Ubi kentang merupakan satu tumbuhan yang unik bagi saya: lazimnya, tumbuhan tuber seperti lobak merah tumbuh di bahagian bawah daripada biji benih manakala ubi kentang tumbuh di atas biji benih. Keunikan ini membuatkan saya semakin berminat untuk menumbuhnya, selain dari gemar memakannya 😋.
Ubi kentang boleh ditanam didalam tanah, bekas, beg plastik hitam, beg guni dan pelbagai lagi, asalkan ianya
besar dan mempunyai
sistem saliran yang bagus. Contoh beg komersial untuk menanam ubi kentang boleh dilihat
disini.
Cara Pertumbuhan Ubi Kentang
|
1) Menanam ubi kentang dalam tanah yang dicampur dengan kompos. |
|
2) Apabila batang tuber telah tumbuh kira-kira 6 inci... |
|
3) Tanam dengan tanah + kompos sehingga ke paras bawah daun.
Proses ini dinamakan sebagai "hilling". |
|
4) Ini akan memaksa tuber untuk tumbuh lagi... |
|
5) Ulangi proses hilling. Ini akan menyebabkan akar tumbuh disekeliling tuber... |
|
6) ...untuk pertumbuhan ubi kentang. Pembentukan bunga menandakan ubi kentang
sudah besar serta boleh dikutip. |
Rujukan gambar: gambar ini diadaptasi dari lelaman
101 Ways to Survive.
Panduan Penjagaan Ubi Kentang
- Cuaca. Memerlukan cuaca yang sejuk. Perlu perlindungan dari cahaya matahari yang panas atau kentang akan menjadi hijau dan pahit. Bahagian hijau ini sedikit beracun dan TIDAK BOLEH dimakan.
- Tanah. Ciri utama tanah untuk penanaman ubi kentang adalah tidak padat (loose) untuk memberikan ruang kepada ubi kentang tumbuh dan membesar selain daripada memerlukan tanah kompos yang kaya dengan nutrien sebelum meletakkan biji benih. Ubi kentang juga memerlukan tanah yang sedikit berpasir disamping mempunyai sistem saliran yang baik. Para pengunjung juga boleh menanam ubi kentang menggunakan dedaun kering seperti yang ditunjukkan oleh video ini.
- Penanaman. Tanam ubi kentang/sebahagian yang mempunyai kira-kira 2 "mata" (eye) dan mata ini ditanam menghadap ke atas.
- Pengairan. Peka terhadap kemarau. Memerlukan bekalan air yang berterusan terutama apabila tuber mula tumbuh.
- Proses hilling. Lakukan setiap 2 minggu atau apabila tuber telah tumbuh setinggi 6 inci/15 cm. Pastikan tanah sentiasa gembur i.e jangan memadatkan tanah semasa proses hilling. Ini untuk memudahkan semasa hasil dikutip. Boleh juga menggunakan jerami selain daripada tanah.
- Penanaman regu. Tanam bersama broccoli, cauliflower, French marigold (menarik serangga bermanfaat, menghalang/mengurangkan kumbang), horseradish (melindungi pokok ubi kentang secara am) jagung, kobis, marjoram, nasturtium, peas, tembikai, terung, tumbuhan kekacang. Boleh merencat pertumbuhan bunga matahari, celery, ceri, epal, labu, rosemary, squash, timun, tomato (tomato dan kentang berkongsi patogen penyakit).
- Kutip hasil. Paling awal - kira-kira 10 minggu selepas ditanam atau apabila bunga telah terbentuk. Paling lewat - sebelum tuber menjadi coklat kerana ini akan menyebabkan ubi kentang menjadi busuk.
- Penyimpanan. Bersihkan ubi kentang daripada tanah (tanpa air) dan simpan di tempat yang kering dan gelap untuk tahan lama. Elakkan dari menyimpan kentang bersama-sama dengan buah epal; gas ethylene daripada buah epal mempercepatkan ubi kentang menjadi busuk.
- Penyakit. i) aphids, ii) flea beetles, iii) leaf hoppers, iii) early/late blight.
- Penyakit potato scab. Bolehjadi disebabkan oleh tanah yang mempunyai nilai pH yang tinggi. Ubi kentang gemarkan tanah yang berasid. Dianjurkan juga menabur sulfur pada benih ubi kentang sebelum menanam.
Ulasan
Catat Ulasan