Lobak merah adalah tumbuhan "biennial": pada tahun pertama, ianya fokus pada pertumbuhan akar (bahagian yang berwarna jingga yang kita makan) manakala pada tahun kedua, ianya fokus pada pembentukan daun, bunga dan benih.
Maka secara teorinya, tanam benih lobak merah, tuai hasil, bila masak, simpan bahagian atas lobak merah sehingga ianya berbunga dan menghasilka biji benih, lalu ulang semula proses dari awal.
Meh kita test teori ini =D
p/s - menumbuh semula bahagian atas lobak merah merupakan projek (main-main) lama saya dan telah berulang-kali gagal. Kebanyakannya disebabkan lobak merah mereput dan membusuk sebelum daun sempat tumbuh. Nampaknya cuaca di Malaysia menggalakkan pertumbuhan agen pereput.
Jurnal Menumbuh Semula Bahagian Atas Lobak Merah
Catatan 17/9/2016
Menumbuh-semula lobak merah dengan menggunakan medium vermiculite (kiri), pumice (tengah) dan perlite (kanan) |
Catatan 24/9/2016
Bahagian atas lobak merah yang menggunakan pumice dan vermiculite menunjukkan pertumbuhan |
Catatan 1/10/2016
Catatan 4/10/2016
Pindah satu daripada batch ke-2 ke bekas perlite kerana lobak merah pada bekas tersebut tidak tumbuh dan mula berkulat.
Akar mula tumbuh pada lobak merah bekas pumice. |
Catatan 16/10/2016
Setakat catatan hari ini, hanya bahagian atas yang menggunakan pumice sahaja yang tumbuh dengan elok (walaupun tompok putih menunjukkan serangan kulat).Pertumbuhan bahagian atas lobak merah setelah sebulan. Bahagian akarnya juga panjang |
Lobak merah diatas rasanya sudah boleh ditanam.
Kiri: Daun lobak merah semakin banyak. Kanan: Percubaan ke-4 |
Hehehe...bila dah berjaya tumbuhkan bahagian atas lobak merah ni...rasa macam best pulak.
Catatan 31/10/2016
Bahagian atas lobak merah dari percubaan pertama mengeluarkan daun ketiga setelah disiram dengan air yang telah direndam rumpai laut semalaman.
Pada waktu ini, percubaan menanam bahagian atas lobak merah kedalam tanah dilakukan untuk lihat sejauh mana ia boleh bertumbuh.
Seed starter pot digunakan kerana dua sebab: i) untuk mengelakkan damping off dan ii) bekas ini boleh ditanam terus kedalam tanah sekiranya perlu dan ianya boleh di-degradasi.
Catatan 1/11/2016
Kesimpulan
Setelah mengalami banyak kegagalan, cara yang mendapat hasil setakat ini adalah melalui pumice + air mesti menyentuh (kira-kira 1 mm) lobak merah.Penggunaan medium + air menyentuh lobak merah |
Pada pendapat peribadi saya, penggunaan pumice boleh digantikan dengan medium lain, hatta batu kerikil pun boleh. Tujuan penggunaan medium adalah untuk memberi ruang pengudaraan pada bahagian bawah lobak merah.
Apabila sekadar merendam lobak merah dalam air, bahagian bawah lobak merah menjadi licin dan mudah mereput walaupun air ditukar setiap hari.
Dengan penggunaan medium, apabila air tersejat, ianya menurunkan paras air lalu membenarkan udara melalui bahagian bawah lobak merah. Udara penting untuk pertumbuhan akar.
- Debunga dari dua pokok yang berlainan perlu disenyawakan untuk mendapat biji benih.
- Daun yang dah tumbuh perlu didedahkan pada cuaca sejuk (2-5°C) selama 6-8 minggu...alamak...baru nak pindah ke tanah...
Ulasan
Catat Ulasan