Langkau ke kandungan utama

Memahami Masalah Tanaman Anda

Sebelum ini, saya ada menulis kepentingan memerhati warna dan bentuk daun untuk mengetahui keadaan tanaman anda secara umum.

Baru-baru ini, saya ada memerhati daun betik saya, daun di bahagian bawah menunjukkan warna kuning dan kemudiannya, layu, namun daun kekal pada tumbuhan (seperti gambar dibawah).

Pokok betik yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

Pemerhatian ini menimbulkan perlbagai persoalan di minda. Lalu, saya melakar carta aliran masalah tanaman untuk memudahkan pencarian.

Penafian: Carta ini bersifat umum. Terdapat tumbuhan yang mungkin memberikan tanda-tanda yang berlainan daripada apa yang tertera didalam carta ini.

Memahami Tanda-Tanda yang diberikan oleh Tumbuhan

Secara amnya, carta ini terbahagi kepada beberapa kumpulan pemerhatian:
  1. Umum (keseluruhan pokok).
  2. Daun (perubahan selain daripada warna).
  3. Daun (perubahan warna).
  4. Tanda-tanda keterlebihan nutrien.

Tanda-tanda UMUM permasalahan dalam tumbuhan serta puncanya


Tanda-tanda pada DAUN mengenai permasalahan dalam tumbuhan serta puncanya


Tanda-tanda pada WARNA DAUN mengenai permasalahan dalam tumbuhan serta puncanya

Kesan keterlebihan nutrien terhadap tumbuhan

Perlu diakui, ada kalanya satu tanda permasalahan tanaman boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Ini bergantung pada anda kerana hanya anda yang mengetahui samada ada tanaman kekurangan atau keterlebihan sumber.

Respon terhadap Permasalahan Tanaman

  1. Kekurangan nutrien. Letak baja untuk mendapat kesan segera. Namun, saya ada juga menulis berkenaan kepentingan nutrien dalam tumbuhan serta sumber semulajadi yang boleh membekalkan nutrien ini.
  2. Keterlebihan nutrien. Kurangkan bekalan nutrien terhadap tumbuhan.
  3. Kekurangan air. Siram air dengan banyak
  4. Keterlebihan air. Kurangkan penyiraman air.
  5. Cahaya matahari terik. Alihkan pasu ke tempat yang teduh.
  6. Akar padat sangat. Ubah pokok ke pasu yang lebih besar.
  7. Penyakit. Buang bahagian berpenyakit. Elakkan dari mencampur bahagian berpenyakit dengan bahagian tumbuhan sihat atau tanam bahagian berpenyakit dalam tanah atau dijadikan kompos.

Rujukan 

  1. http://greenhouse.kenyon.edu/troubleshooting.htm
  2. https://www.unce.unr.edu/publications/files/ho/2002/fs0265.pdf
  3. http://mgofmc.org/docs/nutrientdeficiency.pdf
  4. http://extension.arizona.edu/sites/extension.arizona.edu/files/pubs/az1106.pdf

Ulasan

Panduan Popular

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.