Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penjagaan Tanah

Kucing Kencing pada Tanah?

Tanggal 8 Januari 2018, saya dengan gembiranya memindahkan anak cambah peria katak kedalam pasu yang lebih besar. 3 hari kemudiannya, saya perhatikan anak pokok saya rebah... Artikel berkaitan : Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah . Sangkaan pertama, ketidakcukupan air. Bila periksa tanah...tanah lembap, maka air bukanlah puncanya. Sangkaan kedua, kulat dalam tanah seperti pengalaman lepas . Maka saya korek (dengan tangan, malangnya) dan saya perhatikan, tiada warna hitam pada pangkal pokok yang lazimnya menandakan kesan serangan kulat, maka anak pokok saya tidak mati akibat serangan kulat. Gambar atas : Peria katak yang baru dipindahkan Gambar bawah : Peria katak rebah Kemudian saya terbau sesuatu yang tidak diingini...kencing kucing. Saya menghidu tangan saya...alamak! 🙀 Sah! Memang tanah dalam pasu tersebut telah dicemari dengan sisa buangan kucing! Sebaik sahaja mencuci tangan, saya bergegas menyiram air dengan banyaknya kedalam pasu tersebut untuk...

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah. Penggunaan sungkupan pada batas tanaman Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam. Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

5 Cara Mengembalikan Kesuburan Tanah

Kesuburan tanah merupakan aset bagi pekebun kerana ia merupakan langkah pertama bagi tanaman untuk mengeluarkan hasil yang terbaik. Bagi yang baru bermula, isu kesuburan tanah mungkin tidak menjadi satu isu kerana lazimnya anda bermula dengan membeli tanah dari kedai, dimana secara amnya, berada dalam keadaan yang baik. Bagi yang sudah lama bercucuk tanam, membeli tanah baru setiap kali hendak menanam mungkin agak membebankan dari sudut kewangan. Menggunakan tanah lama untuk menanam tanaman baru sememangnya menjimatkan kos, namun ianya mempunyai risiko terutamanya; Kekurangan nutrien . Menyebarkan/memudahkan serangan penyakit kepada tanaman baru Risiko ini boleh dielakkan/dikurangkan sekiranya tanah lama dibiarkan pulih (sama seperti badan kita) dengan pelbagai cara, diantaranya;