Melayu/English
Pengenalan
Pada penulisan sebelum ini, penulis telah berkongsi bahawa kelainan keupayaan bukanlah penghalang untuk berkebun, apa yang diperlukan adalah kaedah yang bersesuaian.
Pada penulisan ini, penulis ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina kebun/taman yang mesra terhadap pengguna kerusi roda.
Istilah "Kebun Mesra Pengguna Kerusi Roda" mempunyai dua maksud;
Pada penulisan ini, penulis ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina kebun/taman yang mesra terhadap pengguna kerusi roda.
Istilah "Kebun Mesra Pengguna Kerusi Roda" mempunyai dua maksud;
- Kebun yang mesra terhadap pengguna kerusi roda untuk melawat.
- Kebun yang mesra untuk pengguna kerusi roda berkebun.
Contoh kebun mesra pengguna kerusi roda; laluan yang lebar, mendatar dan melengkung, disamping menggunakan konsep penanaman batas. Sumber gambar: Permaculture Research Institute. |
Kenapa perlu ada Kebun Mesra Pengguna Kerusi Roda?
Kerana ianya memanfaatkan ramai, tidak terhad kepada pengguna kerusi roda.
2. Laluan yang lebar, mendatar dan mempunyai sudut yang melengkung (curvy corners), serta tanjakan (ramp) bagi kebun yang mempunyai aras yang berlainan untuk memudahkan pergerakan pengguna kerusi roda.
Apakah Ciri-Ciri Kebun yang Mesra Pengguna Kerusi Roda?
1. Pintu/Pagar yang lebar dan tanpa bendul untuk memudahkan pengguna kerusi roda keluar dan masuk kebun atau rumah hijau.
Contoh rumah hijau mesra pengguna kerusi roda; pintu yang lebar dan tanpa bendul. Sumber gambar: Primrose.co.uk. |
2. Laluan yang lebar, mendatar dan mempunyai sudut yang melengkung (curvy corners), serta tanjakan (ramp) bagi kebun yang mempunyai aras yang berlainan untuk memudahkan pergerakan pengguna kerusi roda.
Tanjakan bagi kebun yang berlainan aras. Sumber gambar: Trusted Tree Surgeons. |
3. Penanaman Batas (Raised Beds). Penanaman batas mengelakkan pengguna kerusi roda dari membongkok lalu membebankan bahagian belakang badan. carryongardening.org.uk telah menulis garis panduan yang menarik bagaimana untuk membina batas disini. Bina batas yang bersesuaian untuk keperluan anda.
Kalau para pembaca berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penanaman batas, boleh lihat disini. Penulis menyukai semua dan berharap untuk memiliki batas ini;
4. Potting Bench, atau meja berkebun. Meja untuk melakukan aktiviti kebun seperti memasukkan tanah ke dalam pasu, menyemai benih atau menjaga anak pokok selain boleh digunakan untuk menyimpan peralatan kebun, pasu atau tanah.
Memiliki meja berkebun nampaknya menarik; pada waktu ini, bekas semaian, anak pokok, pasu dan tanah penulis berada di kawasan yang berlainan...dengan erti kata lain, berselerak 😆. Mempunyai meja atau sudut berkebun bermakna hanya satu kawasan sahaja yang akan kotor.
5. Perkakas Bekebun dan Pasu. Kebanyakan aktiviti berkebun menggunakan perkakas maka perkakas yang bersesuaian untuk pengguna kerusi roda adalah ringan dan disesuaikan dengan keperluan diri. Begitu juga dengan pasu yang ringan supaya mudah untuk anda memindahkannya tanpa membebankan bahagian tulang belakang.
6. Kemas dan tersusun. Kebun yang kemas dan tersusun boleh mengurangkan kemalangan dari berlaku. Ini termasuk meletakkan kemudahan (utility) seperti kepala paip; salah satu cadangan yang penulis baca adalah dengan meletak beberapa kepala paip di kawasan yang strategik bagi mengelakkan penggunaan paip getah yang panjang yang boleh menyebabkan kemalangan.
Batas ini dipanggil "Terraform Wheelchair Accessible Garden" Sumber gambar: livingmadeeasy.org.uk. |
Batas ini dipanggil "Green Circle Raised Bed Garden". Ciptaan ini menarik kerana ianya menggabungkan Penanaman Batas + Hidroponik. Sumber gambar: Green Circle Garden. |
Gambar ini sangat menarik. Penulis boleh membayangkan warga emas berkumpul dan berkongsi cerita semasa berkebun. Sumber gambar: Tumblr. |
Kalau para pembaca berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penanaman batas, boleh lihat disini. Penulis menyukai semua dan berharap untuk memiliki batas ini;
Batas Bertingkat atau "Tiered Raised Bed". Penulis boleh menanam pokok buah-buahan didalam batas tertinggi, jagung atau tomato dalam batas sederhana, sayur-sayuran dalam batas terendah 😜. Sumber gambar: wonkeedonkeeforestgarden.co.uk. |
Contoh potting bench. Sumber gambar: Primrose.co.uk. |
Memiliki meja berkebun nampaknya menarik; pada waktu ini, bekas semaian, anak pokok, pasu dan tanah penulis berada di kawasan yang berlainan...dengan erti kata lain, berselerak 😆. Mempunyai meja atau sudut berkebun bermakna hanya satu kawasan sahaja yang akan kotor.
5. Perkakas Bekebun dan Pasu. Kebanyakan aktiviti berkebun menggunakan perkakas maka perkakas yang bersesuaian untuk pengguna kerusi roda adalah ringan dan disesuaikan dengan keperluan diri. Begitu juga dengan pasu yang ringan supaya mudah untuk anda memindahkannya tanpa membebankan bahagian tulang belakang.
Contoh perkakas berkebun yang disesuaikan untuk keperluan pengguna kerusi roda. Sumber gambar: nmeda. |
6. Kemas dan tersusun. Kebun yang kemas dan tersusun boleh mengurangkan kemalangan dari berlaku. Ini termasuk meletakkan kemudahan (utility) seperti kepala paip; salah satu cadangan yang penulis baca adalah dengan meletak beberapa kepala paip di kawasan yang strategik bagi mengelakkan penggunaan paip getah yang panjang yang boleh menyebabkan kemalangan.
Bagaimana untuk Bermula?
Mungkin ada pengguna kerusi roda yang minat untuk berkebun namun tidak pasti, bagaimana cara untuk bermula? Sejujurnya, jawapan ini adalah sekadar teori. Sekiranya soalan ini ditanya kepada penulis, penulis akan mencadangkan untuk bermula secara kecil-kecilan (sebuah meja, sebiji pasu, satu paket tanah dan biji benih) dan bermula dengan satu tumbuhan; samada tanaman herba seperti selasih atau bangun-bangun, tumbuhan berbunga seperti ros jepun, pokok buah-buahan seperti betik atau mulberry. Contoh tumbuhan ini adalah tumbuhan yang pernah ditanam atau ditumbuhkan oleh penulis. Apabila sudah biasa dengan satu tumbuhan, boleh menambah tanaman kedua, ketiga dan seterusnya.Kesimpulan
Ciri-ciri yang disenaraikan hanyalah bersifat umum; semakin banyak penulis membaca berkenaan topik ini, semakin menarik kerana terdapat pelbagai cara untuk membina kebun mesra pengguna kerusi roda. Ini bermakna, kesedaran terhadap keperluan pengguna kerusi roda semakin meluas dan ini adalah suatu perkembangan yang menarik.Catatan Penulis
Sekiranya terdapat para pembaca yang terdiri dari kalangan OKU dan mendapati kesilapan pada penulisan penulis, jangan ragu-ragu untuk membetulkan penulis.Rujukan
2. Creating an Accessible Garden for Disabled Gardeners.
3. Rujukan disertakan didalam penulisan 😈.
3. Rujukan disertakan didalam penulisan 😈.
Ulasan
Catat Ulasan