Langkau ke kandungan utama

3 Manfaat Memangkas untuk Tanaman

Aktiviti memangkas boleh dikatakan kurang mendapat perhatian berbanding dengan aktiviti-aktiviti perkebunan lain seperti membaja dan meracun, mungkin kerana aktiviti membaja dan meracun memberi kesan secara langsung terhadap produktiviti tanaman.

Sebenarnya, memangkas daun pada tanaman dan waktu yang sesuai boleh menambah produktiviti tanaman, bahkan berpotensi untuk mengurangkan keperluan meracun.

#1 - Menggalakkan Pembentukan Daun

Teknik ini lebih dikenali sebagai memicit daun, berbanding dengan memangkas memandangkan daun masih muda dan lembut. Memicit lazimnya dilakukan pada tanaman muda untuk menggalakkan pembentukan cabang baru dan sekaligus, dedaun yang baru. Tanaman muda disini merujuk kepada tanaman yang mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun.

Cara memicit yang paling tepat adalah pada atas nod daun; nod daun merujuk kepada bahagian dimana pangkal daun bercantum dengan batang. Elakkan dari merosakkan pucuk daun yang tumbuh diantara pangkal daun dan batang daun kerana pucuk inilah yang akan membentuk dahan (dan dedaun) baru.
Sumber gambarGardening Know How

Kiri: Pucuk baru yang tumbuh diantara pangkal daun dan batang tanaman.
Kanan: Pucuk membentuk cabang baru sekaligus menambah bilangan dedaun
pada tanaman bangun-bangun.

Aktiviti memicit ini boleh dilakukan beberapa kali sehingga bilangan dedaun yang tumbuh berada pada tahap kepuasan anda. Namun begitu, elakkan dari memicit pada bahagian bawah pada kawasan yang telah dipicit sebelum ini,

Aktiviti memicit amat sesuai dilakukan pada tanaman herba seperti daun selasih; ianya bukan sahaja membanyakkan bilangan daun herba tersedia untuk kegunaan anda, bahkan juga mengelakkan tanaman tersebut dari berbunga dan mati kemudiannya.

Namun begitu, elakkan dari memicit
  • Tanaman yang telah matang.
  • Tumbuhan renek berkayu (woody shrubs).
  • Tumbuhan berkayu (trees).

#2 - Pertumbuhan Optimum

Aktiviti memicit juga penting untuk pertumbuhan optimum dengan mengurangkan bilangan cabang yang terbentuk. Manfaat ini penting bagi tanaman seperti tomato ceri dan peria katak.

Artikel berkaitan;

Sekiranya tidak dipicit/dipangkas, pertumbuhan dedaun boleh menjadi terlalu banyak sehingga merencat pembentukan bunga dan buah. Dengan memicit/memangkas, tumbuhan boleh memfokus sumber tenaga dan nutrien kepada pembentukan bunga dan buah, bukan kepada pembentukan dedaun yang tidak menyumbang kepada produktiviti tanaman.

Cara memicit/membuang bahagian suckers tomato ceri untuk
mengurangkan bilangan cabang tanaman.

#3 - Mengurangkan Punca Penyakit

Membuang bahagian dedaun yang sakit membantu mengurangkan penyebaran penyakit. Selain daripada itu, memangkas sedikit tumbuhan yang rimbun membantu pengedaran udara disekeliling daun, sekaligus mengurangkan potensi untuk pertumbuhan kulat yang sememangnya gemar pada persekitaran yang lembap dan mempunyai pengudaraan yang kurang baik.

Artikel berkaitan;

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...