"...apabila tiba musim hujan, sediakan kulit telur untuk tanaman anda"Beberapa hari ini, saya perhatikan, daun cili kembung saya (daun baru) mempunyai bentuk yang pelik sedikit;
Melalui pencarian internet dan pembacaan, saya berpendapat pokok cili kembung saya mengalami kekurangan kalsium.
Kenapa Kekurangan Kalsium
- Ianya berlaku pada daun muda.
- Musim hujan. Kekerapan hujan menyebabkan i) tanah berasid dan ii) transpirasi dalam tumbuhan berkurangan.
- Tanah berasid. Tanah yang berasid kuat merencat pengambilan kalsium oleh tumbuhan.
- Kurang transpirasi. Proses kehilangan air melalui liang daun secara tidak langsung merangsang pengambilan nutrien (termasuk kalsium) dari dalam tanah kedalam tumbuhan. Pada kadar kelembapan yang tinggi, kadar kehilangan air melalui liang daun berkurangan, maka kadar pengambilan kalsium juga berkurangan.
Cara Menangani Kekurangan Kalsium dalam Tumbuhan
- Lime/Dolomite lime. Ianya mengandungi kalsium (dan juga magnesium). Ianya juga menaikkan pH tanah, maka gunakan dengan kadar yang selamat. pH tanah yang terlalu tinggi boleh merencat pengambilan nutrien yang lain. Mengambil masa sebelum memberikan kesan.
- Gypsum. Ianya juga mengandungi kalsium dan berkesan untuk tanah yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.
- Susu. Idea menggunakan susu terilham dari pembacaan "The Farmer Boy" (oleh Laura Ingalls Wilder). Namun saya memeriksa konsep ini, samada ok atau tidak. Melalui pembacaan, i) Sebaiknya susu dicampur dengan air (50% susu + 50% air), ii) digunakan dengan kadar sederhana, iii) boleh spray pada daun, namun sekiranya daun itu daun tomato, pastikan daun cepat kering atau daun tomato akan diserang penyakit kulat.
- Kulit telur. Kulit telur merupakan sumber alternatif kalsium yang baik. Sebaiknya kulit itu dibasuh dan dipanaskan di bawah matahari terik/dalam oven. Tujuan pemanasan adalah untuk membunuh patogen merbahaya. Kemudian tumbuk dengan halus dan tanam/tabur pada tanaman anda.
Kesimpulan
Saya mengambil keputusan untuk menyiram susu pada pokok cili kembung saya (1 hari sahaja) diikuti dengan penggunaan kulit telur.
Untuk makluman, menangani masalah kekurangan kalsium ini tidak akan memulihkan daun yang telah cacat namu ia memastikan daun baru yang akan datang tidak mengalami kecacatan.
Namun, apa yang saya belajar, apabila tiba musim hujan, sediakan kulit telur untuk tanaman anda.
Rujukan
- http://gardening.stackexchange.com/questions/7877/why-are-my-chilli-pepper-leaves-curling-and-new-flowers-are-falling-off
- http://www.pthorticulture.com/en/training-center/role-of-calcium-in-plant-culture/
- http://mgofmc.org/docs/nutrientdeficiency.pdf
- http://www.doityourself.com/stry/soil-solutions-calcium-deficiency-easy-fix-guide
- http://www.gardeningknowhow.com/garden-how-to/soil-fertilizers/milk-fertilizer.htm
Ulasan
Catat Ulasan