Langkau ke kandungan utama

Inovasi dalam Dunia Perkebunan I

Pengenalan

Aktiviti perkebunan pada asasnya dilakukan di atas tanah; menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah kebun bermaksud "tanah yang tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran, ladang kecil"

Pada hari ini, aktiviti perkebunan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai tanah sahaja. Teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja berkebun dan dimana sahaja asalkan mempunyai minat.

Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pembaca konsep-konsep dan inovasi-inovasi terkini yang terdapat di pasaran. Diharap maklumat yang dikongsikan memudahkan para pembaca untuk bercucuk-tanam.

Penanaman dalam Pasu

Sebelum ini, tanaman dalam pasu lazimnya merujuk kepada tanaman bunga namun pada hari ini, konsep ini diperluaskan kepada;
  1. Penanaman dalam Bekas. Konsep ini menekankan bahawa banyak bekas boleh dikitar-semula dan diguna-pakai dalam aktiviti perkebunan. Yang penting, saiz bekas haruslah sepadan dengan saiz tanaman i.e. lebih besar tanaman, lebih besar bekas yang digunakan.
  2. Kebun Beranda (Edible Balcony). Asas konsep ini adalah penanaman dalam bekas namun ianya memfokus kepada penduduk bandar yang hanya mempunyai beranda untuk melakukan aktiviti perkebunan
Buku rujukan utama penulis untuk konsep Penanaman dalam Bekas. Istilah 'Bible' dalam konteks ini merujuk kepada 'Buku'.

Buku rujukan utama penulis untuk konsep Kebun Beranda.

Salah satu manfaat Penanaman dalam Pasu adalah membolehkan tumbuhan ditumbuhkan dalam bangunan

Contoh Penanaman dalam Pasu (Kiri) Limau, Avocado dan Betik.

Perkebunan Bertingkat (Vertical Gardening)

...bertujuan untuk memaksimakan pengeluaran tanaman dalam sesebuah kawasan.
Istilah Vertical Gardening diterjemah secara harfiah kepada 'Perkebunan Menegak'. Namun begitu, konsep ini lebih tepat diterjemah sebagai 'Perkebunan Bertingkat' dimana tanaman ditanam secara bertingkat untuk memaksimakan pengeluaran tanaman dalam sesebuah kawasan.

Konsep ini sesuai bagi mereka yang mempuyai ruang kecil untuk bercucuk tanam. Diantara produk yang boleh digunakan adalah;
Image result for stackable home garden
Stackable Home Garden Planters.
Image source: AliExpress.

Image result for vertical garden pots
Vertical Garden Kit.
Image source: ebay.

Related image
Pocket Hanging Vertical Garden.
Image source: ebay.

Related image
Tier Planter.
Image source: Home Depot.

Artikel berkaitan;

Ulasan

Panduan Popular

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.