Langkau ke kandungan utama

Lada Benggala (Capsicum annuum L.)

Lada benggala merupakan suatu tanaman yang unik, ia wujud dalam tiga warna yang berbeza: hijau, kuning dan merah. Kepelbagaian warna bukanlah menunjukkan varieti yang berbeza, sebaliknya menandakan berapa lama buah lada benggala berada pada tanaman induk. Buah lada benggala bermula dari warna hijau, kemudian berubah kepada warna kuning sebelum menjadi warna merah.

Kandungan vitamin C didalam lada benggala juga berubah dengan perubahan warna; kandungan vitamin C didalam lada benggala merah adalah 3 kali ganda daripada vitamin C yang terdapat didalam buah orange manakala kandungan vitamin C didalam lada benggala hijau adalah 2 kali ganda daripada vitamin C yang terdapat didalam buah orange. Selain daripada itu, lada benggala juga mengandungi vitamin A, zat besi dan kalsium.

Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan selain daripada menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Memandangkan lada benggala kaya dengan vitamin C, pemakanan lada benggala amatlah memanfaatkan kesihatan.

Khasiat pemakanan lada benggala.
Sumber gambar: Organic Facts.

Lada Benggala

Tanaman ini mula mengeluarkan bunga kira-kria 6 minggu selepas ditanam dan matang dalam 60-90 hari. 

Percambahan Biji Lada Benggala

Biji lada benggala amat mudah dicambahkan; samada biji lada benggala direndam semalaman ataupun diletakkan terus kedalam bekas mencambah, kedua-dua cara membawa kepada percambahan biji lada benggala.

Anak cambah lada benggala

Penanaman Lada Benggala

Lokasi. Tanaman lada benggala memerlukan pancaran cahaya matahari kira-kira 6-8 jam.
    Penyediaan Tanah. Ciri-ciri tanah yang baik untuk tanaman lada benggala mempunyai sistem saliran yang bagus disamping kaya dengan nutrien. Dianjurkan untuk menambah kompos matang kedalam tanah seminggu sebelum penanaman.

    Penanaman dalam Pasu. Lada benggala boleh ditanam didalam pasu. Saiz pasu yang dianjurkan mempunyai diameter kira-kira 25 cm dan kedalaman kira-kira 30 cm.

    Penanaman. Dianjurkan menanam 2 benih/anak pokok dalam satu lubang sebagai salah satu cara untuk mencegah buah cili kembung dari terkena sunscald (penjelasan lanjut dibawah).

    Penjagaan Tanaman Lada Benggala

    Pengairan. Tanaman lada benggala agak sensitif terhadap cuaca panas. Dianjurkan untuk menyiram selalu pada cuaca panas (namun elakkan air dari bertakung).

    Nutrien. Cili kembung dianggap "light-feeder" i.e. tidak boleh menerima baja yang tinggi kandungan nutriennya. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan nisbah NPK adalah rendah. Baja yang paling elok adalah baja lambat lepas (slow-realeased fertilizer) ataupun kompos

    Sungkupan. Penggunaan sungkupan digalakkan untuk memastikan tanah lembap (pada cuaca panas) serta mengelakkan tanah dari menjadi panas.

    Struktur sokongan. Digalakkan untuk mengelakkan tumbuhan dari rebah.

    Pembentukan buah yang besar. Siram campuran (1 sudu makan Epsom salt + 3.8 liter air) apabila tumbuhan mula berbunga, diikuti 10 hari kemudiannya (1).

    Penuaian hasil. Boleh dipetik apabila cili kembung telah mencapai saiz yang dikehendaki dengan menggunakan pisau/gunting yang tajam. Kekerapan memetik apabila buah hijau membanyakkan pengeluaran buah. Namun, lebih lambat cili kembung dipetik, lagi banyak vitamin C didalamnya.

    Tanaman regu. Tanaman bermanfaat - daun selasih (elakkan thrips, lalat dan nyamuk), parsley (menarik perhatian serangga pemakan aphids), tomato (langkah pencegahan beetle dan nematode). Tanaman OK ditanam bersama - bawang besar, lobak merah, marjoram, oreganopetunia, rosemary, terung. Tanaman dijauhi bersama - apricotsbroccoli, brussel sprouts, kobis, kekacang (cth: soya bean).

    Masalah. i) Terlalu banyak nitrogen mengurangkan kadar pembentukan buah, ii) Cuaca panas mengurangkan proses pendebungaan.

    Serangga bermasalah. i) Aphids. ii) Flea Beetles.

    Penyakit. i) Mosaic virus. ii) Blossom End Rot. iii) Root-knot nematode (tanda - tumbuhan sentiasa kehausan)

    Penyakit. Sunscald. Punca - cahaya matahari terik. Tanda pada daun - jalur putih dan kering di bahagian sisi daun. Tanda pada buah - buah merekah dan lembik disebabkan oleh aktiviti bakteria/kulat yang masuk di kawasan merekah.

    Ulasan

    Panduan Popular

    9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

    " ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .