"Penggunaan coco peat merupakan kaedah yang organik sekaligus membantu mencapai kemampanan dalam perkebunan"
Bungkusan coco peat yang terdapat di pasaran. |
Coco peat merupakan medium alternatif kepada tanah yang diperbuat daripada sabut kelapa. Ianya juga dikenali sebagai coir atau coir dust.
Penggunaan coco peat adakalanya disamakan dengan penggunaan Sphagnum moss kerana kedua-dua bahan ini bersifat organik, menawarkan sebagai medium alternatif kepada tanah serta mempunyai pH yang bersifat sedikit asid.
Kelebihan Coco peat
- Mampu menyimpan air yang banyak (bagus untuk penggunaan musim panas/kemarau).
- Kadar pengudaraan yang sederhana (kalau air terlampau banyak, coco peat akan menjadi padat).
- Mempunyai ciri anti-kulat (bagus sebagai langkah pencegahan damping off).
- Organik. Ini penting untuk menjadikan kebun anda sebagai kebun yang mampan.
Cara Menggunakan Coco peat
Terdapat dua cara coco peat ini boleh digunakan;
Ada beza dari sudut tekstur coco peat sebelum dan selepas ianya direndam; coco peat yang belum direndam kasar dan ada rasa sedikit tajam (tidak setajam jarum atau duri) manakala coco peat yang telah direndam lembut rasanya, seronok pula 'bermain' dengan coco peat yang telah direndam 😁.
- Medium tanaman.
- Sebagai sungkupan.
Penting: Sebelum menggunakan, hendaklah rendam coco peat didalam air dan biarkan selama 1-2 jam, bergantung pada jenis coco peat yang diperoleh. Cocopeat yang penulis beli hanya memerlukan 15 minit sahaja, bagus kan? Jimat masa. Kemudian, gaulkan coco peat untuk menjadikannya gebu.
Gambar: Panduan bergambar untuk merendam cocopeat untuk kemudahan para pengguna. |
Gambar 1: Blok coco peat diletakkan didalam bekas yang besar. Gambar 2: Coco peat yang sudah siap direndam dan digaul. Gambar 3: Coco peat sedia untuk digunakan. |
Ada beza dari sudut tekstur coco peat sebelum dan selepas ianya direndam; coco peat yang belum direndam kasar dan ada rasa sedikit tajam (tidak setajam jarum atau duri) manakala coco peat yang telah direndam lembut rasanya, seronok pula 'bermain' dengan coco peat yang telah direndam 😁.
Penggunaan sebagai medium tanaman;
- Coco peat yang telah direndam dan digaulkan boleh diletak didalam pasu bagi menggantikan tanah. Kemudian tanam anak pokok/benih sama seperti tanam dengan menggunakan tanah.
- Boleh juga campur coco peat + tanah pada nisbah 2:1 untuk mendapat manfaat nutrien dalam tanah serta manfaat air dari coco peat.
- Penggunaan coco peat sebagai medium alternatif tanah boleh diguna-pakai untuk tanaman berikutnya. Namun dianjurkan menjadikannya sebagai kompos setelah 4 tahun digunakan
Ulasan
Catat Ulasan