Langkau ke kandungan utama

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah.

Penggunaan sungkupan pada batas tanaman

Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam.

Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

Penggunaan sungkupan sememangnya memberikan banyak manfaat:
  1. Penggunaan air yang mampan. Penggunaan sungkupan mengelakkan air hilang daripada tanah melalui proses evaporasi (air hilang melalui permukaan tanah yang terdedah) sekaligus memperbanyakkan kandungan air dalam tanah untuk kegunaan tumbuhan. Kelebihan ini penting pada musim panas dan kering.
  2. Pengawalan rumpai secara ekonomi. Kehadiran sungkupan di permukaan tanah mencegah cahaya matahari dari terpancar di permukaan tanah sekaligus merencat biji benih rumpai dari bercambah disamping,
  3. Menyejukkan tanah terutamanya pada musim panas. 
  4. Pencegahan serangan siput babi.
  5. Kesejahteraan tanaman anda. Dengan merencat percambahan benih rumpai, penggunaan sungkupan mengurangkan persaingan sekaligus memperbanyakkan sumber air dan nutrient untuk tanaman anda.

Catatan Penulis

Penggunaan sungkupan bukan sahaja memberikan manfaat kepada tumbuhan, ia juga boleh dimanfaatkan untuk mengembalikan kesuburan tanah lama. 

Ulasan

Panduan Popular

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.