Langkau ke kandungan utama

Tentang Penulis

Penulis baru sahaja menamatkan bidang pengajian Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Fisiologi Tanaman (Crop-Physiology). Dalam tempoh pengajian, timbul persoalan samada boleh atau tidak warga Orang Kelainan Upaya (OKU) memainkan peranan dalam bidang pertanian. Sekiranya ya, bagaimana caranya?

Penulis mulai dengan berbincang dengan rakan penulis yang merupakan seorang OKU Penglihatan dan dari perbincangan tersebut, wujudnya blog ini.

Memandangkan penulis gemar membaca, blog ini dibina sebagai catatan penulis dalam hal;
  • Panduan penanaman (dan penjagaan tanah)
  • Perkebunan secara mampan
  • OKU dan perkebunan

Panduan penanaman?

Kajian penulis lebih kepada penanaman padi aerob (penanaman padi tanpa air bertakung) dan penulis tidak mempunyai pengalaman tentang tanaman-tanaman lain. Maka bagi penulis, adalah penting untuk penulis mengetahui sebanyak mungkin cara menanam tanaman-tanaman lain dengan membaca dan menumbuhkan tanaman tersebut sendiri. Ada beza antara teori dan praktikal 😁.

Perkebunan secara mampan?

Memastikan kemampanan tercapai adalah penting kerana ia melibatkan ramai pihak, jika tidak semua. Salah satu aspek kajian penulis adalah tentang pemanasan dunia dan kesannya terhadap dunia. Pendek kata, sekiranya pemanasan dunia tidak ditangani sekarang, dunia pertanian pada masa akan datang akan menjadi sangat mahal; kebanyakan pokok rentan kepada cuaca panas maka perlu ditumbuhkan didalam rumah hijau yang akan menambah kos penghasilan makanan.

Disebabkan itu, penulis menjadikan kemampanan sebagai teras kepada blog ini.

OKU dan perkebunan?

Penulis tidak mempunyai ramai rakan yang OKU namun hasil pergaulan penulis, mereka ingin buktikan diri mereka; apa yang mereka inginkan adalah peluang. Aktiviti pertanian merupakan satu bidang yang pada hemah penulis, mampu dilakukan oleh warga OKU yang berminat. Apa yang mampu dilakukan penulis buat masa ini adalah mencari, mengesahkan dan menyebarkan maklumat bahawa warga OKU boleh berkebun, hanya perlu cara yang sesuai.

Ulasan

Panduan Popular

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .