudharatkan lebah maka dianjurkan untuk menyemburnya selepas senja, sesudah lebah-lebah kembali ke sarang masing-masing.
Ekstrak minyak dari biji pokok Neem merupakan racun serangga dan racun kulat yang berkesan; ia mengganggu kitaran hidup serangga pada semua peringkat, dewasa, larva dan telur.
Semburan minyak Neem sesuai untuk petani organik; ianya bio-degradasi dan tidak toksik kepada binatang peliharaan, burung, ikan dan hidupan liar.
Racun serangga berasaskan minyak Neem telah terdapat di pasaran Malaysia.
Gambar semburan Neem yang terdapat di pasaran |
Untuk membuat sendiri;
- Campur 2 sudu kecil minyak Neem + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) + 3.8 liter air.
- Sembur setiap minggu apabila tumbuhan menundukkan tanda-tanda penyakit ini. Ianya juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan dengan menyembur sebelum pokok diserang.
Nota penulis: Minyak Neem juga dilaporkan memudharatkan lebah maka dianjurkan untuk menyemburnya selepas senja, sesudah lebah-lebah kembali ke sarang masing-masing.
8) Tanah Diatom (Diatomaceous Earth)
Tanah diatom merujuk kepada batuan enapan (sedimentary rock) yang terbentuk dari alga fosil (fossilized algae).
Tanah diatom menyerap lapisan lipid dari rangka luar serangga lalu menyebabkan kematian mereka akibat kekeringan (dehydration).
Berkesan untuk;
- Siput babi
- Ulat
- Haiwan perosak yang mengesot/merangkak
- Semut
Cara menggunakannya;
- Taburkan tanah diatom ke permukaan tanah, sekeliling pokok, mahupun permukaan daun untuk mengelakkan serangan haiwan perosak.
Peringatan: Sebaik-baiknya memakai sarung muka semasa menggunakan tanah diatom kerana ianya boleh menyebabkan ketidakselesaan pada rongga pernafasan sekiranya terhidu. Ia juga boleh menyebabkan sesak bernafas sekiranya terhidu dengan banyak, selain daripada menyebabkan ketidakselesaan pada kulit dan mata sekiranya terkena.
Artikel berkaitan;

9) Semburan Campuran (All-in-one Spray)
Seperti namanya, semburan ini merupakan semburan campuran.
Cara membuatnya;
- Kisar/potong halus 1 bebawang (bulb) bawang putih dan 1 bebawang kecil bawang besar.
- Campur bahan kisar dengan 1 sudu kecil serbuk cayenne dan biarkan semalaman.
- Kemudian, tambah 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) beserta 3.8 liter air.
- Sembur pada pokok berkenaan
Nota Penulis
- Hampir kesemua racun disini larut air. Maka, ianya akan hilang bila hujan.
- Sila pastikan hanya cecair sahaja yang masuk didalam alat penyembur. Elakkan sisa tumbuhan dan serbuk kerana boleh menyebabkan alat penyembur tersumbat.
- Bersederhanalah dalam penggunaan racun ini. Apa-apa pun tidak elok bila berlebihan.
- Tidak semua serangga adalah perosak. Ada serangga yang membantu tumbuhan membiak dan memakan serangga perosak. Penulis akan menulis perbezaan antara dua jenis serangga pada masa akan datang.
Rujukan:

Ulasan
Catat Ulasan