Langkau ke kandungan utama

Kepentingan Nutrien dalam Tumbuhan

80-90 % berat tumbuhan merupakan hasil fotosintesis manakala selainnya bergantung pada pengambilan nutrien oleh tumbuhan. Terdapat kira-kira 12 nutrien penting pada tumbuhan: 6 daripadanya diperlukan pada kuantiti yang banyak (makro-nutrien) manakala 6 diperlukan dalam kuantiti yang sedikit (mikro-nutrien).

Nutrien penting untuk tumbuhan

1. Nitrogen (N)


Kepentingan
  • Pertumbuhan vegetatif: pembentukan daun dan batang tumbuhan.
  • Warna hijau daun.
  • Komponen protein, enzim, klorofil dan hormon tumbuhan. 

Fakta penting:
  • Pengambilan nitrogen terencat sekiranya tanah mengandungi fosforus pada kadar yang tinggi.
  • Nisbah N/K: kadar nutrien yang tinggi dengan nitrogen dan rendah dengan potassium menggalakkan pertumbuhan vegetatif manakala kadar nutrien yang rendah dengan nitrogen sebaliknya tinggi dengan potassium menggalakkan pembungaan dan penghasilan buah.

Sumber organik:
  • Serbuk kopi
  • Sisa dapur
  • Sisa organik

2. Fosforus (P)


Kepentingan
  • Merangsang perkembangan awal akar dan tanaman.
  • Mempercepatkan kematangan pokok
  • Menggalakkan pembungaan dan penghasilan biji benih.
  • Menggalakkan pembahagian sel dalam tumbuhan (pendapat peribadi: untuk pembentukan organ baru).
  • Memainkan peranan dalam proses metabolisma, respirasi dan fotosintesis tumbuhan.

Fakta penting:
  • Disimpan dalam biji dan buah, terutama pada bahagian tumbuhan dimana sel-sel baru terbentuk.
  • Kadar pengambilan fosforus oleh tumbuhan berkurangan suhu rendah (pendapat peribadi: mungkin sebab itu tumbuhan tidak/kurang tumbuh/bercambah pada musim sejuk).

Sumber organik:
  • Abu kayu
  • Sisa citrus (keluarga limau dan lemon)

3. Kalium (K, Potassium)


Kepentingan
  • Menggalakkan kesihatan tumbuhan.
  • Menambah kerintangan tumbuhan terhadap penyakit.
  • Membantu perkembangan daun.
  • Memperbaiki mutu kualiti tumbuhan.
  • Menggalakkan penghasilan protein tumbuhan.
  • Penting untuk pembentukan kanji, gula dan minyak tumbuhan.

Sumber organik:
  • Abu kayu.
  • Sisa tumbuhan.
  • Rumpai laut
  • Tangkai jagung
  • Pisang

4. Kalsium (Ca)


Kepentingan
  • Penting untuk pembahagian dan pemanjangan sel (cell division and elongation), struktur dinding sel tumbuhan, pembentukan protein, perkembangan akar dan daun serta kesihatan tumbuhan.
  • Mempengaruhi pengambilan nutrien lain.

Sumber organik:
  • Kulit telur.
  • Kulit tiram
  • Abu kayu
  • Kompos

5. Magnesium (Mg)


Kepentingan
  • Penting untuk pembentukan gula, protein, minyak dan lemak tumbuhan.
  • Mengawal pengambilan nutrien lain (terutamanya fosforus).
  • Komponen klorofil.

Sumber organik:
  • Tiada maklumat. Lazimnya tumbuhan diberikan dolomite limestone atau Epsom salt.

6. Sulfur (S)


Kepentingan
  • Warna hijau daun.
  • Merangsang penghasilan biji tumbuhan.
  • Menggalakkan pertumbuhan akar dan mana-mana bahagian tumbuhan.
  • Komponen protein dan vitamin.
  • Penting dalam respirasi tumbuhan.

Sumber organik:
  • Sisa tumbuhan
  • Hujan asid ?

7. Manganese (Mn)


Kepentingan
  • Menggalakkan kandungan calcium, magnesium dan fosforus dalam tanah.
  • Penting untuk pembentukan klorofil serta dalam proses fotosintesis.
  • Komponen enzim tumbuhan.

Fakta penting:
  • Pengambilan manganese dipengaruhi oleh kadar kandungan air serta sistem saliran dalam tanah.

Sumber organik:
  • Manganese chelate.
  • Bahagian atas lobak merah.
  • Hasil kompos daun kering.




8. Besi (Fe)


Kepentingan
  • Penting untuk klorofil.

Fakta penting:
  • Kadar pengambilan besi boleh terencat sekiranya sistem saliran dan pengudaraan tanah tidak elok, kandungan kalsium, manganese, pH dan fosforus dalam tanah tinggi 

Sumber organik:
  • Iron chelates.
  • Sisa dapur.
  • Sisa tumbuhan.
  • Rumpai laut.

9. Boron (B)


Kepentingan
  • Menggalakkan hasil tanaman.
  • Memperbaiki kualiti buah dan sayur-sayuran.
  • Mempengaruhi penggunaan kalsium dalam tumbuhan.

Sumber organik:
  • Sisa tumbuhan (kering atau masih hijau).
  • Sisa rumpai laut.
  • Serbuk kayu.
  • Daun oak.
  • Peat moss.

10. Molybdenum (Mo)


Kepentingan
  • Penting untuk metabolisma nitrogen dalam tumbuhan,

Sumber organik:
  • Rumpai laut
  • Sisa tumbuhan "vetches" (kumpulan legum:  fava bean, broad bean, faba bean)

11. Zinc (Zn)


Kepentingan
  • Penting untuk fungsi enzim dalam tumbuhan, penghasilan biji serta kanji.

Fakta penting:
  • Kadar pengambilan zinc berkurangan apabila tanah mengandungi pH yang tinggi, kurang sisa organik, tanah menjadi padat, kandungan fosforus yang tinggi, suhu rendah.

Sumber organik:
  • Zinc chelate.
  • Kompos.
  • Rumpai laut.

12. Copper (Cu)


Kepentingan
  • Penting dalam sistem enzim tumbuhan.
  • Terlibat dalam fotosintesis dan respirasi tumbuhan.

Sumber organik:
  • Kompos.
  • Rumpai laut.

Kesimpulan

Hmmm...nampaknya rumpai laut dan sisa kompos tumbuhan merupakan sumber utama untuk membekalkan tumbuhan dengan nutrien secara organik. Kelemahan cara ini adalah, ianya memakan masa sebelum berkesan. Maka sebaiknya, sediakan sisa kompos sementara tumbuhan anda sedang tumbuh (seeloknya mula seiring dengan percambahan benih).

Dalam menyenaraikan sumber organik, saya tidak memasukkan sumber yang berasal dari haiwan: kerana pada waktu ini, pengetahuan saya agak terhad terhadap kesan penggunaan sisa haiwan terhadap tumbuhan dan tanah.

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .