Langkau ke kandungan utama

Carnation

Bunga carnation agak mudah untuk ditumbuhan disamping menceriakan laman anda melalui kepelbagaian warnanya yang indah. Carnation juga wujud dalam bentuk annual, biennial atau perennial, bergantung pada jenis hybrid.

Bunga carnation agak versatile; ia boleh ditanam di dalam tanah (flowerbeds, borders, atau rock gardens) ataupun didalam bekas. Tanaman ini tumbuh pada ketinggian 18-24 inci (45-60 cm) serta mengeluarkan bau.

Bunga carnation boleh ditumbuhkan melalui percambahan biji benih atau melalui keratan batang (2).

Tips Penanaman Carnation

  • Penyediaan tanah. Bunga carnation tumbuh baik dalam keadaan tanah yang sedikit beralkali serta mempunyai sistem saliran yang baik.
  • Cahaya matahari. Carnation memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 4-5 jam sehari.
  • Pengudaraan. Menanam carnation di kawasan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik membantu menggalakkan pertumbuhan carnation kerana adalah penting untuk memastikan daun carnation sentiasa kering.
  • Air. Bunga carnation tidak memerlukan air yang banyak melainkan pada musim panas. Menyiram air terlalu banyak boleh menyebabkan daun carnation berwarna kuning.
  • Pembajaan. Baja yang mempunyai nisbah NPK yang rendah, contohnya 20-10-20. Baja yang terlalu banyak nitrogen hanyalah akan membanyakkan pembentukan daun serta mengurangkan pembentukan bunga.
  • Pembungaan ke-2. Dianjurkan untuk memotong (deadhead) tangkai bunga carnation yang telah layu sehingga ke permukaan tanah untuk menggalakkan pembentukan bunga kali ke-2.
  • Struktur sokongan. Varieti carnation yang tinggi memerlukan struktur sokongan supaya tumbuhan boleh tumbuh menegak.
  • Sungkupan. Penggunaan sungkupan tidak perlu untuk bunga carnation.

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.