Langkau ke kandungan utama

Biji Benih: Beza antara Benih "Heirloom", Pendebungaan Terbuka, Hibrid, Bukan-Hibrid dan "GMO".


Pernahkah para pembaca melihat label ini pada bungkusan biji benih dan tertanya...Apa itu benih GMO? F1 Hibrid? Benih Hibrid? Sebelum itu...

Apa itu Biji Benih?

Biji benih merupakan unit pembiakan tumbuhan berbunga yang mampu tumbuh dan berkembang menjadi tanaman yang baru.

Benih labu, tembikai, lobak merah dan satu lagi saya lupa...😄

Biji benih terbentuk sesudah debunga disenyawakan dan matang dalam tumbuhan induk. Proses pendebungan (perpindahan debunga jantan ke bunga betina) merupakan faktor penentu samada benih tersebut adalah "Heirloom" (benih warisan), Hibrid atau bukan-Hibrid.

Apa itu Benih bukan-Hibrid? 

Benih bukan-Hibrid terbentuk hasil pendebungaan secara semulajadi. Benih bukan-Hibrid juga dikenali sebagai Benih Pendebungaan Terbuka (open pollinated seeds) atau Benih Warisan/Benih Pusaka (heirloom seeds).

Apa itu Benih "Heirloom" (Benih Warisan)? 

Benih tanaman "Heirloom".


Apa itu Tanaman "Heirloom"?
Secara amnya merujuk kepada sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah ditumbuhkan dalam suatu tempoh masa tertentu manakala sesetengah hortikulturis (horticulturists) mendefinasikan tanaman "Heirloom" sebagai kultivar yang dihasilkan sebelum 1951, sebelum pembentukan benih hibrid.


Apakah Kebaikan dan Kelemahan Tanaman "Heirloom"? 
Kebaikan - Rasa dan warna yang lebih bermutu, saiz yang lebih besar, penghasilan yang lebih banyak dan yang paling penting, mengekalkan kepelbagaian genetik dalam tanaman.

Kelemahan - Lemah terhadap serangan serangga dan penyakit seperti penyakit layu akibat Verticillium and Fusarium.

Apa itu Benih Hibrid?

Biji benih hibrid dihasilkan melalui pendebungaan terkawal daripada dua varieti yang mempunyai ciri-ciri tertentu (contohnya tahan kemarau dan tahan penyakit) supaya benih yang terhasil mempunyai kedua-dua ciri tersebut, i.e. pokok yang tahan kemarau dan tahan penyakit.


Apakah Maksud "FI-Hybrid"? 
F1 merujuk kepada generasi pertama, iaitu biji benih pertama yang terbentu hasil pendebungaan terkawal daripada dua varieti yang berbeza.


Apakah Perbezaan antara Benih Hibrid dan Benih "Heirloom"? 
Ciri-ciri biji benih. Benih daripada tumbuhan "heirloom" terbentuk hasil daripada pendebungaan terbuka (open pollination) dimana ciri-ciri tumbuhan induk diwarisi oleh biji benih. Sekiranya benih tersebut bercambah menjadi tumbuhan dan membentuk benih baru, benih yang baru juga akan mewarisi ciri-ciri yang sama daripada tanaman induk. Ini berbeza dengan benih hibrid; benih hibrid generasi pertama (F1-Hybrid) terbentuk hasil pendebungaan dua induk yang berlainan. Apabila benih-F1 ini bercambah, tumbuh bersenyawa dan menghasilkan benih baru (F2), ciri-ciri yang terkandung didalam benih F2 tidak semestinya sama dengan ciri-ciri yang terdapat dalam tumbuhan-F1 atau tumbuhan induk (tanaman asal yang digunakan untuk  menghasilkan benih-F1).


Apakah Kelemahan Menggunakan Benih Hibrid?
Benih tidak stabil. Biji benih Hibrid-F1 lazimnya lebih berkualiti namun hanya boleh digunakan untuk satu generasi sahaja. Benih yang terbentuk daripada tumbuhan F1 (benih-F2) tidak semestinya akan tumbuh sepertimana tumbuhan F1 dan adakalanya, benih-F2 tidak akan bercambah langsung.


Patutkah Menggunakan Benih Hibrid atau Benih Bukan Hibrid? 
Terpulang. Kedua-dua benih hibrid dan benih bukan hibrid mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Benih hibrid lazimnya tumbuh dengan lebih baik, lebih tahan penyakit lalu mengurangkan penjagaan tanaman. Namun begitu, benih hibrid agak mahal sedikit dan benih hasil tumbuhan hibrid tidak stabil.

Benih bukan hibrid wujud dalam pelbagai varieti dan biji benih lazimnya sama dengan tumbuhan induk. Namun begitu benih bukan hibrid agak lemah terhadap serangan penyakit dan membentuk hasil yang lebih sedikit berbanding dengan tumbuhan hibrid.

Apa pula GMO?

GMO adalah singkatan kepada "Genetically Modified Organisms" atau Organisma Terubah suai secara Genetik atau secara spesifiknya, terubah suai secara genetik hasil campur tangan manusia.

Selamatkah Menggunakan Benih GMO?

Benih GMO lazimnya diuji beberapa tahun untuk memastikan ianya selamat digunakan. Secara peribadi, penulis lebih cenderung untuk tidak menggunakan benih GMO.

Penggunaan baja kimia 50 tahun dahulu dianggap sebagai bagus sehinggalah kajian mendapati ia menyebabkan pencemaran sumber air bawah tanah, pemanasan sedunia melalui pembebasan gas rumah hijau dan pelbagai lagi.

Maka dalam penggunaan benih GMO, penulis mengambil sikap berhati-hati untuk tidak menggunakannya kerana kesan jangka panjang GMO masih lagi tidak diketahui.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.