Damping off merujuk pada penyakit yang terkena pada anak cambah disebabkan oleh kulat atau organisma-seperti-kulat seperti Pythium, Phytophthora, Rhizoctonia dan Fusarium. Mikro-organisma ini mereputkan bahagian batang dan akar yang terdapat didalam tanah menyebabkan anak cambah rebah dan mereput.
Damping off jarang memberikan kesan negatif kepada tumbuhan tua/matang/telah besar kerana pada fasa pertumbuhan ini, tumbuhan telah mengalami pertumbuhan sekunder pada bahagian batang yang boleh menghalang kulat dari menyerang.
Diantara punca penyebab penyakit damping off adalah:
- Kadar kelembapan yang tinggi (seperti di Malaysia, terutamanya musim hujan).
- Kadar pengudaraan yang tidak seberapa baik.
- Banyak benih dicambah pada satu bekas yang sama (ooops).
- Guna bekas yang bersih (ooops x 2) i.e. bekas yang tumbuhan sebelumnya tiada penyakit damping off (alamak, tak check).
- Guna tanah baru (ooops x 3).
- Cambah benih pada kadar yang sederhana. Elakkan dari mencambah pada kepadatan yang tinggi (ooops x 4).
- Elakkan menyiram berlebihan (musim hujan)
- Pastikan anak cambah tumbuh di kawasan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Aliran udara yang baik boleh mengeringkan tumbuhan serta tidak menggalakkan pertumbuhan kulat.
Pemerhatian Damping Off pada Bunga Matahari
Catatan 9/10/2016
Anak pokok bunga matahari siap ditanam. |
Catatan 12/10/2016
Anak pokok yang paling kecil menunjukkan tanda-tanda kelayuan. |
Pada awalnya, saya menyangkakan anak pokok bunga matahari i) layu kerana cuaca panas, dan/atau ii) terkena kencing kucing. Sebab sebelum ini, kawasan tersebut memang tempat kucing jiran bersantai.
Respon: saya menyiramnya dan melitupi dengan pasu berlubang pada waktu tengahari. Tujuan menggunakan pasu berlubang adalah untuk mengurangkan cahaya matahari yang terpancar pada anak cambah.
Pasu berlubang digunakan untuk mengurangkan pancaran matahari terhadap anak pokok. |
Catatan 14/10/2016
Anak pokok yang mati. |
Ternyata, langkah siraman tidak berjaya. Anak pokok bunga Matahari tetap mati. Apabila dicabut, bahagian bawah (yang tertanam) menunjukkan warna kehitaman.
Catatan 19/10/2016
Anak pokok didalam bekas lain menunjukkan tanda-tanda yang sama. |
Pada waktu ini, hampir kesemua anak pokok menunjukkan tanda-tanda yang sama walaupun ditanam di kawasan/pasu yang berlainan.
Bahagian ini menunjukkan tanda pereputan. |
Apabila melihat sekumpulan anak cambah bunga matahari mati, saya mula menyoal balik diagnosis awal i.e. punca kematian adalah disebabkan oleh cuaca panas &/@ campuran sisa buangan kucing (sori kucing).
Maka saya memulakan pencarian semula untuk mengetahui punca kematian anak cambah bunga matahari supaya saya boleh mengelakkan ianya dari berlaku pada masa hadapan.
Mengikut tanda-tanda yang boleh dilihat i.e;
- Berlaku pada anak pokok
- Anak pokok layu dan rebah
- Warna kehitaman + tanda pereputan.
Damping off pada Bunga Matahari
Anak cambah bunga matahari sangatlah peka (sensitive) terhadap keadaan persekitaran yang kurang sesuai serta mudah "terkejut" terutamanya apabila ditanam semula dari seedling tray.Ini tidak bermakna bunga matahari tidak boleh dipindahkan kerana saya ada membeli bunga matahari dari nursery dan pindahkannya kedalam pasu; setakai ini, pokok tersebut tumbuh dengan baik.
Pokok bunga matahari yang dibeli dan dipindahkan kedalam pasu. |
Kesimpulan
Penyebab utama anak cambah bunga matahari saya mengalami damping off adalah kecuaian saya sendiri. Sekarang saya dah tahu punca serta langkah pencegahan maka harap-harap pada masa akan datang, saya berjaya menumbuhkan bunga matahari daripada benih sehingga saya berjaya mendapatkan benih baru.Saya perhatikan, anak cambah daun selasih, daun ketumbar, cili kembung dan tomato ceri tidak mengalami masalah damping off walaupun cara percambahan mereka sama seperti cara saya mencambahkan bunga matahari. Boleh jadi tahap kepekaan tumbuhan terhadap perubahan persekitaran menjadi faktor kenapa penyakit damping off hanya kelihatan pada anak cambah bunga matahari.
Namun begitu, adalah lebih baik mengambil sikap berhati-hati dengan mencambah biji benih sedikit demi sedikit pada masa akan datang untuk mengelakkan anak cambah dari mati disebabkan oleh damping off.
Ulasan
Catat Ulasan