Peria katak...sebut je peria katak, terbayang rasa pahit (pernah termakan sekali)...lepas tu terus tak makan peria katak...hehehe...😆.
Tetapi bila terbaca tentang khasiat peria katak (terutama khasiat no. 6)...ish, rasa macam nak cuba balik la...
PERHATIAN!. Elakkan dari memakan peria katak sekiranya anda mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran. Peria katak juga tidak sesuai dimakan bagi mereka yang menghidap penyakit kekurangan glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) atau glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency kerana boleh memudharatkan kesihatan. Selain daripada itu, dianjurkan untuk tidak makan peria katak kira-kira 2 minggu sebelum melakukan pendedahan kerana ia menganggu kawalan gula dalam darah.
Catatan penulis: Membaca mengenai peria katak mengingatkan penulis kenapa penulis suka melakukan kajian. Peria katak sememangnya diketahui ramai sebagai makanan untuk kesihatan, namun tidak ramai yang tahu secara spesifik, kesihatan dari aspek apa dan hanya segelintir sahaja yang tahu bagaimana peria katak menyumbang kepada kesihatan. Dengan melakukan kajian, kita mendapat tahu bagaimana peria katak menyumbang kepada kesihatan disamping mengenalpasti golongan yang tidak menerima manfaat kesihatan daripada peria katak.
Latar Belakang Tanaman. Peria katak merupakan tanaman menjalar yang tumbuh di kawasan tropika dan sub-tropika seperti di Asia dan Afrika. Ia dikelaskan dalam keluarga Cucurbitaceae sepertimana timun, labu, tembikai dan petola. Peria katak juga dikenali dengan pelbagai nama, di antaranya;
Tetapi bila terbaca tentang khasiat peria katak (terutama khasiat no. 6)...ish, rasa macam nak cuba balik la...
Khasiat Pemakanan Peria Katak
- Kaya dengan nutrien. Peria katak secara amnya mengandungi dua kali ganda beta carotene, potassium (K) dan kalsium daripada broccoli, pisang dan bayam, dalam urutan yang diberikan. Peria katak juga kaya dengan serat, phosphorous dan vitamins C, B1, B2, and B3.
- Menambah selera makan dan memperbaiki pencernaan makanan. Terdapt laporan yang menunjukkan peria katak menambah-baik selera makan, memperbaiki sistem pencernaan makanan, melegakan sakit perut dan sembelit. Merujuk The Guardian; ekstrak air daripada tumbuhan boleh diambil sebagai tonik/teh yang merangsang keseluruhan sistem penghadaman; ia merawat sakit perut, colic, sistem penghadaman yang lambat, perut kembung dan juga masalah angin. Selain daripada itu, ia bertindak sebagai julap didalam usus besar dan membantu masalah sembelit.
- Kulit yang sihat dan cantik. Peria katak bermanfaat untuk merawat masalah jerawat kerana ia membantu proses penyembuhan luka dan menggalakkan pembentukan sel-sel kulit. Menurut Livestrong, peria katak mempunyai ciri anti-radang dan anti-mikrob. Untuk merawat masalah jerawat, dianjurkan memakan 1 biji peria katak yang kecil atau meminum kira-kira 60 ml jus peria katak setiap hari. Elakkan dari berlebihan kerana boleh mengakibatkat sakit perut dan cirit-birit.
- Melawan kanser. Menurut laman sesawang NHS, kajian awal menunjukkan ekstrak peria katak merencat pertumbuhan serta menyebabkan kematian sel-sel kanser payudara. Namun begitu, penulis anjurkan untuk berbincang dengan doktor tuan-tuan dan puan-puan sebelum memakan peria katak sebagai usaha tambahan untuk melawan kanser.
- Mengawal kencing manis. Menurut WebMD, peria katak mengandungi bahan yang bertindak seperti insulin, mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Namun begitu, elakkan memakan peria katak bersama-sama ubat kencing manis kerana ia berpotensi menurunkan paras gula dalam darah ke peringkat yang merbahaya.
- Mengurangkan berat badan. Menurut Livestrong, peria katak rendah kalori, kaya dengan air dan serat, sekaligus mempercepatkan rasa kenyang pada jangka masa yang panjang. Livestrong juga berpendapat peria katak juga mampu mengawal kandungan gula dalam badan disamping mencegah badan kita dari menyerap gula yang berlebihan.
PERHATIAN!. Elakkan dari memakan peria katak sekiranya anda mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran. Peria katak juga tidak sesuai dimakan bagi mereka yang menghidap penyakit kekurangan glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) atau glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency kerana boleh memudharatkan kesihatan. Selain daripada itu, dianjurkan untuk tidak makan peria katak kira-kira 2 minggu sebelum melakukan pendedahan kerana ia menganggu kawalan gula dalam darah.
Catatan penulis: Membaca mengenai peria katak mengingatkan penulis kenapa penulis suka melakukan kajian. Peria katak sememangnya diketahui ramai sebagai makanan untuk kesihatan, namun tidak ramai yang tahu secara spesifik, kesihatan dari aspek apa dan hanya segelintir sahaja yang tahu bagaimana peria katak menyumbang kepada kesihatan. Dengan melakukan kajian, kita mendapat tahu bagaimana peria katak menyumbang kepada kesihatan disamping mengenalpasti golongan yang tidak menerima manfaat kesihatan daripada peria katak.
Tanaman Peria Katak
- Karela
- Bitter Melon
- Balsam Apple
- Balsam Pear (ini tertulis pada bungkusan benih yang penulis beli, garu kepala jugalah memikirkan pokok apakah ini 🤔).
- Bitter Gourd.
Tempoh Matang. Ia merupakan tanaman tahunan (annual) dimana tumbuhan membesar, berbunga dan berbuah dalam tempoh 1 tahun sebelum berakhir hayatnya. Namun begitu, peria katak hanya mengambil masa 3 - 4 bulan untuk matang.
Ciri-Ciri Tanaman. Tanaman ini boleh menjalar sepanjang 4 - 5 meter sekiranya tidak dicantas, atau sekurang-kurangnya 2.4 meter sekiranya dijaga dengan baik. Bunganya akan terbentuk pada minggu ke-5 atau -6 selepas penanaman. Bunga jantan akan kembang kira-kira seminggu awal dari bunga betina. Kedua-dua bunga berwarna kuning namun bunga betina mempunyai struktuk yang membengkan (swelling; ovari) pada pangkalnya, menyerupai peria yang kecil. Ovari bunga yang telah dipersenyawakan akan membesar, membentuk buah yang akan matang dalam 2-4 bulan. Setiap tanaman dianggarkan mampu berbuah sebanyak 10 - 12 buah, bergantung pada kehadiran agen pendebungaan, cuaca dll. Buah katak peria mempunyai permukaan yang menggerutu dan berbentuk bujur, serta tumbuh sepanjang 5 - 25 cm. Kulit peria katak yang sudah masak sepenuhnya berwarna jingga dan lembik, terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergulung ke atas, lalu mendedahkan biji benih peria katak yang diselaputi oleh isinya yang berwarna merah

Pemakanan. Peria katak lazimnya dimakan semasa buah masih berwarna hijau atau bila ia mula bertukar kepada warna kuning. Pada peringkat ini, isi peria katak rangup dan berair, seperti timun dan lada benggala walaupun pahit, disamping kulitnya yang lembut dan boleh dimakan manakala bijinya dan empulur batangnya (pith) berwarna putih, tidak terlalu pahit dan boleh dibuang sebelum dimasak. Rasa pahit peria katak adalah disebabkan oleh alkaloid momordicine. Isi peria katak yang berwarna hijau akan bertukar menjadi warna jingga diikuti warna merah apabila masak; semakin pekat warna isi peria katak, semakin pahit rasanya.
Percambahan Peria Katak
Saya menanam peria katak melalui biji benih yand dibeli dari Cold Storage.
Gambar bungkusan biji benih beserta gambar biji benih yang disemai didalam tanah |
Benih ini cepat sahaja cambahnya, dalam 2-3 hari sudah bercambah dan dalam seminggu, sudah boleh dipindahkan ke dalam tanah/pasu besar.
Pertama kali nampak daun peria katak, cantikkan? |
Penanaman Peria Katak
Kawasan Penanaman. Peria katak merupakan tanaman musim panas, maka ia amat sesuai ditanam di kawasan tropika seperti Malaysia. Ia boleh ditanam didalam tanah ataupun didalam pasu (isipadu ~19 liter, lebih lagi bagus) Sebaiknya tanam di kawasan yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya selama 6 jam.
Tanah. Sistem saliran (drainage) yang baik penting untuk tanaman peria katak. Selain daripada itu, tanah yang kaya dengan kompos matang/vermicompost membantu tanaman peria katak. Tanaman peria katak sukakan tanah yang sedikit berasid, pada pH 6.0 - 7.1.
Jarak Penanaman. Biji benih boleh ditanam terus kedalam tanah pada kedalaman 2 cm manakala anak pokok ditanam pada jarak 25 cm untuk varieti yang kecil dan 60 cm untuk varieti yang besar.
Struktur Sokongan. Penyediaan struktur sokongan setinggi 1.8 - 3.0 meter penting untuk i) mengurangkan serangan penyakit, ii) mengelakkan buah peria katak dari bersentuhan dengan tanah yang boleh membawa kepada pereputan awal dan iii) mudah untuk mengutip hasil. Sekiranya tidak dapat menyediakan struktur sokongan, alas permukaan tanah dengan plastik atau sungkupan untuk mengelakkan buah peria katak dari bersentuhan dengan tanah.

Pengairan. Kerap terutama pada musim panas dan sewaktu pembentukan buah.
Pembajaan. Baja terbaik adalah dengan penggunaan hasil kompos yang telah matang, dibantui dengan penggunaan baja organik lambat lepas (slow release organic fertilizer) pada nisbah NPK 5:10:10 pada awal penanaman i.e. semasa tanaman mempunyai 6 helai daun. Penggunaan kompos matang bukan sahaja membekalkan nutrien malahan membantu kadar simpanan air dalam tanah. Elakkan dari menggunakan baja yang tinggi kandungan nitrogen-nya kerana ia hanya akan menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Pemangkasan. Apabila tanaman peria katak mencapai bahagian atas struktur sokongan, pangkas cabang sisi (lateral branch) daripada permukaan tanah hingga bongkol/nod (node) ke-10. Biarkan 4 - 6 cabang sisi pada bongkol berikutnya sebelum dipangkas semula cabang sisi pada kepanjangan 0.6 - 0.9 meter. Pangkas juga daun baru yang tumbuh setelah tanaman peria katak mencapai bahagian atas struktur sokongan. Ini akan i) menggalakkan pembentukan bunga dan buah, sekaligus ii) membanyakkan hasil. Catatan penulis: cabang sisi tumbuh 2 - 3 minggu selepas peria katak mula bercambah.
Pendebungaan. Tanaman peria katak didebungakan oleh lebah dan agen pendebungaan yang lain yang memindahkan debunga dari bunga jantan ke bunga betina. Bunga jantan mempunyai jangka hayat yang singkat; ia kembang diwaktu pagi dan gugur pada lewat petang. Anda boleh melakukan pendebungaan sendiri dengan menggunakan berus lukisan, atau secara manual memetik bunga jantan dan sentuhkan bahagian tengah bunga jantan kedalam bahagian tengah bunga betina.
Bunga betina dan bunga jantan mulai tumbuh. Perbezaan ciri bunga jantan dan bunga betina boleh diperhatikan sejak awal fasa pertumbuhan. |
Melakukan pendebungaan sendiri menggunakan tangan. Bahagian tengah bunga jantan digosokkan dengan bahagian tengah bunga betina. |
Gambar kiri: Bunga betina yang baru didebungakan. Gambar kanan: Bunga betina memberikan tanda pendebungaan telah berjaya. |
Bunga betina yang telah didebungakan 1-2 hari sebelum gambar diambil. |
Serangga Perosak. i) Kumbang (spotted and striped cucumber beetles); kumbang ini membawa bakteria penyebab penyakit layu (wilt disease) yang menyebabkan batang tanaman menjadi layu dan tidak dapat dipulihkan; ii) Lalat buah yang menyebabkan buah membusuk dan mereput; iii) Aphids; iv) Spider mites. Pengawalan serangga. i) Dianjurkan menggunakan serangga perosak pada lewat petang supaya tidak memudharatkan lebah madu yang merupakan agen pendebungaan peria katak; ii) Balut buah peria katak apabila buah sepanjang 2.5 - 5.0 cm; iii) Bersihkan kawasan kebun dari rumpai. Bilangan rumpai boleh dikurangkan dengan penggunaan sungkupan. Catatan penulis: balut buah peria katak dengan bekas yang besar sedikit untuk membolehkan buah peria katak tumbuh.
Penyakit. i) Penyakit kulat seperti powdery mildew, downy mildew dan karat; ii) Pereputan awal; iii) mosaic virus; iv) penyakit layu akibat jangkitan bakteria (bacterial wilt). Pengawalan Kulat. Penggunaan struktur sokongan membantu pengudaraan dikawasan dedaun sekaligus mengurangkan jangkitan kulat. Tiada ubat untuk jangkitan bakteria dan virus; adakalanya potong dan buang bahagian berjangkit pada peringkat awal mampu menyelamatkan tanaman.
Tanaman Regu. Sesuai ditananam bersama tumbuhan kekacang, jagung, peas, labu dan squash. Penanaman bunga seperti Kekwa (Chrysanthemum) dan French Marigold bermanfaat untuk mencegah kehadiran kumbang perosak. Elakkan dari menanam peria katak bersama dengan ubi kentang (menggalakkan penyakit potato blight dalam kentang) dan tanaman herba aromatik.
Hasil: Kutip hasil apabila ia hampir matang (warna hijau) setiap 2-3 hari untuk menggalakkannya berbuah lagi 2 - 3 minggu berikutnya. Elakkan dari menyimpan buah peria katak bersama-sama dengan buah lain yang sedang masak kerana ia akan mempercepatkan proses kematangan (dan peria katakr akan bertambah pahit)
Buah peria katak yang telah matang dan terbelah |
Rujukan
1. Do you Know the Benefits of Balsam Pears?.2. Momordica charantia.
3. How to Grow Momordica Plants.
4. How to Grow Bitter Melon.
5. How to Grow Bitter Melon in Pots.
6. How to Grow Momordica charantia.
Ulasan
Catat Ulasan