Langkau ke kandungan utama

5 Cara Mengembalikan Kesuburan Tanah

Kesuburan tanah merupakan aset bagi pekebun kerana ia merupakan langkah pertama bagi tanaman untuk mengeluarkan hasil yang terbaik.

Bagi yang baru bermula, isu kesuburan tanah mungkin tidak menjadi satu isu kerana lazimnya anda bermula dengan membeli tanah dari kedai, dimana secara amnya, berada dalam keadaan yang baik.

Bagi yang sudah lama bercucuk tanam, membeli tanah baru setiap kali hendak menanam mungkin agak membebankan dari sudut kewangan.

Menggunakan tanah lama untuk menanam tanaman baru sememangnya menjimatkan kos, namun ianya mempunyai risiko terutamanya;
  1. Kekurangan nutrien.
  2. Menyebarkan/memudahkan serangan penyakit kepada tanaman baru
Risiko ini boleh dielakkan/dikurangkan sekiranya tanah lama dibiarkan pulih (sama seperti badan kita) dengan pelbagai cara, diantaranya;

1. Merehatkan Tanah

Ini merupakan cara paling mudah. Tanah dibiarkan untuk beberapa bulan (sekurang-kurangnya 2 bulan) bagi ekosistem dalam tanah kembali kepada keadaan seimbang. Seeloknya tanah yang direhatkan ini diletakkan di kawasan terdedah supaya ianya menerima air hujan untuk kegunaan mikro-organisma dalam tanah. 

Sekiranya anda menggunakan pasu, disarankan menggunakan pasu yang berlubang, kerana saya perhatikan, lubang ini memudahkan kemasukan cacing tanah yang merupakan pembantu anda dalam mengembalikan kesuburan tanah. Cacing tanah menghancurkan sisa-sisa organik tanah kepada bentuk yang lebih halus untuk kegunaan mikro-organisma tanah sekaligus mempercepatkan proses pereputan sisa organik dalam tanah serta mengembalikan nutrien ke dalam tanah.

Cacing tanah merupakan rakan pekebun

2. Merehatkan Tanah + Kompos

Penambahan kompos ke dalam tanah membantu dalam mengkayakan tanah dengan sumber nutrien. Namun proses ini memakan masa; sekiranya anda menanam tanaman semasa proses penguraian sisa kompos sedang berlaku, besar kemungkinan tanaman anda akan mengalami kekurangan nutrien. 

Pada fasa awal proses penguraian pengkomposan (sekurang-kurangnya 2 bulan), ianya menggalakkan pertumbuhan mikro-organisma dalam tanah lalu kebanyakan nutrien "disimpan" didalam badan mikro-organisma. Hanya selepas kematian mereka dimana badan mereka diuraikan, barulah nutrien dikembalikan kepada tanah untuk kegunaan tanaman anda.

Namun begitu, proses pengkomposan ini boleh dipercepatkan dengan memotong sisa organik kepada bentuk lebih kecil, boleh juga dikisar sebelum ditanam. Ini merupakan tips yang diberikan oleh nenek saudara, dia selalu mengisar sisa dapur lalu menanam di kebunnya.


3. Merehatkan Tanah + Sungkupan

Penggunaan sungkupan (mulch) boleh mengelakkan permukaan tanah anda dari terkena hakisan disebabkan oleh angin (wind erosion) disamping mencegah pertumbuhan lalang yang boleh mengurangkan kandungan nutrien dalam tanah anda.

Sungkupan ini boleh dibeli di kedai (untuk menambah nilai kecantikan laman anda) ataupun hanya dengan menggunakan daun-daun atau bahagian tumbuhan yang telah kering (ekonomikal).

Penggunaan sungkupan komersial.

4. Merehatkan Tanah + Kompos + Sungkupan

Teknik ini bukan sahaja melindungi permukaan tanah, malah ianya mengkayakan tanah dengan kandungan nutrien.

Memulihara kesuburan tanah melalui A) merehatkan tanah, B) merehatkan
tanah + kompos, C) merehatkan tanah + sungkupan, dan D) merehatkan
tanah + kompos + sungkupan.

5. Menanam Legum

Tanaman legum merupakan tanaman yang unik kerana ianya berkebolehan mengikat nitrogen dari udara ke dalam tanah. Penanaman legum merupakan cara yang paling lama yang masih diteruskan kerana manfaatnya tidak terhad kepada kebolehannya sahaja, malah bahagian tumbuhan pokok legum boleh dimanfaatkan dengan menanamnya ke dalam tanah.

Penanaman legum ini boleh diamalkan sampai pokok legum mengeluarkan hasil, ataupun separuh jalan; tempoh 2 bulan dicadangkan bagi membiarkan tanaman ini stabil dan boleh menjalankan aktiviti pengikatan nitrogen untuk manfaat kepada tanah.

Tanaman legum yang paling murah adalah kacang hijau; bijinya mudah bercambah serta tahan selama setahun didalam tanah (pengalaman sendiri.)

Mengembalikan kesuburan tanah melalui penanaman legum (kacang hijau).

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.