Langkau ke kandungan utama

Bolehkah OKU Bertani?

Bolehkah OKU Bertani?

"Apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian"
Penulis pernah bertanya soalan ini kepada seorang rakan penulis yang buta. Jawapannya adalah, "Ya!"

Penulis turut dimaklumkan bahawa orang buta di Malaysia dulu dilatih untuk bercucuk tanam. Sejujurnya, maklumat ini mengejutkan kerana penulis tidak dapat membayangkan bagaimana orang buta bercucuk-tanam...sebenarnya ada caranya, cuma perlu disesuaikan dengan orang buta. Contohnya adalah kisah En. Sanapi Hasyim.

Kejayaan En. Sanapi membuktikan bahawa warga OKU boleh bercucuk-tanam; apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian. Sebagai contoh, penulis pernah ber-ura-ura bahawa konsep 'Elevated Raised Bed' sesuai untuk mereka yang berkerusi-roda.

Namun begitu, istilah OKU sebenarnya agak luas kerana ia merangkumi;
  • Amputasi (Amputation)
  • Artritis (Arthritis)
  • Kecederaan kepala (Head injury)
  • Kecederaan otak (Brain injury)
  • Kecederaan saraf tunjang/lumpuh (Paralysis)
  • Masalah pendengaran (Hearing impairments)
  • Masalah penglihatan (Visual impairments)
  • Masalah pernafasan (Respiratory impairments)
  • Masalah tulang belakang (Back impairments)
  • Palsi serebrum (Cerebral palsy)
  • Penyakit yang melumpuhkan (Disabling diseases)
Konsep OKU Bertani ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing, Laman AgrAbility berdedikasi untuk memperbaiki taraf hidup warga OKU yang terlibat dalam bidang pertanian. 

Contoh konsep OKU Bertani yang diamalkan di Kansas, USA; 


Kesimpulannya, warga OKU pada hemah penulis mempunyai potensi yang besar dalam bidang pertanian. Apa yang perlu adalah mengadaptasi kaedah yang digunakan dalam aktiviti berkebun kepada kesesuaian warga OKU.

Ulasan

Panduan Popular

Bangun-Bangun (Plectranthus amboinicus)

Semasa berhari raya, saya menziarahi jiran lama dan dihadiahi dengan pokok bangun-bangun. Pesannya "cucuk je dalam tanah, nanti tumbuhlah". Memang benar, tanaman ini bertahan sepanjang perjalanan pulang dari kampung dan tumbuh mencanak-canak pada musim hujan. Daun pokok bangun-bangun. Pokok bangun-bangun juga dikenali dengan nama Spanish thyme , Indian borage , Mexican mint dan Cuban oregano . Disebabkan ini adakalanya pokok bangun-bangun disalah anggap sebagai pokok oregano . Kesilapan ini kemungkinan berpunca kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai bau yang sama, walaupun bau pada pokok bangun-bangun adalah lebih kuat (dan sedap baunya 👃) Gambar kiri, atas : Daun oregano . Gambar kanan, bawah : Daun bangun-bangun. Perhatikan perbezaan dari segi bahagian sisi, ketebalan dan corak urat daun.