Melayu/English
"...pokok mulberry tidak cerewet"Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam.
Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry?
Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry dengan;- Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau
- Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.
Keratan mulberry pertama penulis 😄 |
Apakah Cara yang Terbaik Menumbuhkan Keratan Mulberry?
Tidak semua keratan akan menumbuhkan dedaun yang baru. Namum begitu, penulis perhatikan lebih banyak keratan menumbuhkan dedaun yang baru apabila keratan tersebut direndam di dalam air.Keratan kedua yang dibeli |
Apakah Penjagaan yang Diperlukan Pokok Mulberry?
1. Penanaman. Keratan yang telah berdaun boleh ditanam di dalam bekas ataupun ditanam terus ke dalam tanah. Saiz bekas yang paling optimum untuk pokok mulberry adalah bekas 1-gallon. Isikan bekas tersebut dengan tanah pasu (potting soil) yang terdapat dalam pasaran, ataupun mana-mana jenis tanah, asalkan sistem salirannya bagus. Ini kerana, pokok mulberry tidak cerewet. Pokok ini boleh ditumbuhkan dikawasan yang menerima cahaya matahari penuh atau separa.2. Penjagaan. Siram pokok mulberry supaya tanahnya basah (bukan lembap ataupun bertakung). Untuk pembajaan, letak samada kompos matang, atau baja organik. atau baja NPK 10-10-10, atau baja yang mengandungi zat besi, zink, manganese, magnesium, molybdenum, copper atau boron. Pokok mulberry tidak memerlukan banyak pembajaan seperti pokok tomato. Dianjurkan untuk melakukan pemangkasan berkala, terutama apabila terdapat dedaun kering untuk mengelakkan penyebaran penyakit dan membantu pengudaraan disekeliling pokok. Elakkan dari memangkas semasa buah sedang terbentuk.
3. Mengutip buah. Pokok mulberry berbuah agak cepat. Namun begitu, dianjurkan untuk membuang buah mulberry yang terbentuk pada peringkat awal keratan supaya sumber tenaga pada peringkat tersebut tertumpu pada pembentukan akar.
Bagaimana Cara untuk Menjadikan Pokok Mulberry Berbuah Lebat?
1. Air. Pokok mulberry akan menggugurkan buahnya samada sudah masak atau belum, apabila bahagian akar menjadi kering.2. Memangkas. Salah satu panduan popular adalah untuk membuang semua daun selepas buah matang untuk menggalakkan pembentukan buah pada musim berikutnya. Penulis akan mencuba kaedah ini dan sebarang perkembangan akan dikongsikan di mukabuku Laman Lily.
Bagaimana Memangkas Boleh Menggalakkan Pembentukan Buah?
Pokok mulberry boleh menjadi monoecious (bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada tumbuhan yang berlainan) ataupun dioecious (bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok yang sama). Namun begitu, keadaan ini boleh bertukar sekiranya pokok berada dalam keadaan stress; mungkin ini sebabnya kenapa pokok mulberry yang sebelum ini tidak berbuah (sekiranya pokok jantan) kini sudah boleh berbuah.Rujukan
1. How to Start Growing a Mulberry Tree From Another Tree.2. Growing mulberry plants from cuttings.
3. Mulberries (Morus nigra).
4. How to Care for a Mulberry Tree.
5. How to Get More Fruit from a Mulberry Tree.
6. Mulberry Pruning and the Bearing of Fruit.
7. Mulberry breeding, cultivation and utilization in Japan.
Ulasan
Catat Ulasan