(Dari kiri) Asparagus putih, hijau dan ungu. Sumber gambar: Eating Well. |
Asparagus merupakan tanaman perennial dimana tanaman ini mampu hidup untuk beberapa tahun lamanya. Tanaman asparagus dilaporkan mampu memberikan hasil sehingga 25-30 tahun! 😲. Namun begitu, jangka hayat asparagus di negara-negara tropika seperti Malaysia jauh lebih pendek; ketiadaan musim sejuk (dimana tanaman asparagus lazimnya menjadi dorman) mengurangkan jangka hayat tanaman asparagus di negara-negara tropika.
Khasiat Pemakanan Asparagus
Asparagus ditanam sebagai sumber makanan; asparagus merupakan salah satu tanaman yang mempunyai kandungan nutrisi yang agak seimbang; kaya dengan asid folik, potassium, serat, thiamin, vitamin A, B6 dan C justeru ia memanfaatkan kesihatan dari segi;Manfaat pemakanan asparagus untuk kesihatan. Sumber gambar dan rujukan: Organic Facts. |
Asparagus boleh ditumbuhkan melalui 2 cara;
- Biji benih.
- Keratan akar (Asparagus crown). Ianya merujuk pada keratan akar tanaman asparagus yang telah berusia 1 tahun. Penumbuhan asparagus melalui akar adalah pilihan ramai kerana mengurangkan masa 1 tahun untuk menuai hasil asparagus.
Fakta Menarik tentang Asparagus
1. Nama "Asparagus" berasal dari perkataan Greek yang bermaksud "pucuk (shoot)" atau "cambah (sprout)".
2. Asparagus yang lazimnya dijual di pasaraya berwarna hijau. Asparagus putih merupakan asparagus hijau yang ditumbuhkan dalam keadaan tanpa cahaya matahari lalu mengelakkan klorofil (pigmen hijau tumbuhan) daripada terbentuk. Menumbuhkan asparagus putih memerlukan tenaga kerja yang banyak menyebabkan harga asparagus putih lebih mahal berbanding dengan asparagus hijau.
3. Varieti asparagus ungu dihasilkan di Italy. Ia mengandungi kira-kira 20% lebih kandung gula tumbuhan berbanding dengan asparagus hijau/putih sekaligus memberikannya rasa yang berlainan. Warna ungu adalah disebabkan oleh pigmen anthocyanini; pigmen ini adalah anti-oksida yang bermanfaat untuk kesihatan kerana ia mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser.

4. Tumbuhan asparagus mempunyai tanaman jantan dan tanaman betina. Tanaman jantan tumbuh lebih besar dan tebal disamping mempunyai bunga yang lebih besar manakala tanaman betina bersaiz lebih kecil dan kurus selain daripada menghasilkan biji benih yang berbentuk seperti "berry". Tanaman betina bersaiz lebih kecil kerana kebanyakan sumber tenaganya digunakan untuk menghasilkan biji benih yang baru.
Tanaman asparagus mempunyai dua fasa pertumbuhan; pembentukan dedaun (fern) dan pucuk/bilah (spear). Bahagian dedaun terbentuk dahulu untuk menyimpan sumber karbohidrat didalam akar sehingga bahagian dedaun tersebut bertukar warna daripada hijau kepada kuning dan coklat. Potong bahagian dedaun. Karbohidrat yang tersimpan didalam tanah kemudian membentuk pucuk/bilah asparagus yang baru; pucuk/bilah inilah yang dikutip untuk santapan anda.
Penanaman melalui akar. Bersihkan batas daripada rumpai, gemburkan tanah dan tambahkan kompos matang ke dalam tanah. Pada batas tersebut, gali "parit" (trenches) pada kelebaran 12 inci dan kedalaman 6 inci (4 inci sekiranya tanah padat dan 8 inci bagi tanah berpasir). Letak akar pada jarak 12-18 inci antara satu sama lain dalam satu barisan yang berjarak 4-5 kaki dengan barisan lain. Ratakan akar pada permukaan tanah dengan bahagian pucuk menghala ke atas sebelum melitupi akar tersebut dengan tanah.
Siraman. Siram untuk basahkan tanah namun elakkan air dari bertakung.
Sungkupan. Letakkan sungkupan setebal 4-8 inci disekeliling tanaman asparagus. Ketiadaan sungkupan menggalakkan pertumbuhan rumpai yang akan bersaing sumber air, nutrien dan kawasan sekaligus merencat pertumbuhan tanaman asparagus.
Pemangkasan. Buang dedaun kering pada tanaman asparagus dengan memotong kira-kira 2 inci atas permukaan tanah.
Serangan serangga. Cutworms (Spodoptera litura), Kumbang asparagus, Ulat (Slugs termasuk cacing, lintah dsb).
Serangan penyakit. Karat, Reput pada umbut (Crown rot).
Cara mengutip. Potong pucuk/bilah asparagus apabila ia telah tumbuh setinggi 8 inci; potong pada paras permukaan tanah.
Kitar Hidup Asparagus
Bahagian dedaun asparagus. |
Tanaman asparagus mempunyai dua fasa pertumbuhan; pembentukan dedaun (fern) dan pucuk/bilah (spear). Bahagian dedaun terbentuk dahulu untuk menyimpan sumber karbohidrat didalam akar sehingga bahagian dedaun tersebut bertukar warna daripada hijau kepada kuning dan coklat. Potong bahagian dedaun. Karbohidrat yang tersimpan didalam tanah kemudian membentuk pucuk/bilah asparagus yang baru; pucuk/bilah inilah yang dikutip untuk santapan anda.
Kitar hidup Asparagus. Sumber: Michigan State University. |
Percambahan Benih Asparagus
Penulis pernah mencuba beberapa cara untuk mencambahkan benih asparagus dan cara terbaik (setakat ini) yang memberikan hasil adalah dengan meletakkan biji asparagus diantara dua lapisan tisu basah (penulis menggunakan kitchen towel) sehingga keluar radicle (akar biji benih) sebelum dipindahkan ke dalam seedling tray (dimana penulis mengisinya dengan cocopeat).Biji benih asparagus yang dicambahkan di antara dua lapisan tisu sehingga akar benih terbentuk sebelum dipindahkan ke dalam seedling tray. |
Perkembangan anak pokok asparagus. |
Penanaman Asparagus
Penyediaan tanah. Tanaman asparagus tidak menyukai air bertakung maka tanah seharusnya mempunyai sistem saliran (drainage) yang baik. Dianjurkan untuk menanam asparagus diatas batas (raised beds) bagi mengelakkan dari air dari bertakung. Penyediaan tanah adalah penting kerana penanaman akar asparagus didalam tanah yang optimum boleh menumbuhkan asparagus baru sepanjang 10 inci (25.4 cm) dalam tempoh 24 jam. Lelaman The Garden of Eating ada menunjukkan gambar perkembangan penumbuhan asparagus melalui umbut.Penjagaan Asparagus
Pembajaan. Tanaman asparagus memerlukan bekalan nutrien yang banyak terutamanya nitrogen (selepas mengutip hasil) dan fosforus. Pada tanaman muda, dianjurkan untuk meletak baja NPK 10-10-10 atau 15-15-15 manakala sebelum pembentukan pucuk/bilah asparagus, baja yang kaya dengan fosforus seperti bone meal atau fish meal (NPK 8-12-2). Tanaman asparagus mudah lecur apabila terkena kandungan kimia dalam baja maka dianjurkan untuk melarutkan baja dan siram disekeliling tanaman asparagus. Kompos matang turut dianjurkan ditabur disekeliling tanaman sekurang-kurangnya dua kali setahun .Siraman. Siram untuk basahkan tanah namun elakkan air dari bertakung.
Sungkupan. Letakkan sungkupan setebal 4-8 inci disekeliling tanaman asparagus. Ketiadaan sungkupan menggalakkan pertumbuhan rumpai yang akan bersaing sumber air, nutrien dan kawasan sekaligus merencat pertumbuhan tanaman asparagus.
Pemangkasan. Buang dedaun kering pada tanaman asparagus dengan memotong kira-kira 2 inci atas permukaan tanah.
Serangan penyakit. Karat, Reput pada umbut (Crown rot).
Mengutip Asparagus
Masa yang sesuai. Tanaman asparagus mengambil masa kira-kira 3 tahun bagi penanaman dari biji benih manakala 2 tahun sekiranya ditanam daripada umbut sebelum hasilnya boleh dikutip. Asparagus tidak dikutip pada tahun pertama untuk membiarkan bahagian akarnya terbentuk. Pada tahun kedua, buang bahagian dedaun yang telah mati; sekiranya terdapat pucuk/bilah asparagus baru yang terbentuk, dibolehkan untuk mengutip hasil asparagus sekiranya saiznya lebih besar dari sebatang pensel. Hasil pada tahun kedua lazimnya bertahan 2-3 minggu sahaja berbanding dengan hasil pada tahun-tahun yang lain dimana boleh dikutip selama 8 minggu lamanya.Cara mengutip. Potong pucuk/bilah asparagus apabila ia telah tumbuh setinggi 8 inci; potong pada paras permukaan tanah.
Rujukan
1. Asparagus: Planting, Growing and Harvesting.
2. The Health Benefits of Asparagus.
3.The 3 Colors of Asparagus.
4. A Vegetable to Invest In.
5. How to Plant Asparagus in a Container.
6. Planting Asparagus Crowns - Investing In a Tasty Future.
7. Organic Gardening. All About Asparagus.
8. How to Plant Asparagus.
9. Asparagus.
10. Asparagus Mulching.
11. 9 Soil Tips for Growing Better Asparagus.
12. Fertilizing Asparagus.

Ulasan
Catat Ulasan