"...ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan"Pumice merujuk kepada batuan yang terbentuk semasa letusan gunung berapi dan ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan. Walaupun secara amnya wujud dalam warna yang cerah, ia juga wujud dalam warna lain, contohnya warna coklat seperti gambar dibawah;
Atas: Maklumat am pumice yang terdapat pada bungkusan. Bawah, kiri: Bungkusan pumice yang terdapat di pasaran. Bawah, tengah: Rupa bentuk pumice. Bawah, kanan: Kelebihan pumice. |
- Untuk tumbuhan sukulen dan tumbuhan yang tidak boleh berada dalam keadaan lembap, campur 25% tanah kebun, 25% pumice, 25% kompos dan 25% tanah pasir kasar untuk memperbaiki sistem pengairan.
- Untuk tumbuhan seperti kaktus dan mana-mana tumbuhan yang mudah mereput, tambah 50% pulmice kedalam tanah terutamanya di kawasan akar.
- Pumice juga boleh diletakkan diatas permukaan tanah untuk menyerap air hujan lalu mengelakkan pembentukan lopak.
- Untuk keratan tumbuhan yang mudah mereput, gunakan 100% pumice.
Apakah Manfaat Menggunakan Pumice?
- Strukturnya yang poros mampu menyimpan dan membebaskan air, maka
- Menjimatkan penggunaan air.
- Ia juga mampu menyimpan serta melepaskan nutrien, sama seperti baja lambat lepas (slow release fertilizer).
- Tidak mereput, maka boleh dimanfaatkan pada jangka waktu yang lama.
- Tidak menyebarkan penyakit kerana kulat, nematod serta serangga merbahaya (kepada tumbuhan) tidak tertarik/melekat kepada pumice.
- Mempunyai pH yang neutral.
- Membantu serta memperbaiki sistem pengudaraan (aeration) dan saliran (drainage) dalam tanah, maka
- Menggalakkan pertumbuhan akar, serta
- Mengelakkan akar dari mereput.
- Meningkatkan ketumpatan pukal tanah (soil bulk density), sangat bermanfaat untuk penanaman dalam pasu kerana ianya memenuhkan ruang dalam pasu namun tidak menambah keberatan pasu.
- Mengelakkan tanah dari menjadi padat. Penggunaan tanah sepenuhnya terutama dalam pasu, lama-kelamaan akan menyebabkan tanah menjadi padat lalu menyukarkan air mengalir ke bawah, oksigen untuk meresap ke lapisan bawah serta merencatkan pertumbuhan akar sekaligus menghalang tumbuhan dari membesar secara optimal.
- Ideal untuk penanaman hidroponik, aquaponics, pembiakan melalui keratan tumbuhan (cutting propagation) seperti bunga ros dan daun kesum, serta mana-mana penanaman yang tidak memerlukan tanah (soilless growing).
Ulasan
Catat Ulasan