Zinnia merupakan tanaman annual i.e. ianya tumbuh serta menghasilkan bunga dalam tempoh setahun sahaja. Menanam Zinnia amatlah dianjurkan bagi pekebun baru kerana ianya mudah ditumbuhkan dan dijaga.
Pokok ini mengambil masa 60-70 hari untuk berbunga dan tumbuh pada ketinggian 6-8 inci (15-20 cm) bagi varieti rendah ataupun 12-18 inci (30-46 cm) bagi varieti tinggi.
Kepelbagaian warna pada bunga Zinnia menarik perhatian rama-rama. Rama-rama merupakan serangga bermanfaat untuk tumbuhan kerana ia membantu proses pendebungaan namun anak rama-rama i.e. ulat beluncas lazimnya dianggap sebagai serangga perosak.
Tanaman Zinnia yang dewasa/matang boleh tumbuh pada keadaan yang kurang air (drought-resistance).
Tips Penanaman Zinnia
- Cahaya matahari. Memerlukan sinaran matahari penuh.
- Penyediaan tanah. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang baik serta kaya dengan sisa organik. Tanah yang kekurangan sumber organik dianjurkan untuk menambah kompos ataupun sisa daun kering.
- Penanaman. Zinnia boleh ditanam secara terus ataupun dipindahkan daripada bekas mencambah.
- Air. Tanaman Zinnia memerlukan air pada kadar sederhana. Dianjurkan untuk menyiram pada bahagian bawah tumbuhan i.e. elakkan daun daripada basah untuk mengurangkan kadar serangan penyakit disebabkan oleh kulat.
- Pembajaan. Tanaman Zinnia memerlukan bekalan nutrien pada kadar yang rendah: (pendapat peribadi) boleh jadi disebabkan hal ini, Zinnia sukakan kompos kerana kompos bertindak seperti baja lambat-lepas (slow-release fertilizer).
- Pembentukan bunga. i) tanaman Zinnia sukakan tanah yang kaya dengan sumber organik dan dilaporkan akan berbunga dengan cepat sekiranya kompos ditambah kedalam tanah, ii) memotong bunga yang telah mati (deadhead) memanjangkan fasa pembentukan bunga dalam tumbuhan, dan iii) memicit (pinching) tanaman Zinnia semasa muda menggalakkan pembentukan bunga.
- Serangan serangga. i) ulat beluncas, ii) mealybugs,dan iii) spider mites.
- Serangan penyakit. i) bintik yang disebabkan oleh bakteria dan kulat, ii) powdery mildew (pastikan pengudaraan di sekitar tumbuhan adalah baik; keadaan lembap menggalakkan pertumbuhan kulat), dan iii) bacterial wilt - layu disebabkan oleh bakteria.
Ulasan
Catat Ulasan