Langkau ke kandungan utama

Daun Selasih (Ocimum basilicum)

Daun selasih merupakan tumbuhan yang sangat mudah untuk ditumbuhkan, dan amat dianjurkan bagi individu yang baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan. Ianya tumbuh pada ketinggian 12-24 inci (30-61 cm) disamping memerlukan penjagaan yang amat minima.



Penanaman daun selasih mempunyai banyak manfaatnya. Selain daripada untuk kegunaan masakan, ianya banyak dianjurkan untuk ditanam bersama tanaman lain (tomato ceri dan cili kembung) dalam penanaman regu.

Tips Penanaman Daun Selasih

  • Cahaya matahari. Pencahayaan penuh (6-8 jam). Bagi negara yang mempunyai 4 musim, penanaman daun selasih dianggap sebagai tanaman musim panas kerana pokok selasih sensitif terhadap cuaca sejuk.
  • Penyediaan tanah. Lembap namun mempunyai sistem saliran yang baik.
  • Nutrien. Sekiranya pokok selasih ditumbuhkan atas tanah yang kaya dengan kandungan nutrien, ianya memerlukan bekalan nutrien yang minimum. Pada setakat ini, saya hanya menggunakan air yang telah dilarutkan didalamnya makanan ikan/lumut.
  • Sungkupan. Penggunaan sungkupan digalakkan terutaman pada musim panas kerana pokok selasih merupakan diantara tumbuhan yang sukakan air. 
  • Kaedah memicit (pinching). Dianjurkan untuk memicit pucuk bunga daun selasih sekiranya inginkan pokok selasih anda mengeluarkan daun yang berterusan.
  • Penghasilan daun berterusan. Selain memicit pucuk bunga, memetik daun selasih yang telah matang terutama di bahagian atas juga menggalakkan pembentukan daun baru pada pokok selasih, menyebabkan pokok selasih anda mengeluarkan daun yang berterusan.
  • Serangga. i) Aphids, ii) ulat (slugs), iii) Japanese beetle.
  • Penyakit. Penyakit terhadapa akar, batang dan daun disebabkan oleh kulat dan bakteria.
  • Pertumbuhan semula. Pokok selasih merupakan tumbuhan yang agak popular dengan kebolehannya untuk tumbuh semula. Pada pengamatan saya, ianya boleh jadi disebabkan keupayaan pokok selasih untuk menumbuhkan akar pada mana-mana bahagian yang terkena air.
Akar mula tumbuh kerana pokok selasih ini sebelum ditanam didalam pasu,
pokok ini tumbuh agak menjalar (mencari cahaya matahari disebabkan persaingan).

Daun selasih yang terpatah dua ditanam semula.
Gambar menunjukkan perkembangan bahagian atas yang telah ditanam semula
setelah 3 hari (1-4/11/2016)

Ulasan

  1. Mcmna nk dptkan pokok ini pokok selasih/pokok basil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ini lazimnya boleh didapati di nursery atau beli benih "Genovese Basil"

      Harap membantu

      Padam

Catat Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari ist...