Penanaman regu merujuk kepada penanaman 2-3 jenis tanaman dimana salah satu atau setiap tanaman memberi manfaat kepada tanaman yang lain; manfaat ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, sokongan, nutrien, mencegah serangga perosak, menarik serangga bermanfaat, serta pelbagai lagi.
Perbezaan Penanaman Regu dan Penanaman Campuran
Persamaan diantara kedua-dua konsep ini ialah, mereka menumbuhkan 2-3 jenis tanaman dalam satu kawasan pada masa yang sama.
Perbezaannya adalah, tanaman untuk penanaman beregu dipilih berdasarkan manfaat yang diberi/diterima manakala tanaman yang dipilih untuk penanaman campuran lebih berdasarkan keperluan yang sama.
Contoh Penanaman Regu
Contoh yang paling popular adalah konsep "3 Sisters" yang diamalkan oleh penduduk asal Amerika (Native American).
Cubaan penanaman regu diilhamkan dari konsep 3 Sisters. |
Ianya terdiri daripada
- Squash/zucchini (tanaman yang melilit)
- 5 benih jagung, dan
- 10 tumbuhan kekacang yang memanjat (climbing bean).
Cara penanaman:
- Isikan pasu dengan tanah.
- Tanam squash/zucchini di tengah,
- Tanam jagung disekelilingnya,
- Tanam tumbuhan kekacang (2 biji untuk 1 lubang) di tepi jagung.
Manfaat yang ditawarkan:
- Jagung menawarkan struktur sokongan untuk tumbuhan kekacang (galakkan tumbuhan kekacang untuk berpaut pada jagung dari awal, sila pastikan tumbuhan jagung itu kuat dan stabil),
- Tanaman kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera lalu menawarkan sumber nutrien kepada squash/zucchini dan jagung yang sememangnya merupakan jenis tanaman yang memerlukan nitrogen dengan banyaknya,
- Squash/zucchini menawarkan untuk melitupi kawasan permukaan tanah lalu mengurangkan kadar penyejatan air dari tanah serta menghalang rumpai daripada tumbuh.
Senarai Tanaman untuk Penanaman Regu
1) Bangun-Bangun. Penulis belum pernah melihat pokok bangun-bangun penulis diserang serangga. Ini membuatkan penulis tertanya samada pokok bangun-bangun sesuai dijadikan tanaman regu bagi tanaman lain untuk mencegah/mengurangkan serangan serangga. Baru-baru ini penulis menyelitkan pokok bangun-bangun di celah-celah pokok Lada Benggala (bell pepper).
2) Bawang Putih. Bawang putih sesuai ditanam bersama-sama dengan kebanyakan tumbuhan (kecuali keluarga bawang seperti bawang putih, bawang besar, bawang merah, chives dan leek) kerana kebanyakan serangga tidak menyukai bawang putih.
3) Ketumbar Jawa. "Tanaman ketumbar jawa dilaporkan kurang bermasalah" menjadikan tanaman ini berpotensi ditanam bersama-sama/hampir dengan tanaman dedaun yang lain seperti salad dan kobis (atau mana-mana tanaman yang tidak memerlukan cahaya yang banyak) untuk membantu salad dan kobis dari diserang serangga perosak, manakala masalah nematod dalam ketumbar jawa mungkin boleh dielakkan dengan penanaman French marigold yang dilaporkan mampu menghalau root knot nematode.
4) Peria Katak. Sesuai ditananam bersama tumbuhan kekacang, jagung, peas, labu dan squash. Elakkan dari menanam peria katak bersama dengan ubi kentang dan tanaman herba.
5) Tomato ceri. Tanam daun selasih untuk menarik perhatian white fly manakala bawang putih, french marigolds dan nasturtiums ditanam untuk mengelakkan aphids. Penanaman french marigolds juga dikatakan bagus untuk menghalau white fly dan root knot nematode. Pokok tomato ceri boleh ditanam bersama-sama anggur, asparagus, bawang besar, broccoli, cauliflower, celery, chives, daun selasih, dill, kobis, lobak merah, marjoram, mint, parsley. Elakkan dari menanam bersama dengan apricots, jagung, kentang dan rosemary kerana mereka merembeskan bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan tomato ceri. Petua penanaman. Menanam tomato ceri bersama-sama dengan daun selasih dilaporkan menambah rasa pada tomato ceri.
Senarai ini akan penulis kemaskini satu-persatu. Penulis turut sertakan laman sesawang yang menyenaraikan senarai tumbuhan yang lazimnya ditanam bersama untuk memberi manfaat kepada tumbuhan utama.
Selain daripada itu, laman sesawang tersebut terdapat juga senarai tumbuhan yang memudharatkan sekiranya ditumbuhkan bersama.
Sekadar peringatan,
- Kebanyakan senarai ini berdasarkan amalan yaang disampaikan, bukan melalui kajian saintifik
- Ada kesan mungkin spesifik kepada tumbuhan tertentu sahaja, ada yang kesan secara am
Catatan Penulis
Agak kurang atau hampir tiada maklumat berkenaan penanaman regu yang menggunakan tanaman tempatan. Bagi penulis, pokok bangun-bangun/lemuju/cuban oregano mempunyai potensi kerana pokok penulis tidak nampak kesan serangan serangga. Adakah serangga tidak menyukainya?
Rujukan:
1. Buku The Edible Balcony. Growing Fresh Produce in Small Spaces.
1. Buku The Edible Balcony. Growing Fresh Produce in Small Spaces.
Ulasan
Catat Ulasan