Langkau ke kandungan utama

Floria Diraja Putrajaya 2018

Melayu/English

Tahun ini merupakan tahun pertama penulis menghadiri Floria Diraja Putrajaya; penulis mengetahui tentang pameran ini melalui laman Mukabuku dan agak teruja untuk melihat bagaimana tanaman berbunga ini dipamerkan.

Penulis membeli tiket melalui talian laman Floria Diraja Putrajaya 2018 dan sampai di Putrajaya sebelum jam 9 pagi.

Sebaik sahaja sampai, penulis terus masuk dan disambut dengan pokok-pokok Chrysanthemum, Balung Ayam (Celosia), Ros dan pelbagai lagi. Terdapat pokok menunjukkan tanda-tanda mulai layu manakala sebahagian lagi menunjukkan tanda-tanda kecederaan akibat hujan.
Warna merah pokok balung ayam (Celosia) berkontra dengan
cantiknya dengan warna hijau tumbuhan renek.

Dari pintu utama, penulis pergi ke Kebun Diraja (Royal Garden) yang merupakan salah satu tarikan utama. Dari Laman Diraja, penulis hanya sempat menziarahi Kebun Mini (Miniature Garden) dan Kebun Ajaib/Dongeng (Wonder Garden) sebelum pulang ke rumah disebabkan urusan lain.

Sangat cantik bila tumbuhan berbunga diletak berhampiran tumbuhan berkayu.

Pendapat Penulis?

Penulis sangat gembira melihat kepelbagaian bunga yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2018 dan banyak ilmu baru yang dapat penulis timba. Pembelian tiket dalam talian sangat memudahkan urusan disamping kepelbagaian gerai makanan dan minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Terdapat juga gerai jualan tanaman dan produk pertanian dan yang susun atur didalam Floria Diraja ini mesra kerusi roda.

Koleksi bunga raya yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2018.

Koleksi bunga ros di Floria Diraja Putrajaya 2018.
Pertama kali penulis melihat bunga ros warna ungu dengan mata sendiri.

Bunga calla lily...agak sayang tanaman ini tidak dilabel kerana banyak pengunjung
yang bertanya tentang tanaman ini.

Sangat cantik bunga orkid yang terdapat disini.

Kepelbagaian bunga orkid yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2018.

Pesanan Penulis

Sekiranya terdapat para pembaca yang berminat untuk hadir;
  • Tiket dalam talian. Penulis sangat menganjurkan untuk membeli tiket dalam talian untuk mengelakkan diri dari beratur; hanya perlu cetak dan tunjukkan pada penjaga di pintu masuk.
  • Payung. Pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan sangat bersesuaian memandangkan cuaca di Malaysia ini adakalanya tidak menentu, kadangkala hujan, kadangkala panas. Mana-mana cuaca pun sesuai untuk menggunakan payung 😉.
  • Air mineral. Walaupun terdapat banyak gerai makanan dan minuman, membawa bekalan air sendiri memudahkan penulis untuk menghilangkan dahaga terutama pada cuaca panas.
  • Kasut bersesuaian. Pameran ini agak besar dan menggunakan kasut yang bersesuaian membantu para pengunjung menikmati pameran ini tanpa kesakitan pada kaki.

Kritikan Penulis

Sekiranya penulis mempunyai kritikan, hanya satu sahaja iaitu Sistem Meletak Kereta; padang telah disediakan untuk meletakkan kereta namun ia adalah tanpa panduan atau arah dimana pintu masuk dan pintu keluar serta had kawasan meletak kereta kerana ada pemilik kereta yang tidak mampu berfikir meletakkan kereta mereka di laluan keluar-masuk kereta menyebabkan kesesakan untuk keluar-masuk tempat meletak kereta.

Akhir kata...

Penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur (Perbadanan Putrajaya) kerana menganjurkan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Sekiranya terdapat para pengunjung berminat untuk hadir, program ini bermula pada 25 Ogos 2018 hingga 2 September 2018 dari jam 9 pagi - 10.30 malam (isnin - khamis) atau dari jam 9 pagi - 12 tengah malam (jumaat - ahad) di Putrajaya, Malaysia.

Salah satu pokok bonsai yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2018.
Lagi banyak gambar boleh dilihat di Mukabuku Laman Lily.

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .