Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁).
Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. |
Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman annual i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia.
Nama ketumbar jawa (culantro) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar (cilantro, juga dikenali dengan nama coriander. Dari istilah culinary i.e. memasak, cilantro merujuk kepada daun ketumbar manakala coriander merujuk kepada biji ketumbar ). Malahan, rasa antara kedua-dua tanaman ini (ketumbar jawa dan daun ketumbar) hampir sama kecuali rasa ketumbar jawa lebih pekat. Bagi penggemar daun ketumbar (🙌), rasa ketumbar jawa lebih power 😋.
Disebabkan rasanya yang kuat, nama saintifik ketumbar jawa, Eryngium foetidum bermaksud foul-smelling thistle i.e tanaman thistle yang berbau busuk (mana ada 😒, sedap tau bau ketumbar jawa).
Daun ketumbar jawa dilaporkan kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin A dan C, dan riboflavin. Daun ketumbar jawa yang segar mengandungi 86–88% air, 3.3% protein, 6.5% karbohidrat manakala daun ketumbar jawa yang kering mengandungi 27.7% serat, dan 1.23% kalcium. (Catatan penulis. Tidak semua senarai nutrisi ditulis disini).
Manfaat riboflavin untuk kesihatan. Sumber gambar: Organic Facts. |
Daun ketumbar juga digunakan dalam masakan chutney (acar) untuk menambah selera makan disamping dijadikan teh dengan merendam (daun dan akar) dalam air panas dan diminum untuk merawat;
- Selsema.
- Sembelit.
- Demam.
Pembiakan Ketumbar Jawa
Ketumbar Jawa membiak melalui 3 cara;- Anak pokok.
- Benih.
- Jambakan bunga.
Pembiakan Melalui Anak Pokok
Pokok ini asalnya dari satu rumpun bercambah kepada 6 rumpun. |
Kiri: Ketumbar jawa bersama jambakan bunganya. Kanan: Jambakan bunga yang telah dipotong untuk merangsang pembentukan anak pokok disekeliling pokok induk. |
Pembiakan Melalui Biji Benih
👆 menunjukkan bunga ketumbar jawa. Apabila matang, ia akan berubah menjadi warna hitam i.e. benih ketumbar jawa |
Sekiranya para pengunjung berminat untuk melihat percambahan ketumbar jawa dari biji benih, boleh rujuk disini. (Penting. Tanaman ketumbar jawa dilaporkan tidak sesuai untuk pemindahan anak cambah maka diajurkan untuk mencambah terus kedalam tanah).
Pembiakan Melalui Keratan Jambakan Bunga
Gambar #1: Jambakan bunga ketumbar jawa. Gambar #2: Anak panah menandakan dimana akar akan bercambah keluar. Gambar #3: Contoh keratan jambakan bunga. Gambar #4: Cucuk keratan kedalam tanah. Gambar #5: Keratan membesar menjadi tanaman baru |
Jambakan bunga yang ditanam menunjukkan percambahan akar. Namun sebaiknya dicucuk terus kedalam pasu sebab mati bila dipindahkan 😭 . Bekas mencambah boleh rujuk disini. |
Penanaman Ketumbar Jawa
Lokasi. Tanaman ketumbar jawa sensitif dengan cahaya matahari; paling sesuai adalah kawasan yang menerima cahaya matahari selama 6 jam. Lebih daripada itu (8 jam keatas) menggalakkan bolting (penjelasan lanjut dibawah) manakala kurang daripada 6 jam boleh merencat pertumbuhan ketumbar jawa. Maka ramai menganjurkan menanam ketumbar jawa dikawasan yang terlindung daripada pancaran cahaya matahari secara terus; ketumbar jawa yang tumbuh dikawasan yang terlindung dilaporkan mempunyai daun lebih besar dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Namun begitu, tanaman ketumbar jawa juga memerlukan pengudaraan yang baik untuk mencegah daripada serangan kulat. Mungkin sesuai ditanama dibawah pokok yang rimbun, atau tepi dinding rumah yang terlindung dari pancaran cahaya matahari secara terus.Tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman ketumbar jawa haruslah peroi (loose) dan kaya dengan sisa organik. Tanah boleh menjadi lebih peroi dengan menambah tanah bakar/pasir atau perlite manakala penambahan sabut kelapa memanfaatkan dari segi membantu menyimpan air.
Jarak penanaman. Tanam benih/keratan jambakan bunga pada jarak 20-30 cm. Ini akan memberikan ruang yang cukup untuk daun ketumbar jawa membesar dengan sihat.
Penjagaan Tanaman Ketumbar Jawa
Pengairan. Air penting penting untuk memastikan tanaman ketumbar jawa sentiasa sihat. Dianjurkan meletakkan sungkupan untuk menambahkan kandungan air dalam tanah disamping mengelakkan air dari terkena pada daun.Pembajaan. Letak kompos yang telah matang, baja tahi kambing/ayam atau baja yang membebaskan nutrien secara berkala (regularly) setiap 2 minggu.
Kutip Daun. Potong bahagian daun yang ingin digunakan, basuh, potong/sirat sebelum tambahkan dalam masakan anda. Sebaiknya ambil daun yang matang dan tinggalkan daun muda untuk kegunaan hari berikutnya.
Pembungaan. Tanaman ketumbar jawa akan membentuk bunga sekiranya terdedah kepada cahaya matahari. Proses ini dinamakan sebagai bolting dimana pendedahan kepada cahaya matahari yang lama (~8 jam sehari) menyebabkan pembentukan bunga, penghasilan biji benih, dan diikuti dengan tanaman tersebut mati. Untuk mengelakkannya daripada mati awal, cabut jambakan bunga apabila ia terbentuk.
Serangan Penyakit dan Perosak. Tanaman ketumbar jawa dilaporkan kurang bermasalah kecuali serangan cacing nematod dan penyakit daun berbintik (leaf spot) akibat bakteria Xanthomonas sp. pada tanaman ketumbar jawa yang hidup lebih daripada 2 tahun. Tanaman ketumbar jawa juga rentan (susceptible) kepada serangan kulat sekiranya tumbuh dikawasan yang lembap tanpa pengudaraan yang baik.
Tanaman Regu (ini adalah pendapat peribadi penulis). "Tanaman ketumbar jawa dilaporkan kurang bermasalah" menjadikan tanaman ini berpotensi ditanam bersama-sama/hampir dengan tanaman dedaun yang lain seperti salad dan kobis (atau mana-mana tanaman yang tidak memerlukan cahaya yang banyak) untuk membantu salad dan kobis dari diserang serangga perosak, manakala masalah nematod dalam ketumbar jawa mungkin boleh dielakkan dengan penanaman French marigold yang dilaporkan mampu menghalau root knot nematode.
Catatan Penulis
Hmmm...penulis terbaca, daun ketumbar jawa dijadikan digunakan untuk perap daging...boleh cuba ni...😋.Catatan Tambahan
Bagi warga Johor, anda berpeluang untuk mendapatkan pokok Ketumbar Jawa dari Jabatan Pertanian Ayer Hitam.Rujukan
1. Eryngium foetidum.2. Growing culantro.
3. What Is Culantro Used For: Learn How To Grow Culantro Herbs.
4. Culantro.
5. Culantro: A Much Utilized, Little Understood Herb
Ulasan
Catat Ulasan